Saturday, January 9, 2010

Bercuti Di Melaka

Memori October 2007

Singgah Melaka ni sempena on the way balik dari Hari Raya Aidil Fitri. Tidur semalam di hotel Seri Malaysia Air Keroh. Penutup cuti rayalah katakan. Nak tunggu cuti lain bila pulak baru nak dapat.

Sampai dah lewat petang...sempat la bawa anak-anak aku mandi kolam kat bawah.

Pagi-paginya tu terus ke Hutan Lipur kat sini, ala-ala program rekreasi dan kesihatan lah pulak sebab kena jalan kaki masuk ke dalam nun jauh di sana .Alang-alang dah sampai...terus jalan ajelah.

Aku tengok anak-anak dan isteri aku nampak tak letih langsung. Dah jauh berjalan baru la nampak replika macam-macam haiwan zaman dinasour kat dalam tu, depa siap gembira dok ke sana sini ambik gambar, sebab suasana taman ni macam zaman pre-historic punya hutan.

Aku tengok dari jauh aje, letih lagipun nak simpan tenaga untuk nak jalan keluar nanti,hehe. Lepas tempat ni masuk masuk pulak ke Taman Buaya. Dari dulu lagi aku memang suka tengok buaya nih, kebetulan ada show buaya dan silap mata baru nak mula, tengok sampai habis.

gosok gigi buaya sampai putih