Sunday, January 31, 2010

Bukit Tinggi

Datang sini hari Sabtu. Keseluruhan tempat ni memang menarik, penuh dengan suasana kehijauan. Habiskan masa satu hari kat sini memang tak terasa boring.

Mula-mula sekali ke horse trail. Lepastu terus ke rabbit farm. Next Japanese Village dan Botanical Garden. Mencabar sebab kena jalan kaki panjat bukit sebab kereta tak dibenarkan naik. Nak tunggu train pun lambat. Exercise la pulak...nasib baikla cuaca sejuk ala-ala Cameron Highland walaupun tengahari. Tak terasa letih sangat.

Akhir sekali barulah ke Castle. Memang cantik pemandangan kat sini.


Rabbit Farm


habis semua orang nak pegang arnab. Tapi paling suka Nabila ni la. kalau boleh tak mahu dia balik, peminat fanatik dia kalau dengan haiwan



botanical garden ni bersebelahan dengan japanese village

muka sorang-sorang dah tak larat sebab baru lepas panjat bukit, tapi kejap aje lepas tu cergasla balik sampai tak larat aku nak panggil, risau jugak sebab laluannya banyak naik turun tangga dan ada jurang

kat belakang tu rumah jepun

lompatan ni dah macam gambar kat ubat cap kaki tiga dulu dulu

swan yang cantik dan sombong, kalau dekat saja dia nak patuk