Lanjutan dari kena pegi Bosset Training hari
tu....maka sampailah masa aku kena pergi ke Offshore. Lepas peluk cium
dan babai dengan tersayang sekelian, aku bertolak isnin 12.00 pm ke KL
central. Dari situ aku amik ERL terus ke KLIA. Tambangnya RM35, so lain
kali kalau nak pergi KLIA, cara termudah pakai ERL ni. Mewah, senyap
dan laju. Sampai KLIA terus ke kaunter MAS dan amik tiket.
Terlebih awal la pulak.
Flight 3.30 baru jalan. Cuak jugak aku naik flight kecik aje ke Kota
Bharu.
Sampai terus aku check in kat hotel Golden terminal. Kecik aje bilik.....just nice. Tapi bengang jugak aku pasal airport taxi mintak RM15 sedangkan hotel tu seberang jalan aje (walaupun boleh claim tapi sakit hati). Lepas check in, terus aku makan "nasi ayam paling tak sedap di dunia" kat kedai sebelah hotel tu. Tidur semalam.......tapi jangan tak percaya hotel ni ada HBO dan AXN.
Esoknya pukul 2pm bertolak dengan helicopter ke MDLQ. Heran pulak, naik kapalterbang rasa gayat sikit, tapi helikopter tak rasa apa apa pun. Sampai sana terus di beri taklimat dan makan petang.
MDLQ ni memang lengkap dan agak mewah. Malam boleh tengok TV screen besar, main snooker atau ping pong dan bebas buat apa apa tak ada sapa nak control. Patutlah budak budak muda suka datang offshore ni........tak de boss yang monitor. Yang kureng sikit pasal aku dapat katil atas, jenuh nak memanjat tu.....maklumlah dah lama tinggalkan "asrama putera SMCKK".
Masa aku menulis cerita ni aku sedang berada di atas kapal FSO nun di tengah lautan luas. Letih jugak aktiviti hari ni, tapi aku puas hati sebab semua kerja aku dah selesai dan esok aku boleh balik. Tadi buat inspection serata kapal dari atas dek sampai ke engine room. Sesak napas laa jugak......Lagi satu masa naik ke FSO tadi, crane operator yang angkat aku menggunakan lifting net tu kasar betullah. Sakit hati aku.
Satu hal yang nyata kat offshore ni, makan mewah betul......sampai tak terhabis. Macam makan kat hotel, boleh ambil ikut suka.

No comments:
Post a Comment