Sempena aku ada cuti sebab tukar kerja baru dan ada rezeki lebih sedikit, kami sekeluarga pergi bercuti ke Australia.
Bertolak pada hari Sabtu 22 May, ambik tiket Air Asia. Kat KL Central ambik skybus ke LCCT, tak sampai 10 minit masuk, bas terus gerak. Dari Central, perjalanan lebih kurang sejam baru sampai LCCT.
Bertolak pada hari Sabtu 22 May, ambik tiket Air Asia. Kat KL Central ambik skybus ke LCCT, tak sampai 10 minit masuk, bas terus gerak. Dari Central, perjalanan lebih kurang sejam baru sampai LCCT.
Makan-makan di Marry Brown LCCT sebelum check in
Hidangan dalam flight...sedap jugak nasi lemak ni
Tiba di Tullamarine airport, Melbourne
Tunggu teksi untuk ke Prahran
Alhamdulillah semua berjalan lancar termasuk check in dan pengesahan visa. Dekat 8 jam dalam flight, bosan jugak la. Kira-kira tengah malam waktu sana kami sampai. Keluar aje dari airport tu, terus terasa sejuk sampai cakap pun keluar asap. Suhu masa tu dalam 4 darjah celcius.
Walaupun masih dalam autumn, tapi waktu malam kat sana memang sejuk berbanding siangnya...nasib baik dah prepare pakaian yang sesuai. Terus ambik teksi untuk ke Prahran, AUD 80 kena bayar. Kalau dikalikan balik dengan 3...menangis pokcik.