Tuesday, October 15, 2024

Vietnam Trip 2024

9 September

Alhamdulillah selamat kami sekeluarga bercuti di Vietnam. 

Pergi luar negara terutama negara Asia ni kalau dapat tempat sejuk kira bonuslah. Nampaknya salah satu tempat sejuk di Vietnam adalah Dalat. Satu lagi Sapa.

Selain Dalat dan Sapa, Vietnam  ni ada banyak kawasan pelancongan seperti Phu Quoc, Mui Ne, Danang, Hanoi, Ho Chi Minh, Halong Bay, Nha Trang, dan lain lain.

Aku tengok ramai orang pergi Dalat melalui Ho Chin Minh. Tapi aku tak berapa berkenan sebab kena naik bas pulak banyak jam ke Dalat. Walaupun ada Sleeper Bus yang selesa katenya, aku dok cari cari option lain. 

Belek belek terjumpa flight ke Cam Ranh Airport yang merupakan airport terdekat dengan  Nha Trang. Manakala Nha Trang pula hanya 2 jam lebih je ke Dalat. Tempat ini popular dengan Theme Park yang hebat iaitu VinWonders Vinpearl. Jugak terkenal dengan aktiviti snorkeling dan island hopping selain pantainya yang cantik. 

Aku tengok flight Air Asia ke Cam Ranh berbanding Ho Chi Minh jimat 1K untuk kami empat orang. Bak kata mat saleh who want to give😆 

Tentang persediaan makanan Nabila order pek segera Dapogo dan Brahims. Sedia maklum kat Dalat ada lima enam buah restoran Muslim. Nha Trang pun ada jugak satu dua tak berapa pasti. 

Jadi kami buat kombinasi sepanjang di Dalat masak di apartment dan sesekali makan di restoran. Di Nha Trang cuma panaskan pek segera.

Awal sehari dari tarikh penerbangan kami pun bertolak dari Kuantan ke Salak Tinggi. Flight pukul 10 esok pagi jadi kami check in dulu di Alanis Core & Soho. 

Makan makan kat area berhampiran sebelum check in. Ni macam biasa menu Haikal 

Bercahaya indah poolnya

Best tempatnya view dan harga pun cantik. Cuma bilik airnya bahaya sikit bila malam risau nak buka lampu takut orang nampak sebab tinted glass tu bukan boleh percaya sangat. Nanti jadi macam yang viral di Cameron tu. Walaupun jarak antara bangunan terdekat pun sangat jauh. Kena hati hati juga.

No comments: