Sunday, December 15, 2013

New Zealand : Day 6

Catatan 26 November 2013

Milford Sound - Te Anau - Balclutha - Dunedin

Milford Sound ni memang merupakan destinasi favourite bagi sesiapa saja yang berkunjung ke New Zealand ini. 

Aktiviti paling menarik kat sini mestilah ferry cruising selain dari berkayak dan lain-lain lagi. Ada beberapa pilihan untuk bercruising di sini misalnya Jucy Cruize, Mitre Peak, Real Journeys dan lain-lain. 

Tapi aku lebih memilih Jucy Cruize sebab harganya berpatutan dan tidak mengambil masa yang terlalu lama.  Sedikit tentang Milford Sound ni :

Milford Sound (Māori: Piopiotahi) is a fjord in the south west of New Zealand's South Island, within Fiordland National Park, Piopiotahi (Milford Sound) Marine Reserve, and the Te Wahipounamu World Heritage site. It has been judged the world's top travel destination in an international survey (the 2008 Travelers' Choice Destinations Awards by TripAdvisor) and is acclaimed as New Zealand's most famous tourist destination. Rudyard Kipling had previously called it the eighth Wonder of the World

Masa booking online tempohari, aku pilih cruise pukul 9.15pagi pada harga NZD130 untuk 2 adult and 2 child. Harga cruise petang kena tambah sikit lagi. Sebab apa aku pun tak tau. 

Oleh kerana dah memang ada kat sini maka tak payah nak kalut-kalut mengejar cruise. Dekat nak sampai masa kami pun bergerak ke tempat parking yang disediakan. 

Parking khas untuk Campervan/ Motorhome/ kereta ni jauh dari jeti, sebab parking kat jeti dikhaskan untuk bas pelancong sahaja walaupun kawasannya sangat luas. Ini tak adil!! nak buat macamana.....ni kan negara depa,.depa punya suka la. Haha.

Alhamdulillah. Cuaca sungguh cantik dan udara nyaman hari ini dengan matahari bersinar terang. Sampai sana terus tunjuk booking sheet dan ambik tiket. Masih ada sedikit masa lagi jadi kami berlegar-legar di kawasan jeti. 
 
Sempat bertegur sapa dengan sekeluarga melayu yang ramah-tamah. Depa ni datang dari Klang.

 

  
Tepat 9.15 pagi cruise pun dimulakan dengan pelbagai penerangan oleh DJ bertugas. Teh pun ada disediakan di pantry bagi sesiapa yang nak minum. Feri ni ada 3 deck jadi tentulah ramai yang memilih deck atas sekali, baru boleh enjoy suasana dengan maksima.




MasyaAllah, Subhanallah.......Pemandangan ini ternyata indah dan hebat seperti yang diberitakan. Ditambah dengan langit yang membiru para penggemar fotografi pasti takkan melepaskan peluang mengabadikan detik-detik seperti ini. 

Kiri kanan dipenuhi gunung ganang yang pelbagai bentuk. Laut membiru dengan tiupan angin nyaman. Rasanya cruising ni lebih seronok dari cruising Lake Lucerne, Swiss tahun lepas.


Feri menghampiri salah satu laluan utamanya iaitu batu tempat lepak seal. Masa aku search sebelum ni, bila tengok gambar seal tu ada jugak aku terfikir yang mungkin ianya macam tak hidup....rupanya sah la seal ni memang betul betul hidup siap meliuk lentok lagi ke kiri kanan.

Comel je seal ni bersantai-santai kat sini

Kenangan bersamamu...........Milford Sound

Inilah keluarga Ir Azizan yang friendly tu

Lepas spot ni kapal bergerak lagi hingga menghampiri muara sebelum berpatah balik. Next favourite spot mestilah waterfall yang famous tu. 
 

Feri Jucy ni pergi sehampir yang mungkin dengan air terjun ini. Kena tempias semua orang. Seronoknya bukan kepalang. Kebanyakan orang ketawa dan senyum-senyum. 

Tak tahan sejuk ada yang mengundur ke belakang. Aku pun undur jugak.....sejuk sungguh bila terkena percikan airnya......memang sangat puas hati join cruise ni.




Sapa nak merasa basah dan sejuk.....boleh tunggu lama-lama. Haha.

Sejam lebih, akhirnya feri ni kembali ke jeti. Kami pun segera menuju ke tempat parking dan menyambung perjalanan dengan destinasi akhir Dunedin.

Semalam kan cuaca mendung. Tapi hari ini cuaca sangat ceria. Jadi perjalanan ke Te Anau yang melalui sekali lagi Homer Tunnel kelihatan lebih cantik berbanding semalam.

 Laluan antara jeti dan parking






Pemandangan sekitar Homer Tunnel


Dua jam perjalanan kami tiba di Te Anau sekali lagi. Masuk sekejap di Fresh Choice Supermarket untuk menambah bekalan makanan.

 

Lepas tu ke Lake Te Anau sekali lagi. Selain untuk masak makan tengahari, kali ini untuk menambah bekalan air ke dalam tanki campervan. 

Untuk memasak pulak aku parking campervan dekat kawasan Yatch Club. Menu untuk hari ini sambal tumis telur dan udang goreng. Balun.


 Menu tambahan. Calamari ring ni asyik kena top up aje bila sampai supermarket...tak cukup memanjang. 

Tambah air kasi penuh

Tak boleh nak lepak lama-lama kat Te Anau ni sebab Dunedin tu jauh lagi. Lepas mengisi minyak sampai penuh kami teruskan perjalanan menuju Dunedin. 


Macam dilukis- lukis gunung ganang ni






Kami melewati Gore dan Balclutha dan beberapa bandar kecil yang lain di pertengahan jalan. Singgah sekejap-sekejap mana yang perlu.





Sorang sedap tidur.....sorang lagi syok tengok movie







Clutha River Bridge
Lake Waihola
Apakehei kambing 3 beranak ni...ingat kami nak culik depa kot. Elok aku berenti campervan je terus pusing belakang dan blah. Orang nak ambik gambar je pun

Sampai Dunedin lewat petang. Lepas beli fish burger, kami terus check in di Beach Lodge Motel. Tuan punya motel ni seorang yang peramah. Masuk dalam kami tengok bilik motelnya sungguh comel, luas dan selesa. 

Dia pun tak berkira cuma charge NZD120 aje walaupun aku jangkakan lebih. Rasa menyesal pulak tak ambik motel ni 2 malam dari awal, apa boleh buat aku dah terbooking motel kat Dunedin Holiday Park. Kalau cancel hanguslah duit.


Lega rasanya mandi air panas, berehat-rehat dan makan lepas mengharungi perjalanan yang jauh. Menu makan malam hari ini sup sayur campur udang, sardin dan telur dadar wajib. Esok hari untuk menerokai Dunedin.


Sedap makan dadih ni. Buat banyak-banyak dan simpan dalam fridge campervan.

4 comments:

Wira Nordin said...

Salam,

Saya merancang perjalanan utk trip ke NZ saya dan keluarga.

Dari Milford South ke Dunedin brapa jam perjalanan kerana dilihat jauh di dalam peta.

am said...

waalaikumusalam,
kalau termasuk berhenti sikit-sikit, lebih kurang 8 jam perjalanan.

Khairul Afzan said...

salam tn.. thx atas blog yg sgt membantu.. insyaAllah sy akan ke sana Aug ini. Nak tanya ttg campervan.
sy ambil jucy condo jugak. Heater berfungsi tak bila kita stop driving? maklum la, sy pegi masa winter lg..
kesejukan pulak klu berenti berehat.

Power socket dlm camper bileh pki ke semasa memndu. contoh utk mengecas laptop or telefon dsb.

sy travel dgn anak kecik.. plg kecik 1 thn 8 bulan, bed tu klu psg sentiasa ok tak.. kesian jugak kat diorg nie penant duduk..
kita yg memandu ni ok lagi..

lagi satu, tempat utk tampabh air dan buang waste water senang ke nak jumpa?

sy pun mcm tn, semua tido hotel cuma satu mlm je tido di powersite.

harap tuan dpt membantu..

salam Khairul

am said...

Waalaikumusalam.

Heater tak berfungsi masa driving, tapi kalau tutup tingkap, jadi panaas la. Kalau Jucy Motorhome dia ada Diesel Heater yang boleh berfungsi walaupun tanpa power. kalau Jucy Condo setahu saya tak ada (cuba tanya mana tau dia dah improve), jadi kena ke powered campsite supaya tidak kesejukan, juga untuk cas HP dan lain-lain. Boleh aje biarkan katil tu, tapi jangan laju sangat takut bahaya kanak2.
Tempat buang sisa ada banyak, kat stesen minyak pun ada.