Tuesday, April 16, 2013

Selamat Hari Lahir Arif Haikal

Ahad 14 April 2013

Ya Allah...
Jadikanlah anak-anak kami zuriat yang soleh...
Lembutkanlah hati-hati mereka ...
Masukkanlah Nur HidayahMu ke dalam hati mereka...

Hari ni hari lahir anak aku yang ke 12. Maknanya dah 12 tahun anakku ini menjadi sinaran kebahagiaan kepada kami sekeluarga. Ayah doakan anak lelaki kesayangan ayah ini sentiasa dalam perlindungan Allah dan mendapat rahmat dan kebahagiaan dunia dan akhirat.


Saturday, April 13, 2013

Gold Coast Day 6 - Australia Fair & Harbour Town Lagi (Closing)

Catatan 13 March 2013

Hari paling tak best sebab kena balik. Depa semua pun kalau boleh nak lama-lama lagi kat sini. Kalaulah aku ni jutawan, kurang-kurang aku tinggal sini sebulan sampai puas, sebelum melancong ke tempat lain pulak..hahahaa. Realitinya aku bukan jutawan......dan hari ni dah kena berangkat pulang ke tanah air. 

Maka lepas berkemas-kemas, dalam 11.00 pagi kami pun check out dari The Shore Apartment ni. Masih ada masa lagi, jadi kami ke Australia Fair pulak untuk melihat-lihat apa yang boleh dibeli di sini.

Australia Fair ni tak delah best sangat, biasa-biasa aje. Lepas tu, kami lajak ke Harbour Town sekali lagi. Tujuannya kot-kot terjumpa apa-apa barang lain yang menarik. 



Abis Harbour Town kami menuju ke airport. On the way ke Airport singgah sekali lagi di Currumbin Beach tapi pantai yang bahagian lain. Cadang nak melepak lama sikit kat sini dan makan makan...tetiba aje hujan turun, terpaksalah masuk dalam kereta semula dan teruskan perjalanan.  Ingat makan kat airport je lah nanti. 


Currumbin Beach

Dah dekat nak sampai Airport,...sekali hujan pun berhenti. Masih ada sedikit masa jadi tukar plan dan pusing pusing cari tempat yang sesuai untuk makan...terjumpa pulak sebuah pantai yang indah iaitu North Kirra Beach...apalagi terus keluarkan semua bekalan yang ada. 

Banyak sungguh burung camar kat sini. Campak aje sikit nasi......berkerumun burung-burung ni datang. Comel la tengok burung-burung ni semua.



North Kirra Beach 

Selesai kat sini terus ke parking area Budget Car Rental, bersebelahan Coolangatta Airport. Pulangkan kereta, kunci dan GPS. Lepas tu terus masuk ke Airport. Lepak-lepak sementara menunggu masa check in. Lepas check in, terus masuk ke boarding hall. Rupa-rupanya tempat ni ada surau......walaupun sempit dan ada satu saja untuk lelaki- perempuan, ini sudah kira bagus.

Sempat la berborak dengan seorang opah mat saleh yang nak ke Malaysia. Katanya dia nak ke Malaysia untuk menubuhkan sebuah NGO khas untuk menyelamatkan spesies hampir pupus di Malaysia iaitu tupai terbang atau flying fox. Musykil aku dengan kerajinan mat saleh macam ni. Dah tua pun begitu aktif dan punya wawasan.

Dan bila kapalterbang take-off pada pukul 9.45 malam, maka berakhirlah percutian kami ke Gold Coast. Pada keseluruhannya, Gold Coast ini amat seronok dilawati dan rasa tak puas walaupun 6 hari kat sini. 

Terima kasih Ya Allah, atas anugerah dan kurniaanMU sehingga kami dapat menikmati ciptaanMU yang hebat ini semua. Semoga perjalanan seperti ini tidak membuat kami menjadi lalai dan melupakanMU. Subhanallah.

Thursday, April 4, 2013

Gold Coast Day 5 - Wet n Wild & Harbour Town

Catatan 12 March 2013

Hari ke 5. Bangun pagi-pagi aku dan Nora jalan-jalan tepi pantai. Kami menghirup udara dingin dan segar dan melihat matahari terbit. Lepas jalan-jalan masuk pulak ke kedai runcit 24 jam kat sebelah apartment. Duit syiling Australia makin banyak nampaknya dan memberatkan poket, ada lagi baik aku beli barang semua guna duit syiling.



Kedai runcit 24 jam sebelah The Shore


Lepas siap-siap semua kami terus ke destinasi pertama iaitu centre Surfer Paradise sebab nak merasa suasana melepak kat sini waktu siang pulak. Nasib baik senang aje nak dapat parking maklumlah ini hari bekerja. Kalau cuti memang susah nak dapat parking.

Sini pun ada koala






Perjalanan diteruskan kali ni ke Harbour Town pulak. Satu jalan aje dari tempat tujuan asal. Ramai orang-orang Malaysia yang ke Gold Coast ni meminati pusat membeli-belah ni. Bagi aku Harbour Town ni lebih kurang macam Pacific Fair cuma kawasannya lebih luas. Kat sini jugak ada Nando's yang ada sijil halal yang sah sehingga November 2013. Habiskan masa sekejap kat sini dan beli apa yang patut.


Abis tempat ni, kami terus menuju ke Wet and Wild Theme Park yang termasuk dalam senarai VIP Pass kami. Anak anak aku cakap lagi best dari Sunway Lagoon. Gumbira habis nampaknya bebudak ni mencuba berbagai jenis gelongsor air, maklumlah orang semakin berkurangan bila sudah petang. Jadi tak perlu berbaris panjang.

Takde sebarang etika berpakaian kat sini, pakailah apa apa aje yang sesuai. Apa yang aku nampak pengurusan sini betul-betul amik berat pasal safety. Sungai kecik paras pinggang pun punyalah ramai safety personnel yang jaga. Menjelang pukul 5.00, bila tempat ni dah nak tutup, kamipun berangkat pergi.






Tengok mat saleh berayun kat sini pun aku dah ngeri.....tu belum cuba lagi!!!

On the way ke Surfer Paradise, kami melalui Harbour Town sekali lagi. Depan sikit dari Harbour Town kami terjumpa Ian Dipple Lagoon lalu berhenti melihat-lihat. Tak sangka Lagoon ini sungguh indah dan nyaman. Seronoknya berdiri di pasir yang berada di tengah-tengah dua laut yang terpisah. Ada banyak burung camar pulak tu menambahkan suasana ceria.









Kami jenguk sekejap Pasar Seafood ni. Wah.....macam-macam ada. Sotong besar, Lobster dan pelbagai jenis dijual. Sayang tak boleh nak beli apa-apa sebab ada banyak makanan dalam peti ais perlu dihabiskan supaya tak membazir sebelum balik.