Monday, December 20, 2021

Rumah Sungai Lenggong

9, 10 & 11 September

Lama dah tak pi jalan jauh PKP punya pasal. Dok rumah pun seronok... tapi nak tambah lagi keseronokan tu kenalah pi jalan mana mana hehe. 

Sempadan oversea pun dah bukak dan ada 14 negara yang boleh melancong, akan tetapi anak anak aku pulak dah kena masuk Universiti masing masing. Jadi simpan aje cita cita tu tahun depan atau tahun lagi satu dengan harapan dapat matching cuti UITM dan UIA. Ditambah pula dengan kuarantin lagi tambah sukarlah nampaknya. Moga ada sinaran dimasa akan datang. InshaAllah.

Rumah sungai ni Nabila yang jumpa dan baca review serta buat booking. Nak alih angin pulak sebab nak merasa tidur dengan view sungai. Jadi semua setuju ke Rumah Sungai di Lenggong.

Bayarannya untuk 2 malam RM360 termasuk 2x sarapan dan 2x makan tengahari. Sampai masa bertolaklah semua ke sana ikut jalan lama Sitiawan - Manong - Kuala Kangsar - Lenggong. Kejap aje sampai. 

Masa kat Kuala Kangsar tu ada le lalu kat asrama sekolah lama aku SMC Kuala Kangsar. Banyak nostalgia pahit dan manis di sini. Ada satu peristiwa tu bila betul betul tak ada duit dan teringin nak makan laksa di kantin. Makanan di dewan makan memang ada tapi sesekali terasa nak makan di kantin.  Harga laksa 30 sen semangkuk dan aku cuma ada 20 sen. Aku mintak kat Mak Cik Munah, boleh tak nak beli laksa 20 sen. Nyaris menangis makcik tu, last dia bagi free pulak😅

Syukurlah Allah mudahkan jalan hidup aku ini. Masih lagi bernafas, dapat menyambung pelajaran serta membina kehidupan dan berkeluarga sehingga hari ni. Alhamdulillah. Ehhhh kenangan la pulak😅

Sampai di Lenggong sudah tengahari. Jenguk sekejap Tasik Raban. Senyap sunyi tempat ni yang dulunya meriah. Gerai semua tutup. Penangan Covid la ni. Panas pulak tu terus kami gerak ke tempat tujuan. 

Jalan lagi sampai ke Rumah Sungai. Parking dia sempit dan terhad. Nasib baik ada satu kosong. Lepas check in, terus masuk ke rumah yang disediakan. Boleh tahan suasana dan sungainya nampak menarik. Cuma banyak batu dalam sungai. Aku mengimpikan sungai tanpa batu batu macam kat obesi yang  selalu tengok dalam youtube😅

 Sarapan masa on the way
                                                           
Rumah Aulia ni tak ada aircond cuma ada kipas siling. Tersilap pilih, nak merasa rumah kayu katanya. Tengahari  panas la sikit, tapi aku mintak kipas tambahan. Sini bilik semua katil queen. Request je tilam lebih atau apa saja termasuk makanan, nanti dia kira la murah murah  

Merasai suasana makan tepi sungai. Ni tadi sebelum sampai singgah beli makanan kat kedai area Tasik Raban 




Makan roti homemade Nabila malam ni


Makan pagi ni dihantar ke bilik. Sedap jugak nasik lemak dia


Makan tengahari. Memang sedap betul  dia punya masak lemak labu, talapia bakar sama sambal, ikan pekasam dan air asam serta ulam ulaman. Makan pulak tepi air macam ni bayangkanlah😍 

Aku tak berapa tahan nak berendam lama macam depa ni. Dia punya sejuk lain macam la

Selain bersantai santai di sini kami jugak ke Kuala Kangsar. Melepak ambik angin dan makan makan sini.

Sebelum tu saja pergi jenguk jenguk Glamping yang baru tengah nak beroperasi semula lepas tamat PKP.  Depa kata agak viral tempat ni.

 Sumpitan Glamping. Boleh tahan suasana tempat ni. Sesuai untuk group yang ramai

Cantik sungai dia

Ada pool gitu

Bandar di Raja Kuala Kangsar ni kena marilah maklumlah dah dekat benor

Laksa dalam medan selera ni rasa dia biasa aje... sedap lagi laksa Pakngah. Sebelum tu anak anak aku pegi tapau makanan dari tepian sungai sana. Ala ala pasar malam gitu

 Seronok pule teman rase rilek rilek tepi Sungei Perak ni kome😃

Geng hitam suda mari

Sarapan kedua untuk hari ketiga. Lunch tak ambil gambar pulak tapi tetap mantop rasa dia

Kesimpulannya bercuti tepian sungai ni agak seronok dan jenuh depa mandi  manda, cuma viewnya agak limited. Sekali sekala haruslah cuba suasana baru. Tak gitu.

No comments: