hooray... chopper dah sampai boleh balik
Main Deck FSO Ratu Songkhla
Isnin lepas aku pergi offshore lagi untuk condensate lifting yang pertama kali. Setelah sekian lama dok cerita dalam pelbagai meeting pasal hal ni, akhirnya masa yang ditunggu pun sampai jua akhirnya.
Macam biasa tidur dulu dekat Hotel Reinassance Kota Bharu. Malang bagi aku, bermimpi jumpa hantu kat bilik 1715 yang aku tinggal tu. Sepanjang malam aku berjuang dalam mimpi dengan hantu tu sampai akhirnya aku cabar dia tunjuk muka dia kalau dia berani, barulah selesai, lega..
Pagi-pagi dah berangkat ke FSO, nasib baik kali ni cuaca agak elok berbanding bulan lepas. Maka bekerjalah aku di sini untuk proses lifting tersebut. Penat sungguh. Apa yang di rancang tak menjadi kenyataan. Pumping condensete dari FSO ke kapal tangki sepatutnya 16 jam, sudah jadi 30 jam sebab pam yang bermasalah. Akibatnya tamat pumping sekitar 11.30 malam. Macamanapun, makan memang tip-top, macam hotel 5 bintang.
Ekoran dari itu terpaksalah aku bekerja 24 jam, tak tidur sampai pukul 11 pagi esoknya. Letih, mengantuk.....dan macam-macam rasa ada. Yang paling suspen masa dokumen-dokumen nak dipindahkan dari FSO ke kapal tangki tu, hanya menggunakan beg kecil yang diikat pada tali dan di tarik melintasi laut. Bayangkan kalau dokumen tu semua jatuh dalam laut, alangkah sia-sianya penat lelah menyediakan dokumen tu semua.
Alhamdulillah mas...(ada indon yang kerja kat kapal ni)semuanya selamat dan lifting crew semua berangkat pulang pada hari jumaat dengan chopper 12.00 pm. Sampai masa aku menulis catatan inipun masih ada lagi sisa-sisa mengantuk dan letih akibat tidak cukup rehat dan tidur tu.