Memori Puteri Bayu Beach Resort
Pergi ke sini sempena minggu pertama lepas pindah balik ke Manjung dari
Pasir Gudang, sementara cuti masih ada lagi. Masa tu ada break satu minggu
sebelum masuk kerja baru.
Mak aku pun join sekali. Aku ambik kereta sewa
dengan kawan Paklang Halim yang kami jumpa dalam feri.
Kalau ke
Pangkor ni, makan ikan bakar kat Teluk Nipah la yang best walaupun gerainya biasa aje. Waktu petang pulak makan laksa tepung beras tepi pantai...memang best.