Monday, December 19, 2011

Singapore : Day 3

Catatan 29 November 

Pagi tu terus ambik teksi ke Pulau Sentosa lagi. Teksi tu hantar sampai ke Underwater World. Dari sini jalan kaki ke Siloso Beach. Perghhh... cantik pemandangan Siloso Beach ni. Siap ada lagoon dan pulau kecik, aku agak ni pulau buatan. Kalau aku tau macam ni... sesudah subuh aku dah datang berkelah kat sini. 

 








Dari Siloso Beach kami naik bas yang bergerak kat sekitar pulau ni. Boleh naik turun dengan percuma sesuka hati. Kami turun di Merlion. Iaitu sebuah patung singa gergasi di atas bukit.

Lepak lepak dan makan tengahari kat sini. Pemandangan dari atas bukit masa naik tangga ni memang menarik. Tapi bila sampai atas tiba tiba aje hujan turun. Tak sempat ler nak enjoy view sangat... cuma singgah kat kedai souvenir dan beli apa yang patut.
             





Laluan untuk naik ke Merlion dari pantai  


Atas lagi dari Merlion ni ada Imbiah Lookout. Di sini terdapat kedai kedai souvenir dan lain lain lagi serta cable car station. Satu yang best kat Singapore ni kemudahan awam dia memang tip top. Siap ada escalator bertingkat-tingkat nak naik ke Imbiah Lookout ni. Dan tandas di sini pun sangatlah bersih.







Sampai kat atas ni aku decide apa salahnya naik cable car sekali sekala walaupun tiketnya SIND 75. Nora cakap dia dah pernah naik cable car Genting Highland dulu tapi lebih besar dan naik ramai ramai. Tapi bila dah kat atas tu ,dia pulak yang seriau lebih hahhaa.  Aku dan anak anak yang belum pernah naik pun rileks aje.


Sentosa Gateway dan Brani Island



Cantik jugak view dari dalam cable car ni yang melintasi Sentosa Island ke seberang. Dapat tengok Universal Studio dari atas. Turun dari situ terus ambik teksi ke hotel semula untuk ambik kereta dan bertolak ke destinasi seterusnya Melaka.