Perth - Lancelin Sand Boarding - Pinnacles Desert - Moore River
Nyamannya suasana di homestay ni. Ownernya nama Tania. Parents dia sebelah rumah memang peramah dan semua orang panggil ni rumah Mak Long... hehehee. Halaman rumah yang sangat bersih dan dihiasi indah dengan pelbagai bunga-bungaan yang cantik-cantik belaka.
Jam kat Perth ni memang sama dengan Malaysia, tapi waktu subuhnya dalam 4 lebih begitu. Jadi dalam 5 lebih sudah terang benderang.
Aku dok melawak dengan wife aku, kalau kita boleh tanam pokok ni kat Malaysia, boleh buat duit pasal pasti ramai yang nak beli pokok ni...pokok ni jugak aku perasan ada merata-rata di Perth
Mak mertua aku kata macam berus cuci botol bunga dia
Mak mertua aku kata macam berus cuci botol bunga dia
Selepas sarapan dan bersiap-siap tepat 7.45 pagi teksi Swan yang aku booking pun sampai. Tak muat teksi Estima tu untuk 7 orang walaupun 7 seater sebab ada banyak beg termasuk kerusi roda. Jadi driver tu request lagi satu teksi. Segera kami bergerak ke Britz Motorhome. Sekejap aje dah sampai.
Untuk 5 hari 4 malam sewa motorhome AUD1522. Mahal banyak dari kereta campur accomodation. Ini aku sudah sedia maklum cuma nak mencuba pengalaman baru bermotorhome. Kelebihannya perjalanan yang selesa dan semua ada di situ. Kalau tak sempat sampai boleh tidur mana-mana, pasal makan dan bilik air tak payah risau.
Jadi konsep motorhome adalah melancong secara adventure yang luar dari kebiasaan.
Jadi konsep motorhome adalah melancong secara adventure yang luar dari kebiasaan.
Interior yang serba baru
Ok semua dah ready. Apa lagi... jalan. Destinasi pertama kalau ikut itinerary aku adalah Pinnacles Desert. Jaraknya agak jauh 300km lebih dari Perth. On the way sempat lagi kami pergi Belmont Forum cari bahan makanan.
Perjalanan lancar walaupun agak kekok sedikit menyesuaikan diri dengan motorhome terutama masa nak parking kat Belmont Forum tadi. Tambahan pulak angin kencang ketika ini.
On the way tu terfikir pulak aku, kalau lambat nak patah balik mesti lagi sukar nak masuk ke Guilderton Caravan Park sebab park ni last check in dia pukul 6 petang. Aku try call pun tak dijawabnya.
On the way tu terfikir pulak aku, kalau lambat nak patah balik mesti lagi sukar nak masuk ke Guilderton Caravan Park sebab park ni last check in dia pukul 6 petang. Aku try call pun tak dijawabnya.
Jadi aku amik keputusan check in sesiap kat Park ni yang memang on the way, cuma perlu masuk sikit dalam 4 km macam tu. Lagipun boleh sekali makan tengahari.
Ikut kat website holiday park ni minimum booking mesti 2 malam tapi aku request untuk semalam saja melalui email dan dia approve.
Ikut kat website holiday park ni minimum booking mesti 2 malam tapi aku request untuk semalam saja melalui email dan dia approve.
MasyaaAllah....holiday park yang terletak di tebing Moore River ni memang sangat indah dan menakjubkan. Sungai ini bertemu dengan laut dan menghasilkan pemandangan luarbiasa yang belum pernah kami saksikan. Enjoy sekejap suasana kat sini.
Makan bekalan kat meja depan tu
Cantik macam mana pun tak bolehlah nak berlama-lamaan. Perjalanan masih jauh. Jadi lepas makan dan solat, perjalanan disambung lagi.
Lagi sekali tukar fikiran. Aku decide pergi sand boarding dulu baru Pinnacles memandangkan masa suntuk dan takut kedai peralatan semua tutup. Jadi kami pun segera menuju ke kedai peralatan papan luncur Lucky 7 ni yang agak popular dikalangan orang Malaysia. Sewanya AUD10 satu. Kami amik 2 papan luncur.
Tempat ni mengkagumkan. Cuma nasib kurang baik sebab angin sangat kencang sampai nak meluncur pun sukar. Mau sekati pasir dah masuk mata aku ni...hahah. Dalam telinga pun pasir masuk. Depa tiga beranak meluncurlah jugak mana yang mampu. Nak merasalah katakan.
View dari atas bukit pasir...nampak laut di belakang sana
Ada hujan sikit sikit...tu yang ada pelangi
Habis sand boarding, perjalanan disambung menuju ke Pinnacles. Letih jugak rasanya nak sampai tempat ni. Sampai pun dah lewat petang. Tapi wife aku suka, boleh tengok sunset katanya. Jadi kami pun terus masuk ke tempat ni. Masa masuk tak bayar duit....balik baru aku bayar kat peti besi yang disediakan.
Agak menarik tempat ni. Jadi kami enjoy sini sampai matahari terbenam sebelum bertolak ke Guilderton Caravan Park semula.
Awas !!!! Jangan cuba-cuba nak parking di luar kawasan batu ni...nasib tak baik tayar boleh terbenam
Kami sampai holiday park agak lewat. Kunci masuk gate dah ada, teruslah parking motorhome. Hujan renyai dan angin kencang. Terpaksalah kami sambung power tengah-tengah hujan tu. Satu cabaran. Bilik airnya memang besar dan sangat bersih. Mat saleh lah katakan.
Lepas mandi dan makan malam semua orang keletihan dan terus tidur sampai ke subuh.
2 comments:
Untung dapat sunset kat Pinnacle Desert......
Kebetulan yaye sampai time tu..mmg le cantik tp sampai ke campsite mlm2 tu yg x cantek haha
Post a Comment