Friday, August 23, 2019

Tahniah Arif Haikal


14 Mac 2019

Throwback cerita lalu. Sweet memories macam ni nak  letak lah dalam blog ni.. Hehe. 

Keputusan SPM anak aku diumumkan pada 14 Mac yang lalu. Bila tiba hari tu depa ajak aku pi sekolah, jadi aku pun ambik cuti satu hari. 

Suspen pulak masa dia nak baca keputusan tu. Pengacara panggil sorang-sorang naik ke pentas bermula dari keputusan 5A dan ke atas. Aku cakap dalam hati anak aku ni dapat 6A pun jadilah sebab aku tengok cara dia belajar tak dahsyat mana. Dahla tak belajar kat asrama. Tuisyen luar langsung tak pergi. Aku mampu tolong bab karangan BM je, maklumlah dah tua tua ni tak larat aku nak selesaikan formula Add Math atau Fizik bagai huhu. Tapi umi dia memang ada belikan buku buku kat dia tu yang aku tau. 

Tunggu punya tunggu 5A takde, 6A takde jugak, 7A takde pun, 8A tarak... Adeh. Kesian ada sayu pun ada. Mungkin dia dapat 4A le gamaknya dan tak layak naik pentas. Lepastu pengacara bagitau ada lima orang dapat 9A termasuk dua orang dari kelas sastera. Empat nama dah diumumkan tinggal sorang je lagi. Tipis harapan nampaknya. Tambah sedih kami semua. 

Lambat pulak cikgu nak umum pelajar terakhir. Nak buat suspen ke? Sekali aku dengar suara budak-budak laung nama Arif... Arif. Serentak itu cikgu pun umumkan nama dia.

Macam tak percaya dia bole dapat semua A untuk kesemua 9 subject yang dia ambik dari aliran Sains (SMK Seri Manjung ni takde sebarang subjek tambahan) dan Arif merupakan pelajar terbaik SPM 2018. ٱلْـحَـمْـدُ للهِ  Syukur Ya Allah.  

Terima kasih kepada semua guru guru SMK Seri Manjung atas jasa dan tunjuk ajar selama ini.

Ada sorang cikgu bagitau Arif ni memang selalu bagi kami risau.. boleh score ke tak boleh score. Masa kat pentas, pengetua pulak tambah Arif ni saya jumpa gosok gigi dalam bilik air... kes mari lambat le tu. Hahah. Nak buat cemana tabiat dia gosok gigi dua kali waktu pagi masa subuh dan selepas sarapan. Aku yang suruh dia cepat-cepat maklumlah aku pun nak masuk opis lepas hantar dia ke sekolah.

Segala pujian bagimu Ya Allah atas anugerahMu ini.

Masa hari keputusan diumumkan


Bersama classmate 

Ni gambar masa hari anugerah cemerlang  27 April hari tu. Sekarang dua dua kesayangan dah masuk IPTA. Start minggu depan tinggallah pokcik dan mokcik berdua aje kat rumah. Huhu

Hadiah dari SMK Seri Manjung selain wang tunai

Wednesday, August 21, 2019

Osaka Trip : Day 3 - Sayonara Japan


20 & 21 Feb 2019

Osaka  Castle - Dotonbori - Izumi Sano - Kansai Airport - KL
Hari ni memang plan nak pergi yang dekat-dekat aje iaitu Osaka Castle dan Dotonbori. Sejuk semacam la pulak Osaka sekarang mungkin sebab cuaca agak mendung hari ni.

Lepas sarapan destinasi pertama adalah Osaka castle. Mudah aje nak jumpa tempat ni cuma parking tu kena cari sikit. Mujurlah ada sorang petugas tu tunjuk aku tempat parking yang betul. 



Menghabiskan bekalan makanan. Tu dia kari salmon, bihun goreng, sup cendawan dan oyster masak kunyit pon ada... memang sedap makan sejuk-sejuk macam ni.  Paling meletop oyster tu, sedapnya tak boleh bawak bincang. Thanks to my wife rajin dia masak💗

Jauh jugak kena jalan kaki nak ke Castle ni jadi  aku amek aje train kat dalam ni lagipun bayarannya berpatutan. Lepas turun train kena panjat bukit sikitlah. Ok aje nampaknya tempat ni, boleh tahan cantik.

Kami solat jamak di kawasan tersorok celah pokok-pokok tempat ni, dalam keadaan sejuk dan agak menggigil. Pengalaman tu😅 

Kawasan sekitar

Parking area Osaka  Castle. Glove aku ni kekadang aku tengok macam gauntlet Thanos pun ada. Apapun glove ni sangat effective sebab tangan aku ni memang tak tahan sejuk. Thanos pun Thanos lah😆 

Tasik sekeliling castle yang cantik warna kehijauan... cuma cuaca agak mendung


Seronok 2 beradik ni bagi makan merpati

Kawasan tamannya pun boleh tahan cantik dengan pelbagai pokok. Kalau spring mesti penuh dengan blossom pelbagai warna. Kami menghabiskan masa seketika di tempat bersejarah ini. Sini ada jugak aku tengok orang cruising kat tasik.  

Sejenak tentang Osaka Castle
Osaka Osaka Castle is one of the most famous and historic castles in all of Japan. The iconic symbol of Osaka in the Kansai region of central Japan played an important role in the unification of Japan during the samurai era of the sixteenth century.
The current main tower at Osaka Castle is a concrete reconstruction of the 17th-century castle and was completed in 1931. In its original construction back in the 16th century, it was unparalleled as the largest and best constructed castle in Japan. Today, it offers fantastic views of the city and is a popular tourist destination in spring for the beautiful cherry blossoms. The castle grounds cover approximately 60,000 square meters (15 acres) and contain thirteen structures that have been designated as important cultural assets of Japan.castle :



Habis tempat ni bergerak pula menuju ke Dotonbori. Nak menjenguk kedai-kedai untuk membeli apa yang patut. Ini kali pertama aku menggunakan Platform Parking Lift untuk kereta ni. Kereta di masukkan dalam lift dan disusun bertingkat-tingkat dalam bangunan. Rate dia tak lah mahal, macam parking biasa aje.

Lepas letak kereta terus merayau-rayau area yang luas ni. Ramai betullah orang kat sini, entah apa yang depa cari musykil aku. 

Depa ni pulak dapatlah beli beberapa barangan termasuk koleksi kegemaran aku iaitu crystal ball souvenir yang sekian lama aku kumpul. 

Dotonbori ni memang kesukaan kaki shopping 

Berlatarbelakang Glico Man yang terkenal


Habis tempat ni terus bergerak menuju ke penginapan terakhir untuk lawatan kali ini iaitu Apartment Stay Hotel The Osaka di Izumi Sano yang kira-kira 9 km dari Kansai Airport, jadi mudahlah nak pulangkan kereta dan ke Airport esok. Apartment ground floor ni sebelah aje dengan stesen keretapi Izumi Sano. Merata juga berjalan kaki mencari padahal sebelah aje dengan tempat parking kereta, maklumlah bila dah malam bukan senang nak cam tempat. 

Suasana yang nyaman dan selesa

Lengkap dengan peralatan memasak 

Memang selesalah apartment ni untuk tidur, masak-masak dan berkemas-kemas sebelum pulang ke tanah air esok. Rate dia RM 310 semalam. 

Esoknya pagi-pagi lepas sarapan bertolak ke Kansai Airport. Flight ke KL di jadualkan pukul 9.55 pagi. Agak awal kami sampai, kaunter Orix Car Rental pun belum bukak lagi. Kenalah tunggu sekejap sebelum memulangkan kereta.   
Cukup masa flight MAS MH 52 pun menuju ke Kuala Lumpur. Dapat makan sedap lagi 😃Maka berakhirlah percutian ke Jepun tahun 2019 ini. 

Memang bestlah cuti kat Jepun ni terutama inilah julung-julung kali sekeluarga bercuti pada musim sejuk. Dapat merasa main salji di Hokkaido yang tersenarai sebagai salji paling berkualiti di dunia sambil menikmati pemandangan serba indah adalah pengalaman yang sukar dilupakan. 

Sampai di KL pukul 4 petang. Macam balik dari Korea haritu check in pulak di hotel yang sama iaitu City View Hotel untuk semalaman. Rate dia RM132.00. Selesa hotelnya, walaupun lagi murah dari Jepun😄. 

Makan malam kat area ni lagi, sebab seafood dia memang sedap dan harga berpatutan. Esoknya terus bertolak ke Manjung.

 Crystal ball dari Osaka. Kat Hokkaido tak nampak pun jual benda ni

Sebahagian dari koleksi aku. Nampaknya crystal ball makin sukar ditemui sekarang, dah nak pupus ke ?

Wednesday, August 14, 2019

Osaka Trip : Day 2

20 February 2019

Osaka -  Arashiyama Bamboo - Nara Park

Lepas sarapan pagi kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama hari ini iaitu Arashiyama Bamboo Kyoto yang sangat terkenal di kalangan pengunjung di Osaka ni.

Sedia maklum Osaka dan sekitarnya ni memang banyak attraction contohnya Universal Studio dan Kaiyukan Aquarium. Untuk kali ni aku tak bercadang nak ke Universal Studio kegemaran anak-anak memandangkan depa dah pernah merasa pelbagai tempat seumpama ni termasuk Universal Studio Singapore, Disneyland Paris, Seaworld Goldcoast dan few months ago  Everland Korea. 

Dalam masa yang sama Kyoto dan Nara pun ada banyak attraction. Masa memang tak cukup, jadi aku pilih attraction yang sesuai aje asalkan dapat merasa kedua-dua tempat Nara dan Kyoto ini.

Menuju Arashiyama





Perjalanan menuju hutan buluh ni lancar aje, walaupun pemandangan kiri kanan jalan tidaklah secantik Hokkaido. Beberapa jam memandu akhirnya tiba di destinasi.

Orang memang ramai sampai sukar nak cari parking. Macamanapun lepas pusing-pusing terjumpalah tempat parking yang sesuai dan tak perlu berjalan jauh. Kena bawak slow macam kura-kura kat tempat ni... takut  terlanggar orang pulak. 

Aku ni kalau orang tanya kat hutan buluh ni ke best atau tepi sungai Arashiyama ni ke lagi best... tanpa teragak agak pasti aku jawab tepi sungai la lagi best. Overatted. Apa barang bersesak-sesak nak amik gambar kat hutan buluh😆. Tapi tak boleh la nak kritik lebih nanti ada penggemar pokok buluh yang terasa hati...  Huhu. 

Tepian sungai nan indah

Turquoise warna airnya menawan hati






Arashiyama Bamboo




Habis hutan buluh ni, kami ke destinasi seterusnya iaitu Nara Park. Lama jugak nak sampai sana maklumlah tak boleh nak bawak laju dalam 50km/jam aje dan jugak banyak traffic light sepanjang perjalanan. Sampai sana, aku tengok orang berjalan kaki dari stesen keretapi terdekat memang nampak jauh kot. Tak menyesal la aku bawak kereta. 

 Menuju Nara









Tempat ni memang enjoy habis. Beli sikit makanan rusa kat gerai sana dan bagi rusa makan memang best. Selain tempat yang cantik memang seronok la dapat bergurau senda dengan rusa yang ada di mana - mana sahaja. Ada yang jinak, ada yang kaki rampas makanan dan ada yang suka sondol poket... hahhahaha. 

Aku tengok depa semua bahagia betul datang sini... sampai aku ajak balik pun depa buat tak berapa dengar aje 😁

Rusa ada di mana-mana sahaja

Kalau kat Malaysia tak selamat ko dek... dah kena buat masak selasih dah😅

Deretan kedai-kedai dengan aneka jualan

Enjoy tengok rusa yang bebas ke sana ke mari

Pegang jangan tak pegang

Kalau orang tunduk... dia pun tunduk juga ala-ala Japanese







Lewat petang baru bertolak ke homestay semula. Walaupun cuma dapat 2 attraction aje untuk hari ni memang puas hatilah.

Esok nak melawat sekitar Osaka pulak sebelum pulang ke tanah air pagi lusa.