Bila dah lama tak pi mana ni, teringin rasa hati
ni nak bersantai santai melawat dan makan angin serta menikmati suasana di
negara orang. Maka destinasi kali ini adalah Perth, Australia.
Mengapa Perth? Kerana Perth adalah antara negeri
orang putih yang terdekat. 5 jam perjalanan sahaja dah dapat merasa suasana
negeri mat saleh. Perth travel ni kira pelengkap semua destinasi utama di
Australia yang pernah aku pergi sebelum ni iaitu Melbourne, Gold Coast dan
Sydney.
Ada jugak kemusykilan bila nak plan trip macam ni
iaitu nak matching cuti anak- anak aku ni, yang semestinya tidak sama antara
IPTA dan sekolah menengah. Satu satunya tarikh yang paling sesuai tahun ni
dengan mengambil kira musim di Perth hanyalah semasa cuti umum sempena
Deepavali. Itupun cuma dapat seminggu sahaja sedangkan attraction di Perth
memerlukan tempoh masa yang lebih lama.
Biasanya kami cuma bercuti berempat. Nampaknya
untuk trip kali ini, ada yang berminat nak ikut sekali iaitu kakak ipar dan
suaminya serta ibu mertua aku. Self sponsorlah semestinya.
Bab itinerary pulak, sebenarnya itinerary travel
Perth ni agak menyeramkan aku.....hahahaa. Maklumlah nak cover banyak tempat
hanya dalam masa 7 hari. Itupun dah banyak attraction yang dah aku skip.
Nampaknya Perth and West Australia ni terlalu banyak attraction, kalau semua
nak pergi entah berapa hari baru cukup. Alang-alang dah amik motorhome
kenalah pergi jauh sikit baru berbaloi.
Anyway belum cuba belum tahu. Dalam masa yang
sama aku nak berterimakasih pada seorang sahabat masa Matrikulasi UKM ni iaitu
Dr Yahya yang baru beberapa bulan lepas ke Perth. Blognya : casanayafana.blogspot.my
banyak membantu sebagai rujukan kembara Perth ini.
Intro
Intro
Golden Groove Orchard
Sharp Point Albany
The Gap
National Bridge
Green pool
Canal Rock Yallingup
Busselton Jetty
2 comments:
Alhamdulillah...Best Amran.....banyak gambar cantik cantik....
Masa hang pi Perth aku dan family pi dekat Bandung jer hehehe......Mengimbau kenangan....
Alhamdulillah. rasa nak ulang lagi Yahya. Hang punya tips banyak bantu aku.
Post a Comment