Hari raya korban tahun ni jatuh pada hari Rabu 17 November 2010. Memang takde cuti bersambung. Satu hari itu ajelah. Macam biasa kami balik kampung. Sunyi sepi kampung aku, maklumlah kebanyakan orang tak balik berhari raya mungkin disebabkan cuti sehari sahaja.
Masa aku sampai rumah malam tu, ada mak sorang je kat rumah. Mak buat masak merah ayam, sementara ketupat pulak di subcon kat orang lain. Nasib kurang baik.....ketupat tu keras sikit pulak dah.
Sembahyang raya kali ni aku solat di masjid Pengkalan Baru tempat emak mertua aku. Kali ni ada 10 ekor lembu dikorbankan. Banyak sungguh korban tahun ni berbanding tahun tahun sudah. Budak budak ni pun ikut pergi tengok orang sembelih lembu.
Balik dari raya kat kampung, budak-budak ni ajak aku pegi tengok movie Harry Potter "The Deadly Hallow Part 1". Jadi malam minggu baru ni aku pun pergi la bawak depa. Tengok midnight show. Harry Potter punya pasal sanggup depa ni berjaga. Panggung kat Sitiawan ni dulunya dikenali dengan nama Panggung Arasu. Sekarang sudah tukar kepada BigCinema Sitiawan. Canggih.....lebih kurang macam mana-mana panggung TGV. Kerusi selesa dan sound effect pun hebat.
Teringat aku masa kecik kecik dulu, arwah ayah aku selalu jugak bawa kami 3 beradik pergi tengok wayang...itu je la hiburan yang ada masa tu. Antara cerita paling kami suka cerita cowboy. Zaman tu kira itulah cerita paling top. Harga tiket pun 65sen aje. Lepastu bila kami dah pandai pergi sendiri, kerap pulak kami pergi sendiri tengok cerita kungfu di panggung wayang lama Pantai Remis. Harga tiket dah naik sikit jadi 85sen...ketagih kungfu punya pasal, sanggup kami susah payah cari kelapa untuk dijual buat beli tiket. Ada sorang brader tu, kura kura pun dia jual, wayang punya pasal...hehhehe..
Cerita Harry Potter kali ni lebih best dari yang sudah......babak suspen dan lucu pun menarik. Habis tayangan dekat pukul 12.00. Sempat lagi tu pegi makan kat Teluk Rubiah. Best jugak sekali sekala minum-minum larut malam ni.
No comments:
Post a Comment