Thursday, November 9, 2017

Fascinating Perth and West Australia : Day 5

19 October 2017

Flinders Caravan Park - Cape Leeuwin - Margaret River - Canal Rock - Busselton Jetty - Perth

Flinders Caravan Park ni terletak di tepian pantai...sama macam holiday park yang lain sebelum ini. Suasana agak sejuk jadi tak rasa lah macam nak mandi laut. Lepas berkemas semua, wife aku ke tepian pantai sebentar dan mengambil beberapa foto.

Pantai Flinders Caravan Park

Wild flower

Flinders Caravan Park...aku request campsite yang dekat dengan bilik air

Taman cantik sebelah holiday park


Selepas sarapan pagi program untuk hari ini dimulakan. Destinasi pertama hari ini adalah Cape Leeuwin Lighthouse.

View Lighthouse dari kejauhan





Menarik dan ceria suasana di sekitar Cape Leeuwin ini. Cuma kami tak masuk pun ke dalam lighthouse sekadar melihat-lihat di luaran sahaja. Selepas meninjau-ninjau dan bergambar apa yang patut, perjalanan diteruskan menuju ke Margaret River.  Sebelum tu aku ke dumping area, mengosongkan tangki.

Dumping activities

Pekan Margaret River

Singgah sekejap di Coles Express Shell kat sini untuk membeli beberapa barang sebelum menyambung perjalanan ke Margaret River Chocolate Factory. Menarik nampaknya kilang buat cokelat ni. Boleh free testing beberapa jenis cokelat dan menyaksikan cara pembuatannya. 

Suasana on the way ke Margaret River Chocolete Factory ni memang menarik




Cokelat free

Cara -cara buat cokelat 

Perjalanan diteruskan lagi menuju ke Canal Rock di Yallingup. Laluan ke Canal Rock dari Margaret River ni ( guna jalan dalam ) memang cantik. Perjalanan ke sini lebih kurang setengah jam. Kiri kanan dipenuhi ladang anggur, bunga-bunga liar yang cantik serta taman-taman. 

Setakat ni dah beberapa kali pi obesi, aku belum berpeluang petik anggur.....my wish list ni



Semakin hampir dengan Canal Rock, pemandangan semakin memukau mata. Memang mengagumkan Canal Rock ni. Berbaloi datang sejauh ini untuk menyaksikan pemandangan sebegini indah. 




Kena datang sendiri untuk menyaksikan view yang hebat ini



















Habis mengunjungi Canal Rock aku singgah sebentar di satu lookout untuk makan tengahari. Memang bestlah makan tengahari kari ayam dan kambing. Terangkat kata orang utara.

Selesai makan sambung lagi, kali ini menuju ke Busselton Jetty. 

Makan-makan di dalam motorhome dengan view laut 

View on the way ke Busselton Jetty


Sampai

Suasana di Busselton Jetty ini boleh tahan. Ditambah pula dengan taman rekreasi di sebelahnya yang dipenuhi bunga bungaan.  Seronok bersantai-santai kat sini. Cuaca pun baik, jadi kami menghabiskan masa seketika di tempat ini sebelum menyambung semula perjalanan ke Perth.








Perjalanan ke Perth melintasi beberapa bandar seperti Mandurah dan Rockingham. Sekadar melintas sahaja kerana perjalanan masih jauh. Sedia maklum yang tempat ni semua ada attraction tersendiri, InsyaaAllah lain kali kalau berpeluang ke Perth lagi boleh singgah sini.






Setelah melalui perjalanan yang jauh...akhirnya tiba di Perth Vineyard Holiday Park. Cari punya cari Power Campsite  seperti yang ditinggalkan dalam mail box sampai sudah tak jumpa. Terpaksa aku contact staff dia nasib baik ada yang standby. 

Rupanya dia dah salah letak site untuk kami. Tempat yang dia tanda tu untuk cabin. Patutlah tak jumpa. Letih aku ke sana ke mari. Mat Saleh tu mintak maaf.....jadi sejuklah sikit hati aku. Lagipun suasana memang sejuk....hehehheh.

Powered campsite ni spesel sebab dia ada bilik air sendiri sebelah motorhome berbeza dari campsite sebelum ni. Privacylah sikit.

Semua serba mudah, maka kami pun buat  aktiviti biasa sebelum tidur.

Thursday, November 2, 2017

Amazing Perth and West Australia : Day 4

18 October 2017

Big4 Middleton Park - Sharp Point - The Gap - Green Pool - Denmark Animal Farm - Augusta

Hari ini pun kena mengunjungi  banyak tempat dan travel jauh lebih 400 km. Maka pagi-pagi lepas sarapan dan berkemas semua kami pun menghidupkan motorhome dan menuju destinasi pertama untuk hari ini.

GPS aku memang dah set The Gap, tapi entah macam mana dia menuju tempat lain pulak. 

The Sharp Point. Awesome and breathtaking view

Rumah-rumah mat saleh...on the way menuju ke Sharp Point 


Agaknya aku salah tanda koordinit kot. Ia membawa kami ke unplanned attraction iaitu Sharp Point. Laluannya pun tanah merah aje. Tapi inilah kesilapan yang menguntungkan.

Maha hebat Allah. Walaupun tiada promosi tempat ni dalam main attraction Albany, view tempat ini memang luarbiasa. Tidak keterlaluan tempat ini lebih hebat dari the Gap cuma kurang dibangunkan atau dipromosi.

In real life, view di sini berkali ganda lebih cantik dari gambar ini. Ombak yang berdesir menghamburkan buih-buih putih memang memukau mata


Kawasan ini dipenuhi pokok-pokok bunga hutan...cantik sungguh








Keluar dari Sharp Point, berpandukan Google map di handphone, aku menuju ke The Gap yang sebenarnya di seberang sana sahaja dengan Sharp Point. Sekejap saja sampai sini. Terus kami parking motorhome. Parkingnya berbayar, aku gunakan kredit kad untuk tujuan itu.

Hebat juga tempat ini. Suasana agak sejuk dan angin bertiup kencang, Sapa yang pernah jejak kaki di the Gap ni mesti tau perasaan seram bila jenguk laut ke bawah dari platform hujung sekali tu. Tak berapa sanggup nak berdiri lama, rasa macam nak jatuh aje. 

Ini baru di dunia, bagaimana agaknya meniti titian sirat yang di bawahnya jurang neraka? Ya Allah selamatkanlah kami semua.

On the way ke main road, terjumpa pulak shawn the sheep kepala hitam ni

The Gap dari jauh



The Gap ni ada lagenda tersendiri iaitu kisah pertelingkahan dua beradik pada zaman dahulu


National Bridge



Selesai the Gap aku ke destinasi seterusnya iaitu Green Pool. Tempat ni pun menarik dan suasana memang indah. Itu pengamatan aku dari atas tebing ini. Tapi aku yang agak keletihan dan bercadang mengumpul tenaga untuk perjalanan jauh mengambil keputusan tidur aje di dalam motorhome yang selesa ini sementara orang lain turun sampai ke pantainya. 

View yang cantik on the way ke Green Pool







Destinasi seterusnya adalah Denmark Animal Farm. Entry dia AUD14 seorang. Dapat makanan sorang sepeket untuk diberi makan kepada haiwan haiwan nanti. 


Dekat nak sampai Denmark Farm jumpa ladang biri biri ni...singgah kejap. View macam kat New Zealand  





Memang puas hati la tempat ni. Binatangnya semua jenis jinak-jinak dan manja belaka. Mesti well trained kalau macam ni. Bagi aku paling best adalah Alpaca dan Kangaroo.

Senyum kambing


Habih hati le tu dapat bergomol dengan arnab


Alpaca adalah binatang paling glamour kat sini. Rupanya pun sangat comel dan ia sangat jinak. Sejenak tentang Alpaca, binatang ini asalnya di bawa dari South America ke ladang ini untuk diternak seperti biri-biri dan di ambil bulunya. Akan tetapi kadar pembiakan Alpaca ini rupanya sangat rendah, maka tinggalah Alpaca ini menjadi haiwan pameran.  

Tu dia Alpaca yang lebih kacak dari kangaroo sudah mari


Mamat ni beria ria dia bagi botol susu kat anak anak aku untuk disuap kepada haiwan-haiwan tertentu

Aktiviti ni memang fun...seronok depa mai sini




Apala nama binatang ni taktau...spesel botol susu dia 

Sesi memberi makan




Yes berjaya !!!! dah lama wife aku teringin pegang biri-biri.  Sebelum ni semuanya jenis liar dan asyik lari aje

Walaupun Alpaca lebih kacak dari mu....tetapi gaya lompatanmu tetap menjadi pojaan hatiku

Habis tempat ni perjalanan di sambung lagi menuju ke Augusta. Jauhnya jarak perjalanan ke Augusta ni. Kiri kanan hanya hutan rimba dan pokok-pokok balak aje yang kelihatan. 


Tips : Jangan sesekali lupa isi minyak sampai penuh sebelum bertolak, sebab stesen minyak kat sini jauh baru ada dan tutup awal pukul 6.