Transit Danga Bay
Catatan 27 November 2011
Tahun ni alhamdulillah ada rezeki bercuti ke Singapore atau kecik-kecik dulu aku sebut Sungaipo. Konsep tahun ni lebih kepada 'kegembiraan kanak-kanak', dan target utama pastilah Universal Studio Singapore.
Untuk perjalanan yang jauh macam ni aku plan tidur di JB dulu baru masuk ke Singapore. Hotel Kozi kat Danga Bay jadi pilihan aku kali ni. Sewanya RM110.... jimat. Kereta aku hari tu dah macam Campervan je aku tengok.
Mana taknya, siap ada tempat tidur yang selesa untuk dua orang budak tu. Maklumlah kena jalan jauh mesti bagi depa tempat lapang sikit supaya depa tak bosan dan mula melawak yang bukan bukan.
Mana taknya, siap ada tempat tidur yang selesa untuk dua orang budak tu. Maklumlah kena jalan jauh mesti bagi depa tempat lapang sikit supaya depa tak bosan dan mula melawak yang bukan bukan.
Kalau makan kat johor ni, asal kita duduk je mesti ada orang akan datang letak otak2 kat meja.terpulangla nak makan ke tak...biasanya kami balun aje
Pantang jumpa game, mesti mau main punya
Pantang jumpa game, mesti mau main punya
Cruise Ship
Lobby Hotel Kozi
Bilik kozi
Lenguh jugaklah urat saraf aku sementara nak sampai JB ni.....itupun nasib baik Nora drive dari Rawang sampai Melaka. Maklumlah dah hampir 5 tahun aku tinggalkan JB/Pasir Gudang ni. Satu yang aku tengok Danga Bay dah sangat berbeza dari dulu. Bangunan yang meriah dengan pelbagai jualan dah dirobohkan. Hai......apa pulak projek puak-puak ni nak buat?
Makan tengahari bungkus aje kat 'Ikan bakar Sekinchan' kat hujung hotel. Entah mana datang Ikan Bakar Sekinchan kat JB ni. Belasah ajelah walaupun harganya agak mencekik darah....dah lapar apa nak buat dan itu aje kedai makan yang aku perasan ada kat area ni.
Waktu malam pergi melepak kat Danga Bay dan makan malam di Medan Selera kat situ. Sekali lagi harga mencekik. Aku order siakap sweet and sour je, menu mudah macamni pun tak boleh masak dengan sedap ke?. Apparaa
Betullah kata driver teksi kat Singapore yang diorang tak berapa minat nak datang JB lagi macam dulu-dulu sebab harga barang dan makanan dah hampir sama macam kat Singapore walaupun currency mereka 2.41. Inilah lemahnya sesetengah peniaga makanan. Suka sangat tamak dan ambil kesempatan. Sepatutnya biar harga murah.....dan kita akan untung dari segi kuantiti dan pasaran yang sentiasa berterusan.