Wednesday, April 14, 2021

Selamat Hari Lahir Arif Haikal

14 April 2021

Selamat Hari lahir yang ke 20 ku ucapkan kepada anak lelaki kesayangan Arif Haikal. Dah besar anak ayah dan Umi. Terasa baru semalam mendukung anakku ini, alangkah cepatnya masa berlalu. 

Ya Allah, Engkau kurniakanlah sehabis habis banyak rahmat, kebaikan  dan kejayaan kepada anakku ini sehingga dia menjadi hambaMu yang benar-benar beriman, bertakwa dan berjaya dalam hidup dunia dan lebih penting lagi di akhirat.

Amin


Sunday, January 31, 2021

Cuti Cuti Malaysia Day 8 : Selamat Tinggal Cameron

7 September

Hari ni betul- betul kena balik. Sebarang tambahan hari sudah tidak dibenarkan lagi, cuti dah habis la😁. Tapi sebelum balik kena makan scone jugak tak kira macam mana. Jadi pagi-pagi lepas check out terus menuju  Taman Sedia.

Target asal nak makan di KHM. Sampai sana belum bukak lagi. Jadi pergi jenguk Opah Strawberry kejap. Nyaris dah nak makan sana, ehh... tetiba depa tukar fikiran, nak KHM semula. Tak masalah, layankan aje. 

Ni gambar masa balik, tengok dah penuh orang

Masa sampai orang belum ramai lagi. Asalnya nak makan mee kari, spaghetti dan charkotiau yang katanya sedap. Tapi nasi lemak dan spaghetti je yang ada. 

Aku tak nafikan sambal nasi lemak bungkus dia sedap, tapi nasi lemaknya macam mentah. KHM kena improve la tentang hal ini

Rasa scone dia boleh tahan. Setakat ni scone paling sedap pernah makan kat satu restoran di Barrington Square tapi harga lebih sikit la

Selesai sarapan terus sambung perjalanan. Naik dulu ikut Tapah balik kena ikut Simpang Pulai la. Lancar aje perjalanan maklumlah awal pagi lagi.  Singgah sekejap beli sayur- sayuran area pasar pagi Kea Farm. Macam-macam depa angkut masuk  dalam boot kereta. Lepas ni jenuhlah makan sayur segar dan minum teh Cameron Highland.

Sambung lagi perjalanan turun. Singgah lagi, kali ni ke Cafe Cameron Valley Tea House 3, makin meriah pulak tempat ni. Siap ada ATV dan Jeep lagi tengah promotion. 

Mai Tea Centre ni kena minum teh lah. Jenis pekat kow punya teh, manis pulak tu. Depa tambah order makanan apa ntah. Dok tingkat atas enjoy suasana nyaman, view cantik dan tiupan angin dingin di sini. 






Sambung lagi perjalanan dalam keadaan cuaca yang semakin mendung. Sampai satu kedai makan nama Maria Mustaza Cafe. Sedap pulak nama. 

Masa ni tengah hujan lebat, nak masuk kedai pun basah-basah walaupun berpayung. Jom singgah makan dan solat jamak sesiap, nak menunggu ke bawah lambat lagi nak sampai. 

Aku makan laksa yang sedap, depa makan nasi. Best je kedai makan ni, harga pun berpatutan. Ni first time aku makan sini, sebelum ni singgah bilik air je.

Patin tempoyak pun ada


Lengkap dengan surau dan bilik air

Sampai ke Manjung agak petang. Maka tamatlah cuti-cuti Malaysia selama 8 hari, KL - Port Dickson - Cameron Highlands. Alhamdulillah selamat perjalanan pergi dan balik. Seronok betul rasanya. Tak pe kalau PKP dilonggarkan nanti  dan Cameron dah kurang diserbu orang, boleh datang lagi.