30 Ogos 2014
Cuti hujung minggu hari tu kami pegi berkelah. Ada dua option, tepi laut atau air terjun. Tepi laut sama ada Teluk Batik atau Teluk Senangin, suasana dan pemandangan cantik tapi mandi laut badan melekit-lekit jadinya, manakala air terjun pulak mandi best, sejuk segar tapi view dia nampak hutan je. Akhirnya untuk kali ni aku pilih air terjun atau jeram Ulu Licin kat Beruas.
Walaupun ada orang kata jeram macam ni sudah tak selamat lagi sebab ada penyakit kencing tikus, tapi kami tawakkal aje dan terus ke sana. Kali ni bawak kari ikan gerot-gerot dan ikan masin untuk makan tengahari. Untuk bakar-bakar kami bawa ayam percik dan jugak beli ikan mentah di pekan Beruas. Minuman jus epal.
Tempat ni memang tak pernah gagal mendatangkan keriangan kepada kami sekeluarga. Lepak lama-lama kat sini memang tak de hal cuma halangan utama adalah kawasan ini selalu hujan. Nasib baik untuk kali ni hujan rintik-rintik hanya mula turun bila kami dah puas makan makan dan mandi manda.
Kuih raya pun angkut sekali
Lama dah khemah ni berjasa...selain dari tempat berteduh digunakan jugak untuk salin pakaian
Ayam percik....yummy
4 comments:
assalam en am..
mohon email sbb saya perlukan beberapa info & bantuan en am.. pasal flight... tqs in adv..
maaf, email saya o-mulan@hotmail.com... tqsm
E mail saya : uwaisqarni467@yahoo.com
Terima kasih..
Post a Comment