Wednesday, July 15, 2026

SCANDINAVIA SCENIC JOURNEY : DAY 1

29 April : Copenhagen - Helsingor - Helsingborg - Varberg - Smogen

Sudah sampai masanya untuk memulakan kembara Scandinavia sebagaimana yang dirancang. Perjalanan hari ini agak jauh iaitu kira kira 422km. Lebih kurang 5 jam perjalanan kalau ikut map, tapi confirm lebih punya. 


Sebelum gerak jom ambik gambar depan rumah dulu

Freshly picked by my daughter and wife


Lepas makan pagi, perjalanan pun dimulakan menuju Helsingor. Bawak bekal nasi impit dan kuah kacang instant yang sedap. Untuk sarapan tadi makan laksami goreng.

Cuaca cantik hari ini dan langit pun kebiru biruan.

Sebenarnya ada dua laluan untuk ke Sweden ni, satu menggunakan jambatan dan satu lagi feri. Untuk hari ini kami memilih laluan feri iaitu dari Helsingor, Denmark ke Helsingborg, Sweden dan seterusnya menuju ke Smogen.

Menuju Helsingor




Sekejap saja sampai ke Helsingor ni. Lebih kurang sejam je kalau bawak santai santai. Dulu aku pernah bercerita kat family aku yang 25 tahun lalu aku pernah tidur 2 malam di Hotel Marienlyst  Helsingor ni. Harap hotel je cantik tapi malam malam makan maggi😆. 

Teruslah depa ajak pergi sana tengok. Lagipun dekat sangat dah dengan kawasan feri, jadi jomlah. 

Tudia gambar 25 tahun dulu masa MARS Software Conference. Nostalgia betul...
Sampai tempat ni sekali lagi.. dan depan lobi yang sama
Tulisan dan awning depan hotel ni sudah kasi makeover

Berlegar legar sekejap area Helsingor ni sebelum menyeberang ke Sweden. Sebelum tu menuju ke Kronborg Castle yang merupakan salah satu attraction di sini. Cantik jugak kawasan sekitar tempat ni terutama bahagian luar tepi laut sana.

Replika Kronborg Castle

 Halaman Kronborg Castle

Kronborg Castle ni selain seni binanya yang cantik, ia jugak terkenal dengan sejarahnya yang pernah mengawal laluan kapal Selat Oresund dan merupakan salah satu kubu paling penting di Denmark.

Aku syak ni feri yang sama yang kami naik tu

Castle ni dibina betul betul di tepi laut. Dapat menikmati view Selat Oresund di sekeliling Castle ni memang seronok lah.

Exit dari Kronborg Castle, terus menuju ke Helsingor Ferry Terminal untuk menyeberang ke Helsingborg Sweden. Sekejap aje que kereta dan menunggu. Bayaran pulak cuma swipe Wise card dekat mesin di laluan, masukkan nombor plate dan terus jalan. Boleh turun dari kereta naik ke dek atas. Ada cafe dan toilet semua. 

Babai Helsingor


Sampai di Helsingborg, kami sambung perjalanan. Tak ada sebarang pemeriksaan pasport di sempadan pun, terus jalan aje macam biasa. 

OTW tu, kami singgah pekan Varberg. Tengok macam dekat je dengan highway laluan kami ni jadi apa lagi.. jomlah singgah kejap. Tengok dalam map, sini ada Varberg Fortress.

Varberg Fortress


Depan Fortress ni ada Societetsparken. Jom layan tulip pink. Taman ni untuk orang kaya kaya zaman dulu bersosial.




Perjalanan diteruskan hingga tiba di Gothenburg. Sekadar lalu saja memandangkan dari sini berbaki hampir 2 jam lagi untuk ke Smogen. Risau jugak kalau hari makin gelap, bukan apa kalau dah singgah suka jadi ralit dan terlajak lama. Tak maulah sampai lewat sangat.

Gothenberg

Tu dia kampung halaman  Ikea 


Uddevallabron. Landmark bandar Uddevalla


Teruskan lagi perjalanan sehinggalah tiba di Smogen. Tak buang masa terus menuju ke tempat penginapan iaitu Seaview Cottage First Camp Solvik, Kungsham. Semua dah ready termasuk kuncinya. Tak payah check in terus masuk aje ke chalet yang disediakan. 

Makin hampir dengan Smogen
Berbeza dengan penginapan semalam, kat cottage 2 tingkat ni kena pasang sendiri cadar, sarung comforter dan sarung bantal. Boleh bawak sendiri atau sewa set yang disediakan. Kalau sewa, harga dalam RM120 untuk 4 orang. Kami bawak sendiri je.

 Atas bangku coklat tu set cadar yang disediakan kalau nak guna

Cottage ni dilengkapi kitchenette dan dishwasher


Paling best, chalet ni di tepian sungai. Rumah cantik, view cantik memang puas hatilah 

Bilik bilik semua di bahagian atas


Sini lambat malam jadi solat jamak zohor dan asar tak masalah langsung. Lepas solat dan rehat sekejap, kami ke tepi laut Smogen untuk menikmati sunset. Sebelum tu singgah di satu supermarket beli fillet, tepung, telur, susu dan sedikit barang dapur yang lain.

Kami melintasi Smogenbron atau The Smogen Bridge dan terus ke area Vallevik Badplats, 6km dari penginapan.


 Sunset lovers 

View sunset dari atas ni memang memukau




Ahhhh.. sunset di Smogen ni luar biasa cantik, dengan langitnya yang bertukar kaler sikit demi sikit tu memang wow lah 


Lepas habis tempat ni, terus balik ke cottage. Masak nasi, makan malam sama sama kemudian tidur awal lah. 

Hari pertama yang disudahi dengan sunset Smogen yang sungguh indah. Rehat secukupnya malam ini, esok sambung lagi perjalanan ke destinasi seterusnya.

No comments: