Catatan 19 November 2013
Pesawat mendarat di Sydney Airport lebih kurang 10.45 pagi. Alhamdulillah pemeriksaan passport dan beg-beg berjalan lancar termasuklah beg yang mengandungi makanan dan ubatan. In fact beg aku langsung tak diperiksa.
Nampaknya list yang telah dibuat benar-benar membantu. Kastam yang tengok list tu dengan mudah release kami ke lorong yang terus ke luar, malah dia secara bergurau bertanya kalau ada list-list makanan tersebut boleh bagi kat dia sikit. Aku cakap "sure" dengan hati yang gembira sebab langsung tak de masalah.
Nampaknya list yang telah dibuat benar-benar membantu. Kastam yang tengok list tu dengan mudah release kami ke lorong yang terus ke luar, malah dia secara bergurau bertanya kalau ada list-list makanan tersebut boleh bagi kat dia sikit. Aku cakap "sure" dengan hati yang gembira sebab langsung tak de masalah.
Keluar aje terus aku ke kaunter Budget Car Hire. Untuk dua hari penggunaan Hyundai Auto yang masih baru ni AUD164.00 dikenakan. Memang agak mahal maklumlah rate sudah dikira sebagai summer season, tapi demi keselesaan sekeluarga sewa ajelah.
Lepas sumbat segala barang ke dalam kereta ni, aku pun segera set GPS aku ke Malaysian Hall di alamat 2, Alison Road, Randwick. Walaupun masih awal untuk check in, tujuan aku adalah untuk mendapatkan kunci terlebih dahulu dan nak order makan malam dan pagi siap-siap.
Urusan check in mudah aje dan Warden Malaysian Hall Kak Nani menempatkan kami di family room No 21. Sewa dikenakan sebanyak AUD120 dengan cagaran sebanyak AUD200. Memang murah rate ni berbanding mana-mana hotel di sini.
Aku difahamkan bilik belum ready lagi dan aku pun memang tak bercadang nak masuk lagi.....so takde masalah. Janji dapat kunci dulu.....bukan apa risau jugak kalau kalau lewat sangat nanti takde orang pulak.
Aku difahamkan bilik belum ready lagi dan aku pun memang tak bercadang nak masuk lagi.....so takde masalah. Janji dapat kunci dulu.....bukan apa risau jugak kalau kalau lewat sangat nanti takde orang pulak.
Selesai aje urusan check in kami terus ke Sydney Fish Market. On the way tu singgah beli air dan buah buahan sikit. Alas perut. Fish Market ni agak terkenal di sini terutama kepada penggemar makanan laut. Sampai sini jam sudah pun menunjukkan pukul 3 lebih.
Ambik tiket parking dulu...1 jam AUD 8
Banyak sungguh pilihan seafood yang ada kat dalam ni. Sebab nak merasa Lobster Australia maka kami pun order la sekor dan ditambah dengan udang besar, fish fillet, sotong dan oyster.
Dua bekas ni pun tak mampu nak dihabiskan....apalagi bawak balik ler.
Mat saleh dua orang ni memang peramah habis. Siap nak bagi makanan dia lagi. Interview kami dua beranak macam macam dan tanya kalau kalau aku bercadang nak kerja kat Sydney, aku ketawa aje.....apalah kerja yang sesuai dengan aku kat negeri orang putih ni
Abis Sydney Fish Market kami ke Malaysian Hall semula untuk berehat, mandi dan solat jamak.
Bilik yang simple dan selesa.
Sydney ni yang aku tak berapa gemar ialah traffic yang kurang lancar dan pemandunya yang agak kurang ajar berbanding di Melbourne atau Gold Coast.
Walaupun dengan adanya GPS tetap jugak confuse sebab banyak jalan yang dijadikan jalan sehala dan tidak diupdate dalam GPS.
Apa pun sampai jugak ke Mrs Macquarie's Chair ni. Aku tengok ramai pelancong kat sini terutama di bahagian hujung jalan sedang mengambil gambar suasana malam Sydney Harbour Bridge dan Opera House.
Bila perut agak lapar, kami pun buka bekalan makanan dan apa lagi.....balun kat satu sudut bawah pohon yang sangat rendang di bawah sinaran lampu yang samar samar. Menu hari ni yang dimasak oleh Chef Sam dan pembantunya adalah ayam masak sedap...(sebab aku taktau masakan apa ntah) dan sayur. Memang best.
Tetiba tengah sedap-sedap makan datang seekor binatang yang mukanya macam tikus lalu dan berenti kat belakang aku. Suspen aku nak bergerak......rupanya baru perasan yang kami makan kat depan rumah dia dalam lubang kat pokok ni. Hari dah malam, dah tentu lah dia nak masuk rumah dia.
Terpaksalah kami berganjak sedikit sampai tertinggal sedikit ayam kat situ. Luar dugaan binatang ni keluar semula dari lubang terus makan ayam tu. Patutlah sebelum tu aku tengok ayam macam lebih aje dari yang di order rupanya rezeki makhluk lain.
Subhanallah.....teringat kami perihal rezeki makhluk. Alangkah jauhnya rezeki binatang itu di hantar Allah oleh orang dari Malaysia sedangkan binatang ini mungkin tidak pernah makan ayam seumur hidupnya.
Begitulah Allah mengatur rezeki tiap-tiap makhluk kadang-kadang dari sumber yang tidak diketahuinya. Tak lama kemudian lalu sorang mat saleh yang bagitau binatang ni tak merbahaya cuma kalau terkena cakarnya boleh kena jangkitan kuman.
Dah jenuh jamu mata dan ambik angin malam kat sini, kami pun balik ke kereta dan ronda ronda tengok suasana malam bandar Sydney sebelum pulang semula ke Malaysian Hall.
Selesai sudah hari pertama kat Sydney...
Selesai sudah hari pertama kat Sydney...
4 comments:
saya nak tnye deposit AUD 200 tue dapat blk ke nnti?
Deposit mmg dikembalikan
Nak Tanya, harga sewa Kereta da masuk insuran sekali ke? Lesen malaysia valid guna kat Sydney?
Ya.harga termasuk insurans semua sekali. Lesen mmg valid, tapi better back up dgn JPJ translation.
Post a Comment