Sunday, June 13, 2010

Melbourne Day 4 - Port Campbell, The Twelve Apostles & The Loch Ard

Lepas check out pada pagi tu, kami jalan-jalan dulu sekitar Port Campbell. Suasana agak sejuk dan banyak angin. Boleh tahan cantik kawasan berteluk ini.

Depan Cabin







 Isi minyak dulu


 Tersalah jalan...sampai termasuk ladang mat saleh le pulak

Abis kat Port Campbell ni, kami terus ke Twelve Appostle yang merupakan landmark utama di Great Ocean Road ini. Mula-mula hairan jugak aku macam mana nak ke tepi laut ni yang penuh hutan rimba, dan tak nampak pun 12 Apostles ni dari jalanraya. Parking pulak di seberang sana jalan dan agak jauh dari laut. 

Rupa-rupanya ada laluan pejalan kaki khas melintasi jalanraya dari bawah ke 12 Apostles ni dari tempat parking. Bijak jugak idea depa ni.




Menakjubkan. MasyaAllah. Memang luarbiasa pemandangan ini bila ditatap sendiri berbanding di dalam photo. Kami sama-sama menikmatinya dan menghabiskan masa dekat 2 jam di sini. Berbaloi datang dari jauh untuk menyaksikan semua ini

12 Apostles ini merupakan tarikan utama pelancongan di negeri Victoria, Australia.Bagi yang pergi dengan pakej ke sini memang mahal dan itupun sekadar pergi balik hari sahaja. Itulah sebab aku sewa kereta dan pergi sendiri supaya boleh buat apa saja seperti bermalam di Port Campbell dan singgah merata-rata tempat yang aku suka.

Twelve Apostles ni sebenarnya sudah makin terhakis akibat ombak

 

 Kenangan Bersamamu Twelve Apostles








Habis melawat Twelve Apostles, kami terus gerak ke next destination iaitu Loch Ard yang berdekatan. Pemandangan di sini pun hebat jugak, tapi aku yang agak tak larat ni tak mampu nak turun ke bawah macam anak isteri aku. Lama jugak aku menunggu depa naik sambil membaca catatan sejarah tempat ini.

Mengikut catatan sejarah, Loch Ard ini adalah sempena nama sebuah kapal yang telah karam ratusan tahun lalu yang mengorbankan nyawa 50 orang anak kapal. Hanya 2 orang yang terselamat dan mereka berlindung di bawah gua batu di tepi laut ini sehingga mereka berjaya diselamatkan orang.










Dari Loch Ard kami berpatah balik ke Port Campbell lebih kurang 15 minit perjalanan untuk mengambil laluan Princess Highway ke Melbourne. Tidak lagi melalui jalan tepian pantai. Kami melalui ladang-ladang yang luas.





Singgah kejap kat taman di Colac ni untuk makan bekalan..hishh macam terlebih sejuk la pulak cuaca tetiba. Keputusannya makan kat dalam kereta aje


 Budak melayu jumpa daun


Kami sampai di Malaysian Hall sudah agak malam sebab ada traffic jam sikit kat Highway. Nampak macam ada kemalangan. Tanpa GPS terpaksa aku berhati-hati dalam bandar Melbourne ini. Syukurlah selamat sampai.

No comments: