Monday, April 6, 2015

Al Fatihah untuk sahabatku Mohd Zuki

Image result for inna lillahi wa inallah-e-raji'oon maksud

Alangkah terkejutnya dan sedih aku hari ini bila mendapat berita yang sahabat baikku ini telah dijemput Allah ke sisiNYA. Allah, seorang demi seorang dijemput NYA. Dua tahun lepas Nordian, kini Zuki pulak. Giliran aku entah bila pulak.

Zuki ini memang sahabat karibku semasa di UKM dulu. Memang rapat dan selalu bergurau senda dengan dia ni. Macam-macam kenangan manis dengannya. Selalu jugak kami berhubung dan bertanya khabar. Tahu-tahu dia sudah tiada lagi.

Ya Allah,
Ampunilah sahabatku ini, masukkanlah dia di kalangan hamba yang engkau kasihi dan berikanlah dia tempat yang baik dan indah disisi MU. Amin

Nordian kiri sekali dan Zuki kanan sekali, kedua-duanya telah dijemput Allah. Alfatihah, semoga Allah merahmati kalian sahabatku. Selamat tinggal sahabat yang ku kasihi