6 Mei, Rabu : Flam → Mannheller Fodnes → Sogndal → Skei → Utvik → Stryn
_________________________________
Hari ni nak gerak menuju ke destinasi berikutnya iaitu Stryn yang popular dengan keindahan alam semulajadi Norway. Maksudnya tempat yang lagi cantik dari yang dah memang cantik le kot.
Perjalanan nak ke sana lebih kurang 167km.
Istimewa pagi ni dapat bersarapan bersama family tersayang depan kabin dengan view sungai. Terasa nikmatnya menghirup secawan teh panas sambil menikmati sarapan. Kehangatan teh memang kena dengan suasana dingin macam ni.
Alhamdulillah atas semua rezeki dan nikmat yang Allah kurniakan.
Nasi goreng makan dengan kari ekor lembu lagi, saja masak lebih malam tadi. Mee sup pun masih ada tu. Pakat terhidang depan mata, apa lagi balunn
Rumah kami
Selesai berkemas kami pun bertolak. Kurang 1 km perjalanan, sampailah di terowong Laerdalstunnelen.
Laerdalstunnelen dibuka pada tahun 2000 dengan kos USD 113 juta dan merupakan terowong jalan raya terpanjang di dunia sepanjang 24.5 km
Keluar je dari terowong singgah di Gamle Leardalsoyri yang merupakan perkampungan tradisional Norway dengan rumah rumah kayu yang menarik.
Nampak 1, 2 rumah tu macam ada penghuni tapi bebas pulak untuk orang melawat dan boleh pergi tengok dekat.
Sunyi dan tenang aje pagi2 camni
Habih dah jalan, jom le balik
Lepas gerak dari Gamle dalam 10km macam tu kami tiba di Fodnes Ferjekai untuk menuju ke Mannheller. Nak ke Stryn ni kena naik feri dalam 15 minit gitu.
Di Norway ni, naik feri sambil bawak kereta jadi perkara biasa. Masa buat itinerary dulu, ada gak tertanya tanya leceh ke tak naik feri kerap2. Tapi bila dah sampai sendiri, ohh rupanya simple aje. Serba mudah, cepat dan naik feri pun tak lama mana.
Bayaran feri ni biasa auto charge cuma ada sekali je manual, dia minta bayar dalam feri tak ingat pulak laluan feri yang mana
Keindahan dan kecantikan sepanjang perjalanan ini semakin terserlah dengan cuaca yang kejap cerah kebiruan, kejap berkabus dan kemudian bersalji.
Kurang sejam perjalanan dari feri tadi kami sampai di Sogndal dan melintasi Loftesnes Bru. Jambatan ini merentasi Tasik Sogndalsvatnet yang tak jauh dengan Sognefjord.
Loftesnes Bru
Setengah jam kemudian kami singgah di Vatnasete rasteplass ala2 R&R, tapi ada toilet dan bangku meja je.. koi pau dan Putu Bambu World pun takde😁.
Tasik Dalavatnet tepi tu pun cantik betul, tambah pulak pokok2 daun yang dah kering tu makin naik serinya. Tapi tak lepak pun ler sekadar masuk toilet.
Baru je jalan sikit, udah masuk tunnel lagi. Dah macam rutin tak sah kalau sehari tak lalu tunnel
Fjaerlandsfjord
Sepanjang jalan area Boyum ni boleh nampak sungai jernih yang dekat sangat dengan jalan raya. Suasana macam ni pun rasa seronok dah.
Depan sikit kami berhenti kejap, pakat mengantuk pulak. Jom ler kita nap berjemaah kat tepi sungai ni.
Air terjun pun comel2
Dah bangun tidur, sambung perjalanan ke Boyabreen Glacier. Dekat aje. Kat sini dapat tengok glacier di celah2 gunung yang tinggi nun. Indahnya view.
Ada toilet kat jalan kecil OTW nak masuk ke Boyabreen. Jarak ke parking pulak dalam 3 minit aje masuk ke dalam
Dari parking kena jalan kaki sikit untuk nak ke Tasik Brevatnet sana
Boyabreen Glacier ialah salah satu cabang glacier Jostedalsbreen yang merupakan glacier terbesar di Eropah dan terletak di Fjaerland. Ia dapat dilihat dari jalan raya, dengan hamparan ais yang menuruni lereng gunung. Panjangnya 5.7km
Lepas Boyabreen tadi terus sambung perjalanan melalui Fjaerlandstunnelen sepanjang 6.4km menembusi pergunungan yang menghubungkan Fjaerland dengan Lunde.
Sambung lagi dengan Kjosnestunnelen pulak sepanjang 8.5km. Orang dulu2 kena lalu jalan raya tepi gunung yang curam sekarang dah ganti tunnel memang hebatlah usaha orang Norway ni. Dah ler sikit punya banyak ke gunung depa.
Keluar je dari tunnel, beralih tengok belah kiri nampak jambatan. Macam cantik pulak. Kiri tu Kjosnefjord dan kanan Tasik Jolstravatnet.
Kjosnesfjord Bru
Mujur takdak kereta dok lalu mai
Tu tunnel yang baru lepas lalu tadi
Skei
Gerak depan sikit dari pekan Skei ni, dari jalan nampak wow lawanya tempat ni. Stradaselva Valley nama dia. Laju pakat turun pegi dekat.
Memang terpukau tengok, dengan sungai yang tenang dan jernih sampai ke dasar ditambah pulak dengan lanskap gunung. Suasana pulak tiba2 berkabus, macam dunia lain oo😁
Dengan pokok2 kering sepanjang sungai yang nampak unik
Continue our journey
OTW tetiba snow turun, makin lama makin lebat. Apa lagi, nampak je ada kawasan lapang terus le berenti. Pegi ler kome main snow tu jenuh2, bukan hari2 nak jumpak snow turun macam ni.. enjoyy.
Alright guys lets go. Snow fun's over
Habih dah snow
Setengah jam sebelum sampai ke tempat penginapan, kami berenti kat Skjorbakkane Lookout ni sekejap sebab nampak macam cantik.
Innvikfjorden
Makin dekat makin segak
Terjumpa ladang epal dengan padang penuh bunga liar, apa lagi.. singgah lagilah kita.
Satt je lagi nak sampai dah
Akhirnya tiba di penginapan kami di Ovre Tistam 10. Yang sebenarnya sebelum ni dah beberapa kali aku search penginapan di Stryn ni. Ada yang dah booking tapi aku cancel balik sebab dah tertawan dengan rumah ni. Jadi, walaupun lokasinya jauh sikit dari pekan Styrn, takpelah.. demi rumah idaman sanggup aje.
Rumah dan suasana di pinggiran tasik ni memang indah sekali. Harga rumah 2 bilik yang aku jumpa kat Airbnb ni RM1230 untuk 2 malam. Serba lengkap, tuan rumah pun pemurah siap offer arang kalau nak buat BBQ.
Bawak pi tunjuk laundry room
Tengah bagi taklimat dari dalam sampai ke luar rumah, kena dengar elok2 nanti tersalah guna apa2 satgi, haa haru
Selain heater, wood stove ni pun function.. kejap je dah terasa hangat
Macam biasa, lepas check in memang dah tak ke mana2. Lepak santai sambil enjoy rumah yang menenangkan ni.
Untuk makan malam ni simple, ada nasi putih bersama sardin dan telur. Kari ekor dan mee sup pun ada lagi tu.. ulang lagi dah macam lagi2 senario😁





















































































No comments:
Post a Comment