Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highland. Show all posts

Monday, May 25, 2026

CUTI CUTI 4H3M

3 - 6 APRIL 25 : Cameron Highland Destinasi Wajib Ulang😀

Entry ni lama sungguh dalam draft.. makan tahun, jomlah kasi publish. 

Masuk tahun ni dah 3 kali kami balik beraya jauh. Kuantan ke Manjung, boleh tahan jugak jaraknya. Apapun dah cuti raya ni alang-alang melencong sikitlah ke Cameron dan boleh balik Kuantan ikut Sg Koyan. Tak perlu lalu WCE. Bak kata pepatah kalau nak ke Cameron tu 1000 daya, ada je alasan. 

Disebabkan trip ke Cameron ni sempena SYAWAL, kenalah selit gambar raya sekeping walaupun dah expired. 

AIDILFITRI 2025
Day 1

Bertolak dari rumah pun taklah awal sangat. Singgah dulu di Hentian Jagung Titi Gantung, Bota. Decide terus makan nasi jelah kat sini, lauk pauk pun nampak masih panas-panas lagi gayanya.

Wife pulak excited tengok jagung fresh dan murah kat gerai sebelah, terus kata tak payah beli dah kat Cameron nanti. Try pulak cucur jagung yang baru lepas angkat dari kuali.. uih sedapnya. Beli lebih sikitlah buat bekal.

Sampai Cameron dah petang. Singgah satu kedai tepi jalan sebab ada yang nak aiskrim. Rasa macam layan budak budak pulak😁


Lajak sikit sampai ke Tanah Rata, jam pun dah pukul 5 jomlah terjah Highland Steamboat Cheese & Grill. Ingatkan kami paling awal, rupanya dah ada yang menunggu walaupun bufet belum siap sepenuhnya lagi. Time nak habis makan sekali tengok.. berderet dah orang beratur tunggu meja.

Dah penghujung..

Selesai makan, kami terus check in di ATS Cameron Hotel & Apartment yang terletak dalam bangunan Cameron Fair Tanah Rata iaitu satu bangunan dengan Avillion.

Apartment 2 bilik dan 2 bilik air ni comel dan cantik dekonya. Kat dapur dia ada microwave dan peti ais.


Khemah kekanak
Day 2

Keesokan harinya, lepas checkout terus ke Masjid Abu Bakar Tanah Rata untuk solat Jumaat sebelum ke Taman Sedia untuk late lunch di Aidilbadri Strawberries Cafe & Farm. 



Semua menu yang diorder sedap 

Untuk 2 malam berikutnya kami tukar bilik lain tapi masih lagi ATS apartment, dalam bangunan yang sama sebab bilik semalam tu dah penuh. Apartment 2 bilik dan 2 bilik air ni taklah deko macam semalam tapi  lebih lapang dan view lagi ok. Ada dapur elektrik, rice cooker dan peti ais.



View dari hotel

Show mercun depan mata

Malam tu kami rilek-rilek je dalam bilik, panaskan lemang dan rendang Dapogo. Mee segera pun ada, buat kawan.

Teman setia
Day 3

Pagi esoknya kami keluar sarapan di KHM. Ehh ramainya orang.. kena tunggulah sekejap untuk dapatkan meja.

Macam biasa, menu cliche jadi pilihan iatu scone, nasi lemak, mee kari, teh.. tapi yang pasti, semua sedap.


Lepas sarapan, kami ke MARDI untuk kali ke 999. Dah macam tempat wajib pulak aku perasan. Dia macam.. kalau malas fikir nak ke mana auto jadi ke sini. Dari muda-muda lagi tempat ni jugalah yang diulang-ulang😂


Dulu takde sekarang ada


Minat.. pantang jumpak mesti mau pegang


Ni pun sama.. sekarang baru nampak


Selesai lawatan dan layan aiskrim, terus ke medan selera sebelah MARDI. Makan nasi biriani dan ayam goreng. OK jugaklah rasa masakan sini.


Balik dari MARDI tak ke mana mana dah. Balik semula ke apt, bagi peluang Haikal study sikit. Lama dah bergumbira. Kesian dia kalau kena ikut kami ke sana sini jalan jalan. Nak tinggal pun tak sampai hati.

Lewat petang tu kami makan masakan sendiri. Sedapnya kepala ikan buat menu simple sayur halia ni.


Day 4

Last day ni turun sarapan di kafe Avillion, RM25 seorang. Berbaloi sebab makanan sedap dan pilihan pun agak banyak. Kali ke 3 kami breakfast di sini. 

Lepas semua kekenyangan, ke bilik semula untuk kemas barang sebelum checkout.


Destinasi hari ni, Cameron Valley Tea House. Attraction ni kira dalam laluan balik le. Duduk santai di cafe sambil makan scone dan menu lain, walaupun masih kenyang. Teh wajib ada. 

Kami naik buggy turun ke bawah kawasan ladang, dua beradik teringin nak jalan kaki. Lepak2 sambil tengok view teh yang menghijau dan air terjun sebelum gerak balik ke Kuantan. 


Tahun lepas mai takde lagi benda ni




Depa dapat teh sempena naik turun jalan kaki😁

Settle sini terus gerak balik Kuantan melalui Sg Koyan. Memang selesa lalu sini sebab kereta tak banyak. OTW singgah makan di Cendol Gemuk dekat Raub sana. Menu sini pun padu jugak.


Akhirnya sampai rumah pun dah malam. Alhamdulillah, perjalanan selamat. Sebelum tu berhenti makan satay pulak. Kuantan ni memang merata rata ada satay, kebanyakannya sedap belaka terutama kat Beserah banyak pilihan.



Tamat kisah ringkas di Cameron Highland, InshaAllah ada rezeki kembali lagi.🍓🍓

Wednesday, August 28, 2024

Cameron Highland Aidilfitri

12 - 15 April ( 4 hari 3 malam )

Day 1

Balik dari Manjung Aidilftri yang lepas, kami buat keputusan ada lebih baik singgah dulu Cameron. Tempat favourite. Selain dapat bercuti lagi walaupun bulan sebelumnya dah pergi, dapatlah jugak aku elakkan jem kalau balik ikut WCE atau Plus. Banyak kali kena jem area Kuala Selangor tu.

Untuk kali ni aku pilih stay kat Santai Desa Chalet Brinchang untuk 2 malam pertama. High rating aku tengok dalam booking.com. Comel je chalet ni. Bersih, selesa dan harga pun murah.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Depan Santai Chalet 

Untuk makan malam kami ke Centrum Brinchang. Cantik jugak tempat ni ada banyak lampu lampi. Kali kedua mai sini. Tak tau nak makan apa, tinjau punya tinjau akhirnya kami makan kat Marry Brown.
 

Antara hidangan malam ini

Day 2

Pagi yang semestinya dingin hari ini. Untuk sarapan kami ke Restoran Naimah Brinchang. Sedap sedap menunya terutama nasi lemak. Banyak kali dah makan sini.


Next kami ke Cameron Valley - Tea House 1. Menarik tempat ni malah lebih menarik dari Ladang Teh Boh Sungai Palas atau Cameron Valley Tea House 2 dan 3 di Kuala Terla. Siap ada air terjun lagi. 

Sini boleh pilih nak naik buggy ataupun jalan kaki untuk turun ke bawah. Tapi nampak macam semua orang naik buggy je. Harga untuk buggy RM15 seorang dewasa dan RM7 untuk kanak kanak. Jalan kaki RM4 sahaja.

Ladang teh ni masih baru. Kalau naik dari Tapah akan jumpa Tea House ni dulu. Nabila yang bagitau tempat ni viral sebab ada air terjun. 

Parking area

Kot mana pun scone kena try dulu walaupun dah kenyang sarapan

Tempat menunggu buggy depan Tea House 

Jom gerak ke bawah

Sampai dah

 

Best melepak sini



Selain boleh enjoy air terjun, boleh jugak panjat trek sampai ke atas sana





Atas puncak dekat signboard Cameron Valley Tea. Rendah je bukit ni, sesiapa pun boleh naik 

Sebab makan pagi tadi agak lambat, kami skip lunch, jadi dinner wajiblah keluar awal. Kami ke Highland Steambot. Pukul 5 dah ada sana. Ingatkan dah terpaling awal, rupanya orang lain lagi awal.

Bulan lepas dah datang makan bulan ni mari lagi. 

Tu dia steambot sedap sudah mari

Macam macam ada. Jenuh makan seafood. Paling aku suka ABC sendiri bikin

Day 3

14 April ni birthday Arif Haikal anak lelaki seorang. Jadi birthday tahun ni kat Cameron lah. 

Makan pagi ni depa ajak cuba Abang Strawberi Taman Sedia. Walaupun dah banyak kali datang Cameron tapi kali ini baru nak try.

Ceria sungguh deko kedai ni. Merah menyala

Menu di Abang🍓. Sekali tengok dah macam dekat Marry Brown je

 Makan nasi lemak merah untuk kali pertama. Sedap juge menu sini 

First time parking kat laluan belakang Taman Sedia dan melintasi jambatan ni

Lepas checkout dari Santai Desa Chalet, kami ke Centrum. Makan lagi walaupun aku masih kenyang masa ni. Depa yang makan banyak aku sikit aje. Jalan dengan orang muda ni memang asek kena makan aje.


Besday boy dulu dan kini 

Habis Centrum kami check in di Golden Hill Apartment. Menarik pulak suasana rumah ni. Cerah dan ceria. Lapang rasa.


Semua orang suka viewnya yang nampak keliling macam ni

Dah ada dapur wife aku masak nasi dan goreng telur makan bersama pek lauk segera dendeng daging Dapogo dan sambal talang masin Abang Shukor. Sedap menu ni sila cuba 

Wah tebalnya kabus. Ni baru Cameron Highland. Sampai tak nampak dalam rumah. Boleh eksiden dibuatnya kalau biar sliding door ni terbuka
Day 4

Untuk makan pagi kami ke KHM Taman Sedia

Scone lagi. Berapa banyak scone mau makan laa. Depa berdua suka sungguh 


Sampai masa kena balik ke Kuantan semula. Lepas check out terus memulakan perjalanan. Kami menggunakan laluan sungai Koyan sekali lagi.

Singgah kejap tempat ni.

Empangan Susu yang nampak menarik

Masjid yang cantik

Dalam perjalanan singgah kejap Masjid Sungai Koyan. Banyak kata kata hikmah dan nasihat yang menarik hati terpampang dekat area parking ni.