16 SEPT 24
Salam Maulidur Rasul. Hari Isnin. Tarikh ini bersamaan dengan 12 Rabiulawal. Hari ini juga dah start cuti sekolah di Malaysia. Dan kami masih berada di Dalat yang nyaman ini.
Untuk breakfast hari ini kita ada nasi goreng dan spaghetti goreng bersama cucur segera.
Dah sarapan ni marilah kita keluar jalan jalan. Hari ini punya plan nak ke Clay Tunnel. Attraction ni wife aku bagitau sangat popular dikalangan semua travel agent. Jadi ayuhlah kita jangan ketinggalan.
Kiri tu underground parking
Lepas sikit dari rumah kami tadi ada jualan pasar pagi. Kiri kanan lorong penuh barang pasar. Dari segala haiwan sampailah ke sayur, buah buahan dan makanan.
Lorong pasar ni sibuk betul dengan motosikal jadi kena hati hatilah
Kedudukan Clay Tunnel agak jauh sikit dari bandar jadi hampir separuh laluannya melalui hutan dan tasik
Setelah setengah jam perjalanan kami tiba di destinasi. Jarak dari apartment ke sini dalam 14km. Tiket masuk untuk Clay Tunnel berharga RM21 seorang.
Entrance Duo Ham Dieu Khac, pendek kata Clay Tunnel lah
Lepas je dari pintu gerbang atas ni Haikal terkejut dan hairan, tergelak dia sebab tak sangka katanya datang jauh hari ni nak tengok patung batu je hahaha.
Umi dia suruh sabo jap dan jalan je, nanti adalah tu view lain. Haha. Panjang pulak lorong ni pun.
Umi dia tanya Haikal stress macam kera ni ka
Semua pakat teringin nak pergi naik atas Lang Biang tu
View dari atas Lang Biang
Mamat ni tengah repair. Yang anak anak aku ni dok tanya betul ker semua ni guna tanah liat ke guna simen hahaha
Nabila pergi humming pulak lirik ni, sadis pakcik mendengornye
Semua binaan bersaiz gergasi
Masa kami sampai agak sunyi sebab orang tak ramai maklumlah awal pagi. Kelebihannya mudahlah nak bergambo gambo sikit.
Pokok bunga kampung ni cantik pulak bila ditanam banyak banyak
Tunggu dua beranak tengah bergambar dekat patung kepala orang
View infinity pool. Belakang tu ada sebuah tasik yang besar
Nama dia 'two people facing each other'
Air di mana mana
Habis dah tawaf semua tempat. Kena naik tangga tu untuk balik
Masa dekat nak keluar nampak ramai pulak yang sama waktu nak balik macam kami. Dari mana depa mari sebab masa jalan jalan tadi tak perasan pun. Keluar je dari gate rupanya lagi banyak bas yang baru sampai. Dari Malaysia rasanya yelah kan dah cuti sekolah.
Depa pakat nak try bawak sekejap
Singgah sebentar di Tuyem Lam Lake. Dari kejauhan nampak macam ada resort yang menghadap tasik. Teruskan perjalanan dan tak lama kemudian bila hampir dengan pekan, pusing belakang tengok Nabila dan Nora dah takde. Berhenti kejap tunggu. Rupanya depa singgah gerai beli buah mata kucing. Tadi tak kabokan.
Sampai dah pekan Dalat
Sebelum balik apartment depa ajak singgah supermarket Go DaLat. Nak topup barang katanya.
Tak beli pun telur ni hanya sebagai tanda pergi supermarket haha
Menu petang ni depa buat kepala salmon kuah sayoq halia atau sayoq merelit orang utara panggil. Tapi takde sayur pun, nama je. Memang mantap.
Sini depa jual kepala ikan jenis kecik sikit. Satu lagi bahagian sirip salmon. Goreng dan bakar pun sedap bahagian ni. Untuk celup tepung pun boleh. Rasa sama je sedap walaupun beza saiz banding kat Malaysia.
Inilah rupa salmon yang sudah digoreng tu, kanan di sebelah udang
Petang semua orang tak ke mana mana hari ni. Lepak santai kat rumah aje sampai malam. Pakat lawan segan sejuk sejuk nak berselimut.
2 comments:
Cantiknya tempat ni.. Tak pernah sampai Dalat lagi ni.. Ntah bila la nak ada rezeki ke Dalat ni.. Tapi nak bawa motor tu kalau ada anak kecil ramai macam tak sesuai pula .. kena tunggu anak besar2 dulu la jawapnya :D
serba cantik kan Dalat ni. Insyaallah nanti sampai lah tu
Post a Comment