Friday, November 26, 2010

Outstation - Meeting with Supplier

Royale Bintang Hotel

Aku baru je balik dari KL. Apalagi....outstation la. Macam yang sudah-sudah, tinggal kat Royale Bintang kat jalan Bukit Bintang ni. Tapi yang herannya, kenapa pulak setiap kali ke sini aku rasa macam kat Las Vegas aje?? (walaupun belum pernah sampai sana.....kat tv kan ada).

Punyalah ramai bangsa asing. Orang Malaysia lagi sikit dari mat saleh, Pakistan , Arab dan lain lain.

Kemudian aku pegi pulak ke Pavilion, shopping centre yang famous ni... waaaa.....macam bukan kat Malaysia. Terlebih-lebih pulak suasana Krismas, padahal Krismas lambat lagi.


Kat dalam Pavilion




Kat sini pun ramai orang asing jugak. Kalau pelancong asing tak kisah la, tapi nampak gayanya macam pendatang tanpa izin aje. Apa depa tak buat pemeriksaan Visa ke passport ke kat sini?

Aku rasa masalah ni dah makin kronik.....sedang pihak yang bertanggungjawab masih lagi tidur.

Aku ingat lagi masa aku kat Hamburg dulu.....banyak kali jugak passport aku kena periksa. Ada member aku tu nyaris masuk lokap pasal tertinggal passport kat rumah.

Sanggup polis tu ikut dia sampai ke rumah sebab nak tengok bukti yang dia ni bukan pendatang tanpa izin.  Nampak sungguh depa ni tegas pasal immigrant. Tapi kat Malaysia ni senang senang aje boleh masuk dan tak de siapa kisah. 


Dalam pada tu sempat jugak makan pizza kegemaran budak-budak ni kat dalam Pavilion. Masa pergi aku ambik teksi, sekali masa nak balik aku nampak dekat pulak Royale Bintang dengan Pavilion ni.......ni mesti pasal jalan sehala, tempat dekat pun jadi jauh bila naik teksi.

Tengok jalan pun jam dan melekat semacam je, last buat keputusan balik jalan kaki.

View dari bilik hotel

Tuesday, November 23, 2010

Aidil Adha 2010

Hari raya korban tahun ni jatuh pada hari Rabu 17 November 2010. Memang takde cuti bersambung. Satu hari itu ajelah. Macam biasa kami balik kampung. Sunyi sepi kampung aku, maklumlah kebanyakan orang tak balik berhari raya mungkin disebabkan cuti sehari sahaja.

Masa aku sampai rumah malam tu, ada mak sorang je kat rumah. Mak buat masak merah ayam, sementara ketupat pulak di subcon kat orang lain. Nasib kurang baik.....ketupat tu keras sikit pulak dah.




Sembahyang raya kali ni aku solat di masjid Pengkalan Baru tempat emak mertua aku. Kali ni ada 10 ekor lembu dikorbankan. Banyak sungguh korban tahun ni berbanding tahun tahun sudah. Budak budak ni pun ikut pergi tengok orang sembelih lembu.


Balik dari raya kat kampung, budak-budak ni ajak aku pegi tengok movie Harry Potter "The Deadly Hallow Part 1". Jadi malam minggu baru ni aku pun pergi la bawak depa. Tengok midnight show. Harry Potter punya pasal sanggup depa ni berjaga. Panggung kat Sitiawan ni dulunya dikenali dengan nama Panggung Arasu. Sekarang sudah tukar kepada BigCinema Sitiawan. Canggih.....lebih kurang macam mana-mana panggung TGV. Kerusi selesa dan sound effect pun hebat.

Teringat aku masa kecik kecik dulu, arwah ayah aku selalu jugak bawa kami 3 beradik pergi tengok wayang...itu je la hiburan yang ada masa tu. Antara cerita paling kami suka cerita cowboy. Zaman tu kira itulah cerita paling top. Harga tiket pun 65sen aje. Lepastu bila kami dah pandai pergi sendiri, kerap pulak kami pergi sendiri tengok cerita kungfu di panggung wayang lama Pantai Remis. Harga tiket dah naik sikit jadi 85sen...ketagih kungfu punya pasal, sanggup kami susah payah cari kelapa untuk dijual buat beli tiket. Ada sorang brader tu, kura kura pun dia jual, wayang punya pasal...hehhehe..

Cerita Harry Potter kali ni lebih best dari yang sudah......babak suspen dan lucu pun menarik.  Habis tayangan dekat pukul 12.00. Sempat lagi tu pegi makan kat Teluk Rubiah. Best jugak sekali sekala minum-minum larut malam ni.

Monday, November 15, 2010

Jalan Jalan Depan Air - Lumut Waterfront

Dah agak lama aku tak datang sini. Memang santai le kalau nak melepak lepak hujung minggu sambil ambil angin yang sepoi sepoi tu dan makan makan. Ada beberapa gerai yang beroperasi hujung hujung minggu. Tandasnya pun bersih. Waterfront ni lengkap dengan mainan kanak-kanak. Bersambungan dengannya pulak Yatch Club yang merupakan tempat bot-bot dan kapal-kapal kecil berlabuh.

Kalau ikut angan-angan aku yang tinggi ni, teringin rasanya aku nak merasa bercuti dengan kapal kecik ni. Tapi aku tau belanjanya mestila mahal. Lagi-lagi bila aku tengok seronoknya mat saleh semua bercuti atas kapal macam dalam rancangan Travel & Living dan 100 places you must go before you die. Dapat tengok kapal kat sini pun jadilah...









Tempat ni best dan sejuk mata memandang. Cuma kekurangannya takde angin yang bertiup kencang macam Teluk Batik atau Jeti Lumut. Aku rasa tiupan angin yang kuat telah terhalang oleh bukit-bukau yang mengelilingi tempat ni. Kalau nak sejuk betul kena datang pagi, bawak nasi lemak ke, bentang tikar baekkk punya....memang santai habis. 

Ramai orang suka memancing kat sini........hai...rasanya tak lama lagi aku pun nak kena beli pancing jugak la....

Hari Anugerah Cemerlang 2010

Kisah Nur Nabila

Nak jadi cerita kat sekolah baru ni Nabila dapat nombor dua kat dalam kelas dia. Maka dia pun dianugerahkan hadiah pada hari tersebut. Aku kesian kat depa ni sebenarnya. Banyak kali sangat pindah sekolah terutama Nabila ni la, sampai 5 kali.....pelajaran depa ni sikit sebanyak terganggu jugak la. Result terkini kat SK Setapak Indah dulu kurang baik, sebab baru aje beberapa bulan bertukar ke sana, mesti perlukan masa menyesuaikan diri. So bila aku nak masukkan dia ke SK Seri Manjung penyelia petang siap offer kot-kot aku nak tukar ke SKKDSK semula. Aku agak depa risau anak aku ni akan menjejaskan prestasi sekolah ni....

Satu hari balik dari sekolah Nabila bagitau aku dan Nora "kawan-kawan Nabila semua tekejut pe'ah pasal Nabila dapat nombor 2". Peah mana pulak ni??? Rupanya tu bahasa depa, kira terkejut sangat la tu. Lawak la jugak aku dengar cerita dia. Dan UPSR khamis lepas dia dapat 4A 1B. Yang B tu English. Silap aku tak berapa tekankan bahasa Inggeris kat dia. Tak sia-sia usaha Nora mengajar dia masa kat rumah....garang abis, sebab dia ni aku tak hantar tuisyen. Cikgu2 sini pun banyak bagi latihan, kira bagusla.   

Yang paling aku suka matematik dan sains yang selama ni selalu dapat C boleh dapat A hasil kerja keras beberapa minggu terakhir. Alhamdulillah...segala puji-puji bagiMU ya Allah. Alamat lingkup duit aku RM 400 sebab 1A nilainya RM100 sebagai hadiah!! Nora la yang pandai pandai berjanji ni, nak bagi semangat lebih kata dia..heh.....budak zaman sekarang ni camtu ler.



Taman  di sekitar sekolah

Hadiah buku buku beserta sijil

Masa mula mula penuh ibu bapa sampai tak cukup tempat nak duduk


Kisah Arif Haikal

Masa mula masuk SK Seri Manjung ni, penyelia petang nak masukkan dia ke kelas 3 Bestari, tapi cikgu kelas tu tak berapa setuju aku nampak tapi disuruh jugak oleh penyelia petang tu berdasarkan rekod kemajuan dia. Maklumlah kelas tu paling elit dan Haikal tak layak masuk. Aku terasa hati jugak. Kemudian ujian July lepas dia dapat No 32.....aku fikir....ah sudah, mesti cikgu tu fikir apa yang dia cakap hari tu betul.......dan Haikal ni memang tak layak le. 

Sekali baru ni dia dapat No 13 dan semua subjek dapat A.....satu lompatan yang sangat jauh bagi kelas paling top di sini. Dalam darjah 3 ni nombor dia 14 out of 300++ murid. Kalau dia dapat No 10 ke bawah hari tu dia nak 10 PC game. Oleh kerana No 13......kena potong kepada 4 game je.......hahhahahaa.

Semalam aku baru beli 2 game dapat free 1. Tapi dia ni memang ahli dalam bab mintak-mintak ni, sekarang ni dia nak ajak tengok Harry Potter "The Deadly Hallow" dekat panggung la pulak....Bebudak sekarang memang le untung. Aku dulu kalau mintak apa-apa mesti arwah ayah aku cakap "nanti ayah beli seraga Ah Guan"......maknanya tak dapat ler tu sebab keluarga aku memang hidup dalam kesempitan. Keinginan tu biasanya hanya tinggal impian.


*** Raga Ah Guan tu adalah raga yang digunakan untuk mengangkut kelapa oleh seorang apek kat kampung aku masa kecil dulu. Bayang kan, sikit punya besar ke tu??***




Persembahan Tahun 3, main alat mozik lagu 'Jong Jong Inai' dan 'Sungai'


Aku dah balik office masa ni...jadilaa sempat luangkan masa sekejap tengok depa

Untuk anak anakku... ayah puas hati sebab anak anak ayah dah berjaya buktikan kemampuan dan mula menunjukkan peningkatan. Ayah berharap anak anak ayah akan semakin cemerlang dunia akhirat pada masa depan nanti. Perjalanan masih jauh. Tiada ruginya menuntut ilmu dengan bersusah payah kerana ilmulah yang akan membimbing kita sepanjang hidup. Hidup tanpa ilmu laksana padi tidak berisi.

Wednesday, November 10, 2010

Kenduri Ex Boss

Ahad baru ni  aku pergi jemputan kenduri Ex Boss aku, Cmdr Ahmad Pharodz. Baik orangnya. Dulu masa dia jadi boss seronok aku kerja kat Planning Department. Tapi lepas dia resign dan tempatnya digantikan pulak dengan Mr X....maka seorang demi seorang staff Planning Department resign sehingga akhirnya Planning Department pupus, macam dinasour.......sedih.

Ex boss aku ni buat kenduri di Dewan Marina Island. Besar dan luas dewan yang dinamakan dengan Ramli Ngah Talib ini. Ramai jugak orang Yard datang termasuk yang dah pencen.

 Jambatan nak masuk ke Marina Island


Rasa aku bagus jugak konsep kenduri kat dewan ni. Hujan ribut ke tetamu tetap datang ramai-ramai dan makan dengan selesa dalam aircond. Bersesak-sesak pun tak de sebab meja dan tempat nak ambil makanan banyak disediakan dalam dewan ni.  

Cendol dan popia ni memang best.

Lepas makan pusing-pusing kejap kat Marina Island Resort ni. Pulau ni dibina bersebelahan dengan Pangkalan TLDM. Dekat nak siap dah rasanya. Sekali tengok cantik jugak. Tapi bila air surut tempat ni jadi kering kontang. Bot-bot semua tersadai menunggu air pasang.


Kalau cari siput kat kawasan ni seronok jugak ni. Teringat kecik-kecik dulu aku dengan adik aku pernah cuba cari ikan belacak atau temakoi kat dalam keleboq (lumpur) macam ni la..sampai 1 hari buat kerja ni... tapi sekor pun tak dapat.

Jeti baru ni sangat dekat jaraknya kalau nak ke Pulau Pangkor.  

Sebelah petang lepas makan kat medan selera, aku pegi berehat kat tepi sungai power plant jalan ke Teluk Rubiah sana sambil tengok orang mancing...

Air sungai tengah pasang masa ni. 

Saturday, November 6, 2010

Cuci Cuci Sdn Bhd

Company cuci cuci ni ada dua orang pekerja saja. Operasinya pun bila aku tengah isi minyak kat mana-mana stesen minyak. Bila aku pergi aje kaunter bayar duit.....terus lah operasi depa mulakan. 

Mula-mula dulu aku larang jugak depa buat kerja ni.....takut bahaya dan lagipun kalau orang nampak mesti kata aku buli anak anak. Dah depa rajin sangat, last last aku biarkan aje la. Rasa lucu jugak kadang-kadang aku tengok bila depa beria-ia betul  mencuci segala tingkap dan cermin semua. Terimakasih sayang-sayang ayah.


Tinggi pun tak cukup lagi tapi nak jugak mencuci