Sunday, May 30, 2010

Melbourne Day 1 - Sekitar Windsor



Kami tiba di Armadale Apartments yang aku tempah untuk semalam sahaja ini lewat tengah malam (Malaysian Hall hanya ada kosong keesokan harinya). Dalam suasana sejuk terus kami ke receptionist untuk mengambil kunci bilik yang katanya ditinggalkan dalam safety box depan pintu.

Malang sungguh. Rupanya minah receptionist tu dah lupa tinggalkan kunci kat situ. Aduh macamana ni?. Call nombor emergency receptionist kat depan tu pun dia tak angkat. Dalam masa yang sama aku dah cadang nak amik teksi cari hotel lain pulak sambil dalam hati dok fikir mana pulak nak cari hotel tengah-tengah malam buta ni? Maka tinggallah kami dekat depan pintu sambil berdoa mengharapkan pertolongan Allah.

Maka pertolongan Allah yang diharapkan pun tiba tidak lama kemudian. Masya Allah. Sungguh Engkau itu Ya Allah Maha berkuasa atas segala sesuatu. Engkaulah yang memberi pertolongan dari jalan yang tidak disangka - sangka.

Beberapa lama kami mundar-mandir dalam kesejukkan dengan kehendak Allah tak lama kemudian kami terjumpa seorang Mat Saleh yang tengah nak naik ke bilik dia. Sungguh tak disangka dia ni simpati dengan kami dan bagitau ramai yang dah terkena dengan receptionist tu....sebab pompuan tu memang "bitch" katanya.

Dia offer kami tinggal di apartment dia....siap bagi bilik untuk kami sekeluarga malah sanggup dia tidur di ruang tamu.

Sungguh terharu dan macam tak percaya kami ada manusia sebaik ini. Tak cukup itu dia siap beli cokelat bagi kat anak-anak aku dan esoknya pulak dia pegi jumpa receptionist tu dan kami dapat refund. Maknanya kami tinggal free semalaman.

Mat Saleh dalam foto ni antara manusia paling baik kami pernah aku jumpa. Nama dia Mark. 

Sekeluarga kami sangat berterima kasih dan sama-sama mendoakan agar Mat saleh ni di beri hidayah supaya menganut islam kerana manusia sebaik ini pasti mampu menjadi umat yang hebat jika bergelar muslim.


Kat sinilah kotak tempat letak kunci yang takde kunci tu...cisss 


Selesai urusan re-fund kat receptionist, kami terus mengambil teksi ke Malaysian Hall.

Malaysian Hall ni of course la ramai melayu dan ramah-ramah belaka, senang nak bertanya apa apa. Warden dia nama Haznizul, baik dia dan banyak membantu aku. Kami ditempatkan di satu bilik yang agak luas. 

Kat sini tak boleh masak apa-apa kecuali buat air dan masak maggi aje, jadi kami order makanan macam student pada waktu malam. Berbaloi sebab makanan yang di order tu sangat sedap.



Letih punya pasal, lepas dapat masuk bilik terus kami sekeluarga sambung tidur dan berehat sepuasnya sampai agak petang.

Bangun tidur badan pun rasa lega segera kami keluar merayau rayau di sekitar kawasan ni. Kami ke Albert Park. Nyamannya suasana. Best jugak melepak lepak dan menghabiskan masa kat sini.




Taman Tasik ni jalan kaki aje dari tempat penginapan di Malaysian Hall





Kat tasik ni ada mat-mat salleh veteran tengah main kapal layar remote

Burung apa entah...cantik jugak





Sebenarnya aku musykil jugak dengan anak lelaki aku ni.....walaupun dia kurus tapi dia mampu pakai T Shirt aje dalam suasana sejuk macam ni.....ishhhh badan dia ada heater ke?

 


Pondok tunggu tram

No comments: