17 October 2017
Guilderton Caravan Park - Golden Groove Orchard - Albany
Sejuk berangin suasana pagi di Guilderton Caravan Park ini.
Motorhome kami ditempatkan bersebelahan pantai. Perjalanan hari ini sangat jauh
576 km.
Tips : Perjalanan sejauh ini amat meletihkan dan memerlukan
tidur selama dua malam di Albany baru berbaloi, tapi apa boleh buat aku cuma ada
semalam sahaja. Jadi itinerary aku ini tidak begitu sesuai untuk rujukan
sesiapa pun.
Setelah makan pagi perjalanan dimulakan menuju Golden
Groove Orchard. Tujuannya nak memetik buah limau pelbagai jenis di sini. Bulan Oktober macam ni buah-buahan yang ada setahu aku cuma limau dan strawberry. Musim epal dan buah lainnya sudah berlalu.
Kalau panjat naik atas tu mesti lagi cantik view aku syak
Sarapan. Laksami dan lontong
Isi minyak dulu
View laut dan Moore River dari petrol station
Sepanjang perjalanan pelbagai view menarik dapat disaksikan di kiri-kanan jalanraya. Sampai aje ladang limau ni tidak berlengah lagi terus kami parking motorhome dan masuk ke dalam. Ada rombongan budak sekolah dan pelancong baru habis picking.
Pusat jualan
Untuk petik limau bayarannya 10 dolar seorang dan boleh dapat 2.5kg limau setiap seorang. Arif tak dikira sebab berumur 16 tahun. Walaupun bertujuh yang dikira adalah 6 orang jadi total dapat lebih kurang 15kg. Owner bagi 3 tong besar dan bagitau kalau semuanya diisi separuh, boleh dapat berat yang dikehendaki. Kalau lebih ambik....dia charge. Tapi kalau tak cukup dia akan tambah dengan menyuruh kita pilih limau jenis mana yang kita nak.
Aku tengok ada yang naik tractor
dan chargenya 10 dolar seorang...tapi ladang dia aku nampak seberang jalan aje,
dekat bebeno. Jalan kakilah...jimat dan exercise sikit.
Memang seronoklah self picking macam ni. Ada berbagai jenis
species limau yang sedap-sedap dan manis manis belaka. Makan aje mana yang
suka, dia bagi free. Nampak gayanya lepas ni siang
malam boleh makan limau dalam motorhome.
Memang geram tengok limau-limau ni semua
Tamat masa bergembira memetik limau. Perjalanan jauh menanti di hadapan. Tidak berlengah perjalanan disambung menuju Albany.
Sebelum masuk highway sempat lagi kami ke area Belmont Forum. Ada kedai halal berhampiran depan kawasan parkingnya. Nampak segar ayam dan kambing kat sini. Tak berlengah kami beli beberapa kilo ayam dan kambing cukup untuk bekalan beberapa hari serta beras basmathi dan lain lain bahan makanan. Jugak beli dua pasang selipar kat dalam Belmot Forum ni... sebab rimas aku guna kasut sepanjang masa.
Ini pun dah kira hilang masa. Jadi kena cepat-cepat sikit. Terus menuju highway Albany. Confirmlah perjalanannya membosankan tambahan pulak bukannya ada tempat rehat macam R&R kat Malaysia. Kereta pun jarang jarang ada.
Sebelum masuk highway sempat lagi kami ke area Belmont Forum. Ada kedai halal berhampiran depan kawasan parkingnya. Nampak segar ayam dan kambing kat sini. Tak berlengah kami beli beberapa kilo ayam dan kambing cukup untuk bekalan beberapa hari serta beras basmathi dan lain lain bahan makanan. Jugak beli dua pasang selipar kat dalam Belmot Forum ni... sebab rimas aku guna kasut sepanjang masa.
Ini pun dah kira hilang masa. Jadi kena cepat-cepat sikit. Terus menuju highway Albany. Confirmlah perjalanannya membosankan tambahan pulak bukannya ada tempat rehat macam R&R kat Malaysia. Kereta pun jarang jarang ada.
Masa mula mula nampak pepokok ni...rasa unik jugak ...bila dah lama sangat view yang sama jadi takde mende dah...kira nak cepat sampai aje kalau boleh
Hutan ni macam pernah ada kebakaran besar
Take a break. Masa untuk berhenti makan. Nasib baik wife aku jadi 2nd driver dari Moore River ke ladang limau tadi dan jugak dekat 2 jam drive ke Albany. Dapat la aku bersenang-lenang sekejap. Kerusi motorhome ni agak selesa tu yang sampai tersandar serius aku ni...terasa macam boss.....hehhehehe
Kami tiba di Big4 Middleton Holiday Park ini sudah malam. Mujurlah ada lagi orang yang boleh bantu tunjukkan powered site yang telah aku tempah. Suasana sejuk sekali. Terus buat aktiviti biasa sambung power, mandi, makan-makan, solat dan tidur.
2 comments:
Pokok yang terbakau tu memang unik....banyak sangat hehehe....Anyway perjalanan lebih 500km tu memang jauh Amran..pulak tu lebuh raya Albany yang lurus macam pembaris.......tapi apa kan daya masa tak banyak..Tapi yang penting sampai Albany dan perjalanan lepas tu.....Petik limau tu memang awesome.....kami tak merasa huhu.......
Memang Yaye...jauh sungguh sampai aku kena berenti nap sekejap...makan limau semua kot boleh hilang mengantuk...adehhh. Tertunggu-tunggu aku bila laa nak sampai.
Limau tu kira rezeki terpijak la ...aku terbaca kat mana entah, tak ingat.
Post a Comment