Saturday, April 13, 2013

Gold Coast Day 6 - Australia Fair & Harbour Town Lagi (Closing)

Catatan 13 March 2013

Hari paling tak best sebab kena balik. Depa semua pun kalau boleh nak lama-lama lagi kat sini. Kalaulah aku ni jutawan, kurang-kurang aku tinggal sini sebulan sampai puas, sebelum melancong ke tempat lain pulak..hahahaa. Realitinya aku bukan jutawan......dan hari ni dah kena berangkat pulang ke tanah air. 

Maka lepas berkemas-kemas, dalam 11.00 pagi kami pun check out dari The Shore Apartment ni. Masih ada masa lagi, jadi kami ke Australia Fair pulak untuk melihat-lihat apa yang boleh dibeli di sini.

Australia Fair ni tak delah best sangat, biasa-biasa aje. Lepas tu, kami lajak ke Harbour Town sekali lagi. Tujuannya kot-kot terjumpa apa-apa barang lain yang menarik. 



Abis Harbour Town kami menuju ke airport. On the way ke Airport singgah sekali lagi di Currumbin Beach tapi pantai yang bahagian lain. Cadang nak melepak lama sikit kat sini dan makan makan...tetiba aje hujan turun, terpaksalah masuk dalam kereta semula dan teruskan perjalanan.  Ingat makan kat airport je lah nanti. 


Currumbin Beach

Dah dekat nak sampai Airport,...sekali hujan pun berhenti. Masih ada sedikit masa jadi tukar plan dan pusing pusing cari tempat yang sesuai untuk makan...terjumpa pulak sebuah pantai yang indah iaitu North Kirra Beach...apalagi terus keluarkan semua bekalan yang ada. 

Banyak sungguh burung camar kat sini. Campak aje sikit nasi......berkerumun burung-burung ni datang. Comel la tengok burung-burung ni semua.



North Kirra Beach 

Selesai kat sini terus ke parking area Budget Car Rental, bersebelahan Coolangatta Airport. Pulangkan kereta, kunci dan GPS. Lepas tu terus masuk ke Airport. Lepak-lepak sementara menunggu masa check in. Lepas check in, terus masuk ke boarding hall. Rupa-rupanya tempat ni ada surau......walaupun sempit dan ada satu saja untuk lelaki- perempuan, ini sudah kira bagus.

Sempat la berborak dengan seorang opah mat saleh yang nak ke Malaysia. Katanya dia nak ke Malaysia untuk menubuhkan sebuah NGO khas untuk menyelamatkan spesies hampir pupus di Malaysia iaitu tupai terbang atau flying fox. Musykil aku dengan kerajinan mat saleh macam ni. Dah tua pun begitu aktif dan punya wawasan.

Dan bila kapalterbang take-off pada pukul 9.45 malam, maka berakhirlah percutian kami ke Gold Coast. Pada keseluruhannya, Gold Coast ini amat seronok dilawati dan rasa tak puas walaupun 6 hari kat sini. 

Terima kasih Ya Allah, atas anugerah dan kurniaanMU sehingga kami dapat menikmati ciptaanMU yang hebat ini semua. Semoga perjalanan seperti ini tidak membuat kami menjadi lalai dan melupakanMU. Subhanallah.

No comments: