Monday, October 23, 2017

Teluk Senangin

15 - 16 Julai 2017

Sempena Nabila ada kat rumah menghabiskan cuti semester dia, maka aku ke Teluk Senangin untuk kesekian kalinya. Macam yang sudah chalet Pak Kamal lagilah, mana lagi. Kali ini aku ambik chalet No 20 yang lebih besar dan ada bilik air sendiri. 

Tak terasa masa berlalu di sini, dan tak pernah ada rasa jemu untuk kemari. Lagi-lagi menghabiskan masa bersama anak isteri tersayang. Masak-masak dengan dapur gas kecik tu, makan ketam segar, mandi laut, bersantai-santai di bawah hembusan bayu dan lain-lain memang sangat menyeronokkan. 

Inilah cara hidup yang sangat kami sukai, tanpa penginapan yang mewah sekalipun, ianya tetap mengundang rasa bahagia.

Semakin best bila sebelah malamnya pulak ada acara BBQ menggunakan pembakar yang sudah agak uzur dan perlu diganti nampaknya.

Singgah sini dulu sebelum check in chalet

Buah hutan ni tak tau nama

Tempat ni bersebelahan dengan Chalet Pak Ya


Siap ada ran lagi pokok depan chalet ni

Harga RM80 semalam

Ikan merah ni beli kat pasar... buat kari memang mantap

Chef sedang menggoreng ikan



Sakit hati aku tengok orang buang sampah tepi pantai macam ni

View sebelah kanan chalet


Senja nan merah



Aktiviti malam


Sarapan. Walaupun takde gaya tukang masak dan berlakon kata depa... nasi goreng tetap siap


 Beli ketam kat nelayan yang baru balik dari laut pagi tadi... sekilo RM20

Ketam fresh lah  katakan... memang manis dan bersari bila dibakar

Aktiviti meratah sebelum check out

On the way balik ke rumah singgah makan di gerai sawit yang viral katanya.

No comments: