Sunday, August 2, 2026

SCANDINAVIA SCENIC JOURNEY - DAY 4

2 May, Sabtu : Oslo Geilo  Ulvik

_________________________________________________________________

Perjalanan hari ke 4 bermula. Hari ni kami akan bergerak dari Oslo ke Ulvik.  Ikut Google Maps dalam 5 jam setengah, tapi hakikatnya memang takkan jadi leπŸ˜ƒ... total 340km.

Kami start mengemas lepas selesai sarapan tortilla dan bihun goreng. Setiap hari sebelum keluar kami pastikan rumah dah dibersihkan elok elok. Dah settle semua, pakat lah bawak beg naik ke parking. Hari ni perjalanan agak jauh, jadi tak bolehlah nak bersantai atau check out lambat sangat.

Style rumah mat saleh bahagian depan dijadikan parking, belakang pulak halaman dengan view, kat Smogen itu hari pon sama 

Tak lama lepas gerak, kami lalu depan supermarket REMA 1000 ni. Berhenti kejap nak topup susu segar, air kotak, fillet, keledek dan keropok selain bahan mentah lain.

Banyak jugak produk halal dalam supermarket di Norway ni 



Tak berapa jauh dari rumah, tiba tiba handphone kami berbunyi dengan pelbagai safety alert. Lepas tu nampak asap berkepul kepul area Baerum ni. Terus terfikir eh.. entah entah rumah kami duduk tadi ke terbakar?πŸ˜…

Tu asap tu. Sekali pandang macam awan. Bikin cuak saja alarm phone ni padahal rumah kami duduk tu dah kena tinggal jauh di belakang
Jom masuk dalam gunung
Cuaca juga sangat baik, cerah dan nyaman, menjadikan perjalanan lebih selesa. Walaupun perjalanan agak jauh, setiap kilometer memberikan view yang berlainan.

Rasa nak singgah aje mana mana tempat.. tapi kena limit sikit takut malam baru sampai, haru. Masa buat itinerary tempohari ingatkan laluan Oslo ke Ulvik ni sekadar laluan highway biasa saja jika dibandingkan area fjordland yang banyak dipaparkan dalam YouTube, sekali tengok sikit punya mantap ke. 




Rasa macam negeri mat saleh tengok gambar ni😁

Apapun sebelum gerak lebih jauh jom ler isi minyak bagi penuh dulu. 

Sejuk pun mau makan aiskrim ke. Petrol pump ni siap view tasik
Kat petrol pump ni lah kami tengok bangunan bumbung rumput pertama di Norway

Perjalanan menempuhi kawasan pergunungan dengan sungai yang jernih airnya. Di beberapa tempat, masih kelihatan gunung yang diselaputi salji. 

Bulat putih tu stok rumput untuk binatang ternakan
Campsite. Ada tasik kat hujung sana
Nampak misteri pulak sungai hitam ni
Hutan 
Bertukar tukar view.. hutan, sungai, padang rumput, tasik, lembah dan gunung

Sebelum sampai Geilo ni, kami dah melaui 3 fjord iaitu Tyrifjorden, Steinsfjorden dan Kroderfjorden.

Akhirnya tiba di Geilo menandakan kami dah melepasi lebih dari separuh perjalanan untuk hari ini. Tak lama dah nak sampai ke Ulvik.

Supermarket SPAR Geilo

Jalan depan sikit jumpa UstedalsfjordenTempat cantik camni wajiblah berenti lagi. Area Sveinsrud ni ada banyak rumah dengan view gunung dan tasik.  

Ustedalsfjorden
Tengah excited semua orang masa ni. Tu pakat bergambar sakan. 

Sini jugak kami berpiknik dalam kereta makan bekal nasi impit, bihun dan roti bersama air panas yang sangat sedap rasanya walaupun hanya dalam kereta. Tak mampu le nak piknik di taman, sojuk pokcik rase.





Kereta baru jalan sikit, tiba tiba nampak ada snow tepi jalan.. terus pakat suruh stop. Orang pompuan  ni nak merasa pegang salji Norway buat pertama kali.




Peti surat kuning bersusun tepi jalan.. senang sikit kerja posmen 

Berhenti lagi kat tasik ni pulak sekejap. Yang ni tepi jalan, dapat tengok lebih dekat lagi banding view tadi. Bila tasik beku bergabung dengan gunung bersalji, memang nampak betapa cantiknya ciptaan Allah.



Tak pasti samada Ustevatnet atau Sloddfjorden, bersebelahan keduanya
Yang ni berhenti depan sikit dari tadi.. ada mata air yang mengalir ke tasik tapi sebahagiannya dah beku jugak

Dan paling best bila lepas sikit je dari Geilo, kawasan pergunungan sepenuhnya dilitupi salji termasuk tasik atas gunung yang membeku. Super cantik. Ini antara pemandangan yang paling kami kagumi di Norway.

Berhenti lagi. Ni tasik di sebelah kanan jalan.



 Tasik beku. Sini lagi putih habis view.. SubhanAllah
Scenic Route Hardangervida.  Ada baki air tasik yang tak sempat nak beku atau pun baru permulaan nak mencair
Legereid Bridge kat Haugastolvegen

Habis dah kawasan putih yang memukau tadi, nampak Sungai Bjoreoi yang cantik ni pulak. Singgah sat. Banyak hotel area Maurset ni.

Sungai Bjoreio ni mengalir ke air terjun Voringfossen


Tak lama kemudian akhirnya tiba di Voringfossen. Waterfall ni sangat popular di Norway. Viewnya memang menakjubkan  dengan air terjun yang tinggi dan lembah yang nampak jauh ke bawahnya. Memang padu.

Parking Voringfossen. Jom kita menikmati keindahan air terjun di Norway


Kena jalan kaki turun bukit untuk sampai ke jambatan Voringfossen. Turun bukit laju le siap gelak lagi.. patah balik kalu pakat diam😁

Sampai dah jambatan. Dari atas sini boleh nampak ada parking lagi satu kat hujung sana
View dari keliling jambatan ni memang wow




Selesai menikmati keindahan Voringfossen, perjalanan diteruskan ke Ulvik melalui Saebo. Ikut map sejam je lagi nak sampai Ulvik tu. Saebo ni pekan kecil dalam area Eidfjord. Kebanyakan penginapan gunakan nama Eidfjord sebab lebih popular. 

Saebo yang meriah dengan hotel, chalet dan campsite yang dipenuhi pelancong maklumlah kawasan  ni semua berdekatan dengan Voringfossen, Hardangervidda dan Hardangerfjord
Saebo Camping ni lawa, depan Eidfjordvatnet

Sungai Eio

Dah sampai ke pekan Eidfjord. Nampak petrol pump XY di sebelah kanan jalan, terus singgah isi minyak sesiap untuk esok.

XY Petrol Pump
Selesai isi minyak, singgah kejap di Ostangen Park sebelum meneruskan perjalanan melalui Hardanger Bridge atau Hardangerbrua. Jambatan ni jugak menandakan kami dah semakin hampir dengan penginapan.



Ostangen Park

Hardanger Bridge. Jambatan gantung ni unik sebab bersambung dengan tunnel di kedua dua hujungnya
Lepas seberang Hardangerbrua, terus masuk ke Vallavik Tunnel. Siap ada roundabout lagi dalam gunung ni.. cantik pulak tu. Kami ambil simpang kanan menuju Ulvik
Hardanger Bridge dari kejauhan


Bila sampai, kami nampak kawasan Ulvik ini memang menarik sebab kebanyakan rumahnya berada di atas bukit dengan view tasik yang lawa termasuklah rumah yang kami sewa ni. 

Apa lagi jom lah masuk. Rumah ni kecil aje tapi lengkap dengan kemudahan memasak dan laundry. 

Rumah di tingkat bawah
Rumah ni ada 1 bilik tidur dengan katil 2 tingkat sesuai untuk 3 orang serta 1 sofa bed di ruang tamu. Jadinya muat untuk 5 orang 
Owner ni dok bagi briefing pasal rumah
Memang mantap view atas ni. Nak naik ke sini, boleh melalui tangga dari dalam rumah dan 1 lagi tangga dari luar rumah

Kalau guna tangga dari dalam rumah perlu melalui rumah owner dulu. Beria dia suruh kami guna je tangga dalam rumah padahal tangga kat luar pun tepi rumah je

Semua pun dah letih sangat gayanya. Tak sabar nak berehat. Malam ni memang tidur awal lah semua orang, kumpul tenaga untuk perjalanan esok. Tamat Day 4.