Friday, October 9, 2009

Terkenang semasa dulu - Hamburg 2001

Hamburg 2001


Duduk saja - saja ni aku terkenangkan peristiwa masa lalu semasa aku ke Hamburg, Germany tahun 2001. Sebenarnya aku ni dihantar oleh company aku menjalani OJT selama 6 bulan mula March sampai Sept 2001. Bersama ke sini  kawan aku  Rosli dan arwah Haji Amin.

Sungguh berat hati nak meninggalkan anak isteri tercinta tapi apakan daya demi sesuap nasi...hahhaahaa..Aku masih ingat lagi flight saja amik masa 22 jam sebab admin company aku beli tiket murah ....sabo ajelah.

Aku ingat lagi route flight tu macam ni : KL-Singapore - Bangkok - Zurich - Frankfurt - Hamburg. Banyaknya Transit. Bila sampai airport badan dah lembik macam sayur. Keluar aje airport Hamburg, suasana putih di mana-mana sebab musim salji belum abis lagi walaupun dah March. Sampai aje kat apartment di Glinde 3 orang kami kena jet lag .....asyik nak tidur aje dekat seminggu lamanya. Nasib baik boss aku tak kisah tak masuk opis seminggu.....lega.

Macam2 kenangan kat sana tu. Sudahlah terpaksa meninggalkan anak isteri, terpaksa pulak bersusah payah di rantau orang.

Photo-photo di bawah ni adalah tempat tempat yang selalu aku lawati bila boring giler tak tau nak buat apa. hari-hari talipon anak isteri dan dengar Nabila menyanyi lagu "air pasang pagi" dan dengar Haikal "Gugu Gaga". (Haikal lahir masa aku di Paris - dia marah kalau sebut pasal tu).


Tempat tinggal aku di Glinde. Sebelahnya ada Lidl Supermarket


Mönckebergstraße ni pulak tempat shopping yang popular kat Hamburg ni......aku selalu santai-santai sambil makan Mc Fish kat sini

Tasik di Jungfransteig tempat lepak utama

Landungsbrucken .....Aku selalu lepak kat tingkat atas tu tengok feri pelancong.....sejuk lagi syahdu

Ni tempat menunggu feri Landungsbrucken untuk ke opis aku di Blohm + Voss tiap-tiap pagi - petang. Kalau lambat alamat kena menapaklah ikut tunnel kat bawah sungai ni.

Hamburg ni yang tak tahan tu musim sejuk yang teramat sejuk. Tetap sejuk walaupun dah spring. Malah ada sekali tu salji turun dalam masa spring.....adeh. Spring seakan-akan sama saje dengan winter, mungkin sebab pengaruh Nord Sea.  Aku tinggal kat apartment di Glinde. Selesa jugak la untuk tidur, rehat dan masak. Satu keistimewaan kat Hamburg ni dia punya kadar phone card memang murah. Ada pelbagai jenis kad seperti Banana, Universe dan Gyanam. Murah punya pasal aku call anak isteri 2 kali sehari, sembang sampai 1/2 jam tiap-tiap kali. 

Antara aktiviti utama geng-geng melayu kat sini adalah  pergi ke Floah Markt iaitu pasar barang-barang terpakai. Dalam pada tu masa nak beli makanan halal cukup mencabar sebab terpaksa berjalan jauh ke Berliner Tor menuju ke supermarket Linden, mengusung beras, ayam dan ikan segala bagai...Yang hebat tentang Hamburg adalah system keretapinya yang serba canggih dan cekap serta sentiasa on time.

Asal cuti aje depa ajak mai floah markt ni, ni aje aktiviti kegemaran Melayu....nangis

Satu lagi perkara yang sangat mencabar adalah sembahyang Jumaat. Masjid yang terdekat cuma di Berliner Tor, tapi masalah utama pergi sembahyang Jumaat bukan dari apartment sebaliknya dari office Blohm + Voss. Memang kebiasaan waktu Jumaat tiada sebarang feri dari Blohm + Voss ke Landungsbrucken.


Linden ni nadi makanan halal kat sini

Dalam kesejukan, maka terpaksalah berjalan kaki beberapa kilometer melalui tunnel bawah sungai Elbe (ada lif besar turun dan naik tunnel, maklumlah tunnel ni dikorek jauh di bawah sungai). Sampai di Landungsbrucken kena naik train pulak untuk ke Berliner Tor. Bila sampai masjid badan dah letih dan mengantuk. Ditambah dengan khutbah dalam bahasa Turki, memang bertambah lentoklah jawabnya. Orang Turki kat masjid ni pulak memang pantang tengok orang tertidur.....mesti dicuit-cuitnya sampai terjaga.......adeh. Sungguh sembahyang Jumaat merupakan perjuangan hebat.


Elbe Tunnel. Tiap-tiap jumaat kena jalan kaki lalu tunnel ni

Kat bawah masjid ada restoran Pakistan yang ada jual nasik dan kari ayam. Untuk 4 Deutch Mark (masa ni belum ada Euro lagi) dapat sepinggan nasi, kari dengan 2 ketul ayam peha besar dan roti.........banyak tu sampai tak abis makan. Gunting rambut pulak ada kat bawah masjid ni pada harga DM 10. Mahal kot berbanding Malaysia.

Maka bila aku boring giler tak tau nak buat apa tempat - tempat favourite aku ialah Tasik Junfransteig dan pelabuhan Landunsbrucken inilah yang aku jadikan tempat menghilangkan boring sambil menghitung hari bila nak balik ke Malaysia.

Lagi satu tempat lepak utama kat Hamburg ni adalah Stadtpark. Naik keretapi sampai ke hujungnya sampailah ke padang dan taman serba hijau ni.

Stadtpark. Selalu aje aku lepak tepi kolam ni sambil terkenangkan anak isteri tercinta dan kampung halaman

Family day untuk warga Malaysia kat Hamburg ni di adakan kat Stadtpark ni lah. Ada makan-makan sate, ketupat, main sepak raga, silat dan lain-lain.  Agaknya itulah hari paling gembira kat Hamburg bagi geng-geng melayu ni termasuk aku. Dalam pada tu aku kagum jugak ada 3 keluarga Melayu yang jadi penganjur yang telah bermaustatin di Hamburg ni iaitu Keluarga Zakaria, Dino dan lagi satu aku tak ingat. Anak-anak dia semua nama melayu......tapi muka mat saleh abis.

Paling sayu tu bila lepak kat Stadtpark ni bila cuaca mendung, angin sejuk bertiup.....syahdunya terkenang kampung halaman. Tapi boleh kata kerap betul geng-geng melayu sini datang kat taman ni. Apa nak buat, itu ajelah hiburan yang ada. Takkan aku nak pergi Repherbahn pulak.....tu kan tempat segala maksiat.

Macamanapun ada jugak hikmah yang dapat ku kutip semasa di rantauan ni iaitu daripada seorang yang langsung tak tahu memasak aku kini tahu memasak serba sedikit. Setakat nasi goreng, mee goreng, bihun goreng, ayam masak kuning, ayam masak kicap, sweet and sour, masak lada semua tu memang lepas le. 

Semua ni berlaku sebab aku dah tak mampu nak makan kentang goreng 'pomes' atau nasi lemak/nasi goreng yang dijual oleh seorang member opis tu nama dia Mokhtar , mula-mula memang sedap jugaklah...........tapi kalau hari-hari makan benda yang sama mana boleh tahan 😭.

Hari paling gembira adalah hari kepulangan aku pada 12 September 2001. Kali ni kami berkeras nak balik dengan MAS dan tak mahu peristiwa route macam dulu berulang lagi. Flight ni transit kat Rome, Italy sempatlah jugak aku beli crystalball "I love Roma". Malangnya crystalball tu dah bocor, dan cecair dalamnya abis keluar.

Dan bila kapalterbang mencecah airport KLIA itulah saat paling bahagia. Dalam pada tu aku suspen jugak sebab driver yang ditugaskan menjemput aku asyik nak terlelap aje dalam perjalanan KLIA-Manjung. Dia cakap dia bertolak dari rumah pukul 4.00 pagi, tu yang mengantuk.....sampai nyaris-nyaris eksiden. Dah ler orang tengah rindu anak isteri .......sampai aku pulak offer diri nak bawak kereta sebab aku tengok dia dah teruk sangat nih !!!

Macamanapun Alhamdulillah selamat. Sampai di rumah aku dapati Nora demam, dan aku memeluk penuh kerinduan mereka yang telah lama aku tinggalkan. Nabila malu-malu dan sampai tak berapa kenal aku dan Haikal kelihatan debab di dalam buaian.

Sejak hari itu aku berazam kalau aku keluar negeri lagi, maka aku sanggup bergolok-gadai demi membawa seluruh ahli keluarga aku bersama-sama. Kata orang susah senang biar bersama.


Denmark
Masa aku kat Hamburg ni aku di jemput pergi Helsingor Denmark ni pulak atas undangan software provider MARS. Pergi dengan menumpang kereta sorang mat salleh, lagi sorang Loh Chean Leap (masa ni dia ada kat KHL). Hebat pemandangan sepanjang-panjang perjalanan ke Denmark ni.

Jambatan dia nampak hebat dan memang indah betul. Memang luarbiasa, sebab jambatan tu bersambung dengan pulau-pulau, dan ada laluan keretapi yang tenggelam- timbul? kejap nampak....lepas tu hilang.

Kat Denmark tinggal di hotel Marienlyst. Tapi..harap hotel aje la mewah, kesudahannya aku makan maggi aje sebab makan malam tak disediakan. Maggi tu pulak direndam dengan air panas dari water heater kat dalam tub mandi......adus.  Tapi malam berikutnya makan memang best sebab aku dapat makanan special untuk muslim. Sedap betul makanan dia. Pemandangan kat belakang hotel pun hebat, boleh nampak negara sweden nun di seberang sana........tapi tak mampu nak lepak lama kat luar sebab sejuk sangat nih !!.

Siangnya ada presentation oleh Software Provider MARS lepas tu lawatan ke Simulation Center. Huh memang real simulation kapal yang dia buat tu, sebijik macam kat bridge kapal. Satu perkara yang aku kesal, aku langsung tak beli sebarang sourviner dari tempat ni.


Jambatan Germany - Denmark


Hotel Marienlyst
Photo ni sempena MARS Conference di  Hotel Marienlyst 


Paris
Masa ni jugak sempat aku ke Paris pada 13 April 2001 dengan 2 orang member serumah, Rosli dengan arwah Haji Amin. Pergi naik bas Euro Tour dekat stesen Junfrangsteig. Kerek betullah driver bas bangsa Hitler ni. Aku nak bawak beg kat dalam bas pun dia tak bagi disuruhnya letak kat tempat simpan beg. Apapun bas ni memang selesa. Tandas kat bawah jenis kapalterbang punya standard. Perjalanan memang lama sekali, sampai 12 jam baru sampai. Sakit bontot aku.

Sampai di Paris kami naik tren ke grand boullevard dan check in kat sebuah hotel. Ikut undang undang tak boleh 3 orang satu bilik, tapi ayat punya ayat di benarkan jugak. Letih giler, lepas makan tu terus tertidur.

Esoknya pagi pagi aku call rumah. Aku dimaklumkan oleh ibu mertuaku bahawa isteri ku sayang Nora telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Ditanya nak bagi nama apa, terus aku jawab Arif Haikal nama yang telah aku prepare dari awal. Alahai rindunya kat depa anak beranak di Manjung.

Antara tempat yang kami lawat adalah Eiffel Tower, Arc de Triomphe, Musee Louvre dan beberapa tempat lain lagi. Eiffel Tower ni memang hebat..sesuailah di namakan antara 7 benda ajaib dalam dunia. Terasa kehebatannya bila ada di depan menara tu. Abis Eiffel Tower kami ke Arc De Triomphe dan seterusnya Musee Louvre. Selain itu, silap punya pasal kami ikut aje pamplet  melawat gereja atas bukit - penat giler naik bukit, sekitar paris dan lain-lain. 

Macam mana pun pada keseluruhannya lawatan ini amat menarik sekali.

Photo aku kat sana cuma ada hard copy, ni zaman dolu-dolu punya teknologi😅

 Depan Eiffel Tower dan Arc de Triompahe

Gambar Hiasan - copy dari lawatan kali kedua 2012. kali ni dah ada camera digital

No comments: