Wednesday, June 20, 2012

Switzerland : Day 2

Lausanne - Bern - Lucerne

Catatan 18 May 

Pagi-pagi tu kami bersiar-siar kejap sekitar Lausanne. Kami menaiki tram ke Ouchy Lake Geneva. Cantik jugak pemandangan kat sini. 

Metro, Tasik Geneva dan gunung ganang

Nabila ni mana-mana saja pegi dia mesti terlibat dengan binatang2 macam kucing dengan burung...Baguslah anakku kerana Allah mengasihi orang yang kasih pada makhlukNYA.



Ferry stop untuk cruising Tasek Geneva






 Lausanne Bahn

Lepas check out terus bertolak dengan keretapi ke destinasi berikutnya iaitu Berne sebelum meneruskan perjalanan ke Lucerne. Untuk memudahkan pergerakan kami siap-siap dah simpan beg-beg besar kat stor Hotel Alagare ni dan hanya membawa beg-beg kecil sahaja untuk perjalanan berikutnya.

Laluan Lausanne - Berne - Lucerne


Alhamdulillah dengan mengambil swiss travel pass yang sesuai untuk family, sebanyak CHF 225 untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak untuk 4 hari, maka kami boleh ke mana sahaja dengan sebarang pengangkutan awam di seluruh Swiss ini. Tiket ni boleh di beli di mana-mana stesen keretapi di Swiss ni. ni websitenya : https://www.myswissalps.com

Tips : Kalau ada sesiapa yang sampai dari negara lain contohnya France ke, England ke, jangan beli apa-apa tiket sehingga sampai di Swiss. Lebih murah dan ada diskaun, lagi satu packagenya berubah-ubah, pastikan tanya kat kaunter package mana yang termurah dan terbaik mengikut kesesuaian.

Sampai aje di stesen keretapi Bern yang sangat besar ni, kami segera mencari tempat menyimpan beg berkunci dengan bayaran CHF 10 kalau tak silap aku yang mampu menampung semua beg kecil yang kami bawa. Tujuannya supaya mudah ke sana ke mari masa di Bern ni. Lagi satu senang sikit nak ambil gambar.



 Bandar Bern dan menara jam 


Jam lagi
          
 Lagi lagi jam


       



Pasar hari Bern

Tram dan jambatan



Selain dari melawat-lawat bandar Berne ni kami jugak melawat River Aare yang nampak cantik dalam google image. 

Sebenarnya aku terfikir kenapa sungai ni berwarna macam tu.  Bila aku google dapatlah keterangan ni : The river that runs through Bern is called Aare and it's filled with melted water from the glaciers in the 'Berner Oberland'. That's why it has this deep green colour.  

Asal usul bagaimana sungai atau tasik boleh berwarna turquoise :

The silt is created when rocks underneath the surface of the ice are grinding from the movement of the glacier. The rock flour is very light and stays suspended in the lake water for a long time. The sunlight that reflects off these particles is what gives the lakes their spectacular turquoise blue or green color.




Bern - Aerial view of the Old City
Ini River Aare dari Google image....Alhamdulillah aku dah sampai sini


Untuk sampai ke tebing sungai ni kena turun tangga yang agak curam.....lepas dah abis melawat kena naik tangga.....anak isteri aku hairan tengok aku kuat semacam masa naik dan turun tangga.....itulah di namakan semangat melancong.....segala letih-lelah tak dihiraukan...hehheee


Kat depan tu restoran tepi sungai

Seronok sebenarnya menghabiskan masa di Berne ni, tapi memandangkan masa yang terhad, perjalanan disambung semula menuju ke Lucerne.Satu perkara yang patut diketahui, sistem tram di Berne ni sangatlah cekap dan mudah bagi para penumpang.

On the way to Lucerne



Sampai di Lucern Bahn


                                                                     Lucerne Bahnhoff

Di Lucerne/Luzern kami menginap di Lucerne Business Apartment yang kira-kira 5 km dari train station. Dengan adanya tram dan pass mudah saja nak ke apartment ni, cuma pada permulaan tu susah sikit nak cari tempat ni walaupun sebenarnya dah dekat dari Tram Stop Seetalplatz. 

Cari punya cari tak jumpa jugak, maka terpaksalah amik teksi  (terbang 20 Euro!). Bila dah naik teksi, baru tau dekat aje sebenarnya. Rezeki brader teksi tulah agaknya.

Mencari Apartment


Pusing punya pusing rupanya Lucerne Business Apartment ni dekat aje dari Shopping center Seetalplatz

Lipatan selimut yang unik dan dapur masak yang canggih

Apartment ni memang lengkap dengan dapur, perkakas memasak dan lain-lain. Tapi yang musykilnya langsung takde receptionist atau opis. Sampai selesai check out satu orang pun aku tak jumpa.....semua komunikasi guna e-mail aje. Payment guna CC online.

Kunci pun amik dari peti simpanannya kat luar dan guna code. Aku ingat lagi codenya 4038 untuk bilik 006. Macamanapun memang puas hati apartment ni, boleh tidur dengan selesa dan paling penting boleh masak dengan sempurna.

2 comments:

Jaya said...

Lucerne Business Apartment, booking memalui apa?
jumpa http://www.lucernebusinessapartments.ch/en/
Tengok alamat macam tempat lain je

said...

Dulu guna booking.com. kalau tak silap dia dah tukar nama. Try cari guna google map guna nama jalan dia