Tuesday, October 24, 2017

Safira Country Club - Seberang Jaya

22 - 24 Sept 2017

Untuk lawatan Nabila yang entah ke berapa kali ini aku pilih menginap di Safira Country Club. Ratenya RM200 semalam untuk standard chalet 2 bedroom. Tak puas rasanya menginap dua malam kat sini. Nampaknya ada banyak kelebihan tempat ni,

  • Bilik yang selesa dan bersih
  • Parking yang dekat sampai depan pintu
  • Kolam renang
  • Gymnasium kecil yang serba lengkap  

Seronok aku sekeluarga mandi kolam dengan puas sebab kolamnya sangat luas dan cantik. Kolamnya tutup 9.00 malam, apa lagi sampai malam lah berendam. Best jugak nampaknya mandi malam-malam disinari lampu lampu yang indah.

Tapi kena patuh la undang-undang sini kena pakai proper attire. Nasib baik kami dah ready dengan pakaian renang. Selamat.

Selain itu aktiviti biasa mestilah melawat Mydin dan Sunway Mall.

Kolam dewasa

 2 bilik dengan 2 katil bujang setiap satu



Dapur. Ni aje yang disediakan


Pegi Mydin beli buah buah, air dan lain lain

Chalet ni betul-betul depan sungai. Kalaulah semak samun ni dibersihkan mesti dapat view yang cantik 

Makan malam ni masak sendiri guna dapur kecik aku tu






Nampak gayanya tempat ni agak menarik...ratenya pun boleh tahan. Bolehlah diulang lagi lepas ni.

No comments: