Saturday, June 30, 2012

Fascinating Switzerland : Day 4

Lake Lucerne Cruise & Mount Pilatus

Catatan 20 May

Seperti dijadualkan, hari ini adalah hari untuk cruising tasik dan naik Mount Pilatus. Selepas sarapan dan berkemas barang kami pun naik tram menuju Lucern Bahn. Sampai sana terus cari tempat simpan beg berkunci dan menyimpan semua beg-beg yang ada. Jalan-jalan sekejap masuk kedai souvenir sementara menunggu feri sampai.

Bandar Lucern/Luzern




Nak masuk feri kena berbaris dulu......disiplin diutamakan

Kira-Kira jam 10 pagi, Feri SBB yang dinanti pun tiba. Suasana memang nyaman untuk bersiar-siar apalagi dengan feri sebesar ini.

Nasib baik aku tak jadi amik Package cruising khas (contohnya Panaromic Yatch) sebab bagi aku  naik Feri SBB (Feri ni free dengan Swiss Saver Pass) ini pun dah rasa puas.



Seronok jugak cruising Tasik Lucerne ni ditambah dengan pemandangan yang indah dan memukau mata

Lucerne Lake view

Macam-macam bangsa ada dalam feri ni, agaknya semua datang dari segenap pelusuk dunia

Cafe dalam feri


 
Sampai

Perjalanan ini mengambil masa 1 jam barulah sampai ke tempat yang dituju iaitu Stesen Cog Wheel Alpnachstad.

Dari Stesen Alpnachstad ni kami mengambil tiket Cog Wheel (kena bayar sebab not covered by Swiss Pass tapi ada diskaun) untuk ke puncak Mount Pilatus.

Stesen Alphnachstad dan Cog Wheel merah


Walaupun ada 3 cog wheel tapi masih ramai orang berbaris menunggu giliran untuk ke atas. Bertambah sesak dengan adanya pelancong "macha' dari India yang suka buat bising dan kecoh. Adeh. Masa nak naik tu ada sikit kemalangan kecil bila Cog Wheel depan terlanggar yang belakang sampai pecah cermin. Suspen jugak le, dah le nak naik puncak tinggi.


Macamanapun perjalanan ke puncak lancar aje dengan pemandangan yang belum pernah kami saksikan sebelum ni. Geng-geng Hindustan dari India tu asyik-asyik "ho..ho..ho".....sebijik macam dalam filem Bollywood. Tapi ada jugak geng diorang tu yang peramah, asyik tanya aku macam-macam dan bagitau dia pun pernah datang Malaysia.


Dalam perjalanan tu ternampak beberapa kali pendaki gunung sedang naik. Kecik aje dari jauh....dan macam tak percaya aku tengok ada orang sanggup memanjat puncak securam ini. Kalau aku...hehehhe tak payah nak bayangkan le.

Satelite View Mount Pilatus dari google map

Kenangan bersamamu Mount Pilatus

Lebih kurang 20 minit perjalanan, akhirnya sampai ke puncak Mount Pilatus. Memang betullah pemandangan di sini sangat indah dan "breath taking" sepertimana yang aku baca dalam internet.







Background yang memukau mata


Puas hati bebudak ni dapat main salji sekali lagi 

Kat sini angin memang kuat sampai burung-burung yang terbang pun ada yang melayang layang ke belakang...jinak pulak tu, siap boleh bagi makan di tangan  



Masya Allah......hebat sungguh pemandangan gunung-ganang ni

View Tasik Lucerne dari Mount Pilatus

Naik gunung ke, naik bot ke......Nasi bekal tetap ada.....sejuk-sejuk atas gunung macam ni terasa lebih lazat
Kecik aje Cog Wheel merah tu dari jauh




Menunggu keretapi ke Lucerne semula 

Rasanya 2 jam jugak kami habiskan masa kat puncak Mount Pilatus ni. Puas hati dan seronok betul datang ke sini. Sampai aje ke bawah kami terus amik train dan balik ke Lucerne semula. Sebelum tu sempat lagi beli beberapa souvenir dari kedai berhampiran. Dari Lucern Bahn, kami amik keretapi lagi, menuju ke Lausanne sekali lagi.

No comments: