25 May 2010
Idea asal aku nak menyewa kereta biasa kat Prahran untuk ke Great Ocean Road. Tapi rupanya company kereta sewa kat sini memang songel, aku nak bayar cash tak boleh, debit card pun tak diterima. Dia cuma nak credit card. Kecewa jugak aku mulanya. Aku ingat tak de harapan dah nak ke Great Ocean Road ni.
Kami memulakan perjalanan lebih kurang dalam pukul 11 pagi dari Malaysian Hall dan mula menyusuri Great Ocean Road dengan menaiki Toyota Tarago.Idea asal aku nak menyewa kereta biasa kat Prahran untuk ke Great Ocean Road. Tapi rupanya company kereta sewa kat sini memang songel, aku nak bayar cash tak boleh, debit card pun tak diterima. Dia cuma nak credit card. Kecewa jugak aku mulanya. Aku ingat tak de harapan dah nak ke Great Ocean Road ni.
Tapi di sinilah pertolongan Allah sampai dan doa dimakbulkan. Alhamdulillah, akhirnya aku dapat menyewa kereta kepunyaan Warden Malaysian Hall yang lebih murah, luas dan selesa. Kereta ini sebenarnya khas untuk disewa oleh student saja selama ini. Kalau dah rezeki, begitulah jadinya. Lesen tak jadi masalah sebab lesen Malaysia memang recognized di sini.
Perjalanan dari Melbourne hanya berpandukan Google Map sampailah ke Geelong yang merupakan pintu masuk ke Great Ocean Road. Sesekali aku bertanya arah. Apa yang pasti orang Australia ni memang friendly seperti yang aku baca dalam internet. Sanggup susah payah pergi ambil peta nak terangkan dekat aku.Mat saleh ni memang baik hati
Dari Melbourne ke Geelong
Singgah beli french fries dan whipped potato di Torquay
Sepanjang
perjalanan dari Geelong ke Port Campbell kami dihidangkan pemandangan
persisiran pantai yang sungguh indah di sebelah kiri dan pepohonan serta
ladang-ladang yang menghijau di sebelah kanan. Cantik sungguh ciptaan
MU ya Allah.
Kami
singgah di tepian pantai Lorne. Sungguh indah tepian pantai Lorne ini
dengan rumput yang menghijau dan pantai yang putih bersih...........tapi
ada sikit sejuk bila kena tiup angin.
Singgah di taman tepi pantai Lorne
Perjalanan
diteruskan sehingga melintasi Appolo Bay. Agak terkilan sebab tak
sempat nak singgah di sini kerana mengejar destinasi Port Campbell
sebelum malam tiba. Risau jugak kalau-kalau terpaksa menempuh
kegelapan laluan Apollo Bay - Princetown - Port Campbell ni yang merupakan hutan dan
bukit bukau. Masa agak suntuk sebab jam 5.30pm waktu sana pulak dah
gelap.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam lebih sehinggalah tiba di tempat penginapan di Port Campbell.
Sampai
aje di Port Campbell kami check in di Summer's Rest. Mula-mula cadang
nak ambil single room saja, sekali tuan punya yang berbangsa cina tu
tunjukkan cabin 2 bilik yang lebih elok dan lengkap dengan dapur. Terus
kami ambil dan tambah lagi 20 dollar sahaja.
Lepas
letak barang, terus pulak ke pekan kecil Port Campbell, beli barang
untuk makan malam. Sedapnya aku makan malam sambal telur campur udang
kering, ikan masak stim dan tomyam campur. Apalagi tidur nyenyak laa
sampai ke pagi..
Katil untuk 2 beradik
Licin
No comments:
Post a Comment