Friday, June 6, 2025

YUNNAN CHINA : DAY 4 - LIJIANG

15 JAN : LIJIANG

Jade Dragon Snow Mountain JDSM ❤Blue Moon Valley

Sekitar jam 9 pagi, kami pun gerak ke Yulong Snow Mountain Tourist Center naik Didi. Aku taip nama tempat tu macam ni dalam apps sebab kalau taip JDSM macam tak jumpa.

Harga Didi pergi sana 40 yuan je, boleh tahan murah. Tapi yang ajaibnya masa balik cuma 27 yuan. Gamaknya Didi pun kesian tengok muka penat kami masa tu.

Perjalanan pun tak lama lebih kurang setengah jam je dah sampai. Tak sempat pun nak baring sedap sedap kat seat. Lagipun kalau betul tidur memang rugi laa view lawa lawa ni.

Dalam perjalanan view kawasan pergunungan kelihatan cantik dan menarik. Sebaik saja hampir sampai ke destinasi, kami melalui  sebuah pintu gerbang ala ala tol. Di situlah tempat bayaran masuk dikenakan sebanyak 400 yuan untuk 4 orang. Jadi kena ready cash atau Alipay siap siap. 

Kat sini pun ada pemeriksaan passport, tapi tak perlu turun pun semuanya diperiksa dari dalam kereta. Senang cerita di China ni passport memang jadi teman setia kami di mana mana.

Jadi lawatan untuk ke JDSM, termasuk cable car, bas, tiket masuk ke National Park dan tambang Didi pergi balik, jumlah keseluruhan yang dibelanjakan ialah 1190 yuan untuk 4 orang. Kiranya kos bagi setiap orang sekitar RM193. 


Seluruh kawasan ni merupakan Yulong National Park / JDSM National Park. Ianya terdiri dari Glacier Park, Spruce and Yak Meadows, Blue Moon Valley dan Ganhaizi Meadow. 

Pagi pagi macam ni sebaik melangkah keluar dari kereta, uishh... memang terasa betul dinginnya.

Tiba di Yulong Mountain Tourist Center

Oleh kerana tiket ke Glacier Park JDSM jam 1 petang jadi kami ke Blue Moon Valley terlebih dahulu. 

Dari pintu masuk tadi kami naik tangga bangunan di sebelah kanan untuk menunggu bas ke Blue Moon. Ikut aje panduan arah ke sana. 

View dari dalam bas menuju ke Blue Moon Valley


Sampai di bus stop Blue Moon. Kalau nak explore view sambil rileks macam bos dan nak tengok pemandangan jauh jauh boleh naik battery car atau electric car. Aku panggil buggy

Electric car waiting hall

Lepas beli tiket tadi, kena cek pulak. Harga tiket 40 yuan sorang

Dah sampai first stop buggy


Yak ni memang femes, ramai yang sanggup beratur dan bayar semata mata nak bergambar dengannya


Bawah ni pun tempat hot kat sini. Rupa dia macam Pamukkale di Turki... walaupun aku sendiri belum pernah jejak sana. Hehe. 

Katanya White Water Terraces ni terbentuk secara semulajadi hasil dari mendapan batu kapur putih. Lokasinya betul betul bersebelahan dengan kawasan yak.

White Water Terraces










Lawa Blue Moon Valley ni. Menarik sungguh. Tempat ni sebahagian dari Baishui River yang bermaksud sungai putih walaupun warna airnya hijau, hehe. Jadi untuk melawat Baishui River lagi depan, kami naik buggy semula dan turun di second stop.

Ada jugak yang memilih untuk berjalan kaki je tanpa naik buggy. Nak kata dekat, boleh tahan panjang juga laluan pejalan kaki yang dibina untuk menyusuri sungai cantik ni. Lenguh betis dibuatnya, tapi berbaloi sebab view memang layan habis.

Gambar kat bawah ni pula... haa yang ni campur campur sikit. Tak pasti mana kami sampai dulu.








Puashati dapat meluangkan masa di tempat yang penuh dengan keindahan ini.




Goodbye Blue Moon 

Next kami balik semula naik buggy dan bas menuju ke Yulong Tourist Center tadi untuk ke tempat seterusnya iaitu Glacier Park JDSM.

Sambil menunggu turn untuk beratur ke laluan bas untuk ke cable car, kami minum minum, makan biskut dan buah. 

Tourist centre

Untuk ke JDSM ni total ada 3 kali beratur. First masa nak masuk stesen cable car no 1, lepastu masa nak naik bas ke station cable car dan terakhir masa nak masuk ke cable car. Berapa banyak punya queue la. 

Itulah walaupun tempat cantik tapi sistem nak naik ke atas gunung tu tak berapa user friendly jauh beza dengan Swiss dan Japan. Tapi banding dari segi kos memanglah rendah.

  Gunung ini dinamakan JDSM kerana bentuknya yang menyerupai naga. Perkataan jade pula disebabkan apabila disinari matahari pada waktu tertentu ianya akan kelihatan kehijauan seakan akan batu jade

Bas tiba di Yulong Snow Mountain Ropeway

Menuju JDSM cable car



Sampai atas dah





Entahler sampai bila Uncle dan Aunty ni masih mampu travel. Selagi Allah bagi pinjam kudrat, kita jelajah bumi ciptaanNya ni


Belakang tu laluan ke puncak ketinggian 4706m

Dah puas dengan suasana dan dah cukup posing macam pelancong kat atas ni, kami pun bergerak untuk turun semula. Huii beratur panjang kemain macam ada sale kat kedai Eco dah. 

Masa bas dari JDSM hantar ke drop point Blue Moon untuk balik ke Tourist Centre semula, kami ada beli ubi rebus kat sini. Sedap, lembut dan manis betul ubi ni. 

Dalam cable car, mau turun sudah

Selesai semua kami terus ambik Didi bergerak ke Lijiang semula. Tamat perjalanan yang sungguh indah untuk hari ini.


 Cantik view masa balik ni, ehh pergi baliklah cantik. Rasa nakk aje bentang tikar piknik sambil makan laksa Pahang ke 

2 comments:

Mulan said...

Subhanallah cantiknya. Thanks for sharing trip ni.

said...

Betul. Alhamdulillah dapat tengok kebesaran ciptaanNya.