Osaka - Arashiyama Bamboo - Nara Park
Lepas sarapan pagi kami memulakan perjalanan ke destinasi pertama hari ini iaitu Arashiyama Bamboo Kyoto yang sangat terkenal di kalangan pengunjung di Osaka ni.
Sedia maklum Osaka dan sekitarnya ni memang banyak attraction contohnya Universal Studio dan Kaiyukan Aquarium. Untuk kali ni aku tak bercadang nak ke Universal Studio kegemaran anak-anak memandangkan depa dah pernah merasa pelbagai tempat seumpama ni termasuk Universal Studio Singapore, Disneyland Paris, Seaworld Goldcoast dan few months ago Everland Korea.
Dalam masa yang sama Kyoto dan Nara pun ada banyak attraction. Masa memang tak cukup, jadi aku pilih attraction yang sesuai aje asalkan dapat merasa kedua-dua tempat Nara dan Kyoto ini.

Menuju Arashiyama
Perjalanan menuju hutan buluh ni lancar aje, walaupun pemandangan kiri kanan jalan tidaklah secantik Hokkaido. Beberapa jam memandu akhirnya tiba di destinasi.
Orang memang ramai sampai sukar nak cari parking. Macamanapun lepas pusing-pusing terjumpalah tempat parking yang sesuai dan tak perlu berjalan jauh. Kena bawak slow macam kura-kura kat tempat ni... takut terlanggar orang pulak.

Aku ni kalau orang tanya kat hutan buluh ni ke best atau tepi sungai Arashiyama ni ke lagi best... tanpa teragak agak pasti aku jawab tepi sungai la lagi best. Overatted. Apa barang bersesak-sesak nak amik gambar kat hutan buluh😆. Tapi tak boleh la nak kritik lebih nanti ada penggemar pokok buluh yang terasa hati... Huhu.
Tepian sungai nan indah
Arashiyama Bamboo
Habis hutan buluh ni, kami ke destinasi seterusnya iaitu Nara Park. Lama jugak nak sampai sana maklumlah tak boleh nak bawak laju dalam 50km/jam aje dan jugak banyak traffic light sepanjang perjalanan. Sampai sana, aku tengok orang berjalan kaki dari stesen keretapi terdekat memang nampak jauh kot. Tak menyesal la aku bawak kereta.
Menuju Nara
Tempat ni memang enjoy habis. Beli sikit makanan rusa kat gerai sana dan bagi rusa makan memang best. Selain tempat yang cantik memang seronok la dapat bergurau senda dengan rusa yang ada di mana - mana sahaja. Ada yang jinak, ada yang kaki rampas makanan dan ada yang suka sondol poket... hahhahaha.
Aku tengok depa semua bahagia betul datang sini... sampai aku ajak balik pun depa buat tak berapa dengar aje 😁
Aku tengok depa semua bahagia betul datang sini... sampai aku ajak balik pun depa buat tak berapa dengar aje 😁
Rusa ada di mana-mana sahaja
Kalau kat Malaysia tak selamat ko dek... dah kena buat masak selasih dah😅
Pegang jangan tak pegang
Kalau orang tunduk... dia pun tunduk juga ala-ala Japanese
Lewat petang baru bertolak ke homestay semula. Walaupun cuma dapat 2 attraction aje untuk hari ni memang puas hatilah.
Esok nak melawat sekitar Osaka pulak sebelum pulang ke tanah air pagi lusa.
No comments:
Post a Comment