Thursday, October 27, 2016

Arif Haikal's Photo Collection

Minat betul anak lelaki aku ni ambil gambar. Jadi inilah hasilnya. Aku harap masa akan datang dia boleh hasilkan gambar yang lebih baik.



Lokasi: Traffic light Stadium Sri Manjung

 Lokasi: UITM Permatang Pauh

Lokasi: Halaman Rumah















Sunday, July 17, 2016

Lawatan Ramadhan - Hotel Seri Pauh

17, 18 dan 19 June 2016

Ramadhan bulan yang suci
Rahmat terlindung dari Ilahi

Ya. Ramadhan datang lagi. Masa ni sudah hari yang ke 12 berpuasa menahan lapar dan dahaga. Masa jugak sudah tiba untuk mengunjungi puteri kesayangan sekeluarga di Permatang Pauh. Kesian dia, dah la tak ada pengalaman tinggal di asrama, kena mengharungi kuliah minggu pertama di bulan puasa. Jadi kami cadang nak ambik dia dan tinggal dua malam di sini. 

Maka aku pun booking lah Adamson Hotel untuk dua malam. Entah macam mana dapat pulak idea tinggal semalam kat Hotel Seri Pauh dan semalam di Adamson. Bagus jugak idea tu. Maka aku pun call dan ubah lah booking aku. Ehhhhhhh..........tak habis lagi, dapat pulak idea tinggal 2 malam kat Seri Pauh. Emmmmm.....sudahnya cancel terus Adamson Hotel, hehehhehe. Tak pelah, lagipun Seri Pauh murah sikit harganya.

Perjalanan agak lancar sehinggalah sampai ke susur keluar Seberang Perai. Traffic jam teruk nampaknya. Slow macam semut. Nampaknya kami sampai pada waktu yang agak salah. Pukul 5 lebih memang masa orang berpusu-pusu keluar dari kerja. Dah berjaya susur keluar ke Permatang Pauh pun masih jam lagi.....adeh. Nampaknya lain kali kena sampai lagi awal.

Macammanapun sampai la jugak, terus amik Nabila dan bawak ke Hotel Seri Pauh. Ok jugaklah family room ni, sesuailah dengan harganya RM120. 

Pasar Ramadhan kat dalam UITM. Ada 14 gerai kalau tak silap. Nabila paling suka beli takoyaki kat sini

Family Room hotel Seri Pauh


Berbuka puasa

Idea asal aku nak berbuka puasa di Restoran D'pauh yang viral katanya. Maka aku pun booking lah. Menu pun dah siap dikenal pasti.  Entah macamana aku teringat pulak restoran steamboat yang aku masuk masa lawatan dua minggu lepas. Masuk tengok-tengok aje masa tu. Macam best lah pulak.

Tengok internet bukan setakat steamboat, nasi goreng, mee  malah ada seafood dan kambing grill lagi. Tak boleh tahan kami anak beranak tengok kambing grill......hahhahahahaa. Terus kensel D'pauh dan booking pulak Steambot Anjung Pauh, Rupanya yang aku masuk hari tu Pukadot Steamboat kawasan tu jugak. Tapi Anjung Pauh ni ada kambing, maka ada kelebihan di situ. 

Sejengkal aje restoran ni dengan hotel kami. Dah naik kereta baru perasan, ehhhh dekatnya...jalan kaki pun boleh.

Kami sampai dalam 7.15 malam. Lambat. Bukan lambat sebab berbuka, lambat sebab orang lain dah lama sampai dan dah start masak steamboat dan grill, sedangkan meja kami baru ada dapur kosong. Insof sekejap, lain kali sila datang lebih awal. Terpaksalah semua orang bertugas mengambil itu ini dengan pantas. 

RM21 seorang memang berbaloi. Banyak betul pilihan makanan steamboat, seafood dan grill yang disediakan. Habis dia top up lagi. Makanlah selagi terdaya. Sedap pulak tu .Ada surau kat sini, tapi campur laki pompuan dan agak sempit. Ahhhhh.....belasah ajelah. Lelaki solat kat depan, habis cerita.

Rendam jangan tak rendam, bakar jangan tak bakar

Puas hati makan sini


Selesai bukak puasa kami pun ke bilik dengan hati yang puas dan perut yang penuh, berlari-lari ke kereta sebab hujan masih lebat lagi.

Aku tanya staf hotel, ada ke kedai makan yang bukak untuk sahur. Dia jawab ada kat blok belakang buka sampai 5.30 pagi. Ohhhh......kedai yang sama aku beli masa lawatan dulu. Cantikkkk. Maka dalam 4.30 pagi gitu, aku pun pergi beli makanan sahur. 

Menu sahur : Nasi goreng sotong, nasi goreng udang, ayam berempah dan kuih sagu berkuah homemade...cukupla tu

Day 2

Esoknya lepas jenuh berehat dan memanjakan puasa di bilik, kami ke Mydin pulak. Betul betul seberang jalan, tapi dengan berkereta kene pusing ikut jauh. Orang pompuan memang suka Mydin ni aku pun tak tau kenapa. Nak kata pasal  nama hindustan, nama dia confirm nama mamak. Tu yang hairan kenapa boleh jadi suka???

Macamanapun dapat lah jugak beli beberapa barang keperluan Nabila. Aku pun dapat jugak hilangkan lenguh badan kat mesin urut kat sini. Lega ......lega.


Untuk bukak puasa kami beli kat Pasar Ramadhan. Lately aku memang tak berapa suka Pasar Ramadhan. Bukan apa makanan dia kebanyakan sungguh sendu dan kalau nasib tak baik sakit perut. Betulah telahan aku. Walaupun banyak pilihan yang sedap satu dua aje.....itupun nasi biriyani mamak. Of courselah sebab dia ada restoran. 

Nak berletiaq sikit. Orang Melayu yang masak pun tak reti, tak biasa meniaga tak payahlah nak meniaga bulan Ramadhan ni. Bukan apa rezeki tu kurang berkat sebab pelanggan tak puas hati, Jadi kalau betul-betul nak meniaga belajarlah memasak dengan baik, bersih dan cukup garam gulanya. Barulah orang puas hati, rezeki pun berkat. Kalau setakat pandai goreng telur aje....simpan ajelah skill tu... Ada lebih baik kau jual mercun.

Day 3

Sebelum menghantar Nabila ke kolej semula, kami ke Tesco sebab depa nak ke Nagoya kat Tesco ni tengok baju raya. Perjalanan ke Tesco ni agak lucu sebab kami terlepas simpang sampai masuk jalan kampung. Tesco dah nampak tapi nak pergi tak sampai sampai. Sampai lalu tepi sungai besar yang airnya agak melimpah. Jalan pun sempit jadi aku kena bawak slow...ada amaran buaya pulak tu. Cuak ler anak aku.

Haikal : Ayah ada boya dalam sungai ni. Dia boleh naik atas darat.

Aku  : Apa merepek Haikal ni, macamana boya tu nak ambik kita yang kat dalam kereta ni?

Semua orang ketawa.

Luas jugak Tesco kat sini, maka dapatlah Nora dan Nabila sepasang kain untuk dibuat baju. Jahit sendiri, senang. Tempat makan kat Tesco ni pun best best belaka. Ada restoran Arab dan Jepun lagi.

Cukup masa kami pun menghantar Nabila ke Kolej semula. Sebelum tu sempat beli makanan di cafenya untuk Nabila dan kami bertiga, sebab pada hemat aku kami dijangkakan kena berbuka dalam kereta aje. Maka kami pun bertolak ke Manjung. 

Nasib baik jalan tak jam walaupun cuak jugak aku bila brader cafe tu bagitau jalan selalu jam masa 6 lebih ni. Alhamdulillah. Waktu berbuka tiba ketika kami di Sungai Tinggi rasanya. Maka terus park kereta tepi jalan dan berbuka. Habis berbuka singgah kejap solat kat Masjid Sungai Tinggi. 

Perjalanan di sambung. Alhamdulillah akhirnya selamat tiba di Manjung.

Tuesday, March 15, 2016

Cuti Pulau Pangkor

19, 20 & 21 Februari 2016

Sesekali teringat jugak aku nak ke Pulau Pangkor ni. Dah 9 tahun tak pegi. Lebih kurang 10 km ke jeti, dan 2 km dengan feri. Dekat tu. Orang dari KL pun sanggup datang, aku yang dekat ini tak bisa???  Ini tak boleh jadi.

Pulau Pangkor ni banyak sweet memories sebenarnya. Our honeymoon was here back in year 1997. Masa tu aku baru aje 3 tahun berkerja, serba kekurangan lagi maka Pulau Pangkor inilah yang aku termampu bawak isteriku datang honeymoon. Ingat lagi stay kat Chalet di Teluk Nipah. 

Lepas tu kami berdua datang lagi untuk bercuti kat Pasir Bogak sambil makan kenduri (kenduri perkahwinan anak perempuan kepada arwah Paktih Hashim). Ini betul lawak punya kes. Ada ke patut kami tersalah rumah kenduri. Sudah habis kami makan baru aku perasan apesal satu muka pun tak de yang familiar? Sekali tanya sorang tu, dia cakap yang rumah Paktih Hashim tu sebelah sana....dekat saja. Alamak.....kantoi.....apalagi kelam kabut aku pegi mintak halal. Sampai rumah kenduri sebenar dah kenyang sangat, terpaksalah berlakon makan heheh.

Next trip ke Pulau Pangkor budak tembam kat bawah ni dah ada. Stay kat Teluk Nipah lagi. Seronoknya kami suami isteri tengok Nabila ni merangkak ke sana kemari di Pantai Teluk Nipah yang putih bersih tu. 


Ok. Habis cerita pasal sweet memories.

Day 1

Ini kali pertama kami menggunakan jeti Marina Island. Lebih selesa dan masa naik feri tu sekitar 10 minit saja. Parking agak mahal RM15 sehari. Oleh kerana 3 hari, maka RM45 untuk parking berbumbung. Tambang feri pulak RM10 sorang pergi balik tapi mesti simpan tiket. Cuaca memang baik hari ini maka semuanya berjalan lancar.

Kaunter Tiket Marina Island


Panas punya pasal cepat-cepat kami masuk feri Duta Pangkor ni

Depa tiga beranak melepak kat luar masa perjalanan. Enjoy view katanye. Tak kuasa teman, dalam lagi sejuk dan nyaman



Sampai je jeti Pangkor, terus amik motor. Satu motor dan satu skuter. Untuk 48 jam iaitu Jumaat sampai Ahad harganya RM130. (motor 30, skuter 35) Macam biasa le, motor sewa macam ni mana ada minyak. Pandai-pandai lah isi kat stesen berhampiran. Terus kami menuju ke Nipah Mas Chalet di Teluk Nipah. Walaupun masih awal lagi, mana tau kalau nasib baik dapat check in awal.

Nipah Mas Chalet

Memang rezekilah tuan punya chalet ni memang tak berkira, Dia bagi kami masuk awal. Cantikkkk. Sewa family room ni RM95.00. Walaupun serba sederhana bilik ini kira ok lah. Showernya pun laju. Bagi aku sepadanlah dengan harganya. Nak yang ada kelas, kena bayar lebih lah.



Lunch - Pekan Pangkor

Oleh kerana hari ini hari Jumaat, maka aku decide kami sekeluarga makan di Pekan Pangkor sekali dengan sembahyang Jumaat. Maka kami pun bermotosikal ke pekan Pangkor semula. Masa datang tadi, bebudak ni punyalah teringin nak makan kat satu gerai ni sebab suasana nampak best dan macam ada ABC. 

Apalagi pegi sana lah. Ada masa lagi ni. Kami order 2 nasi ayam, 1 mee sup dan 1 laksa. Laksa dia jenis bersantan. Akan tetapi bebudak ni kecewa sebab ABC yang diidamkan tu takde pulak. Ais batu belum sampai kata pekerja tu. Itu bukan rezeki korang namanya.

Gerai ni betul-betul depan Coral Bay Resort di Pasir Bogak 

Nasi ayam  dan mee sup ni agak sedap

Cukup waktu aku dan Haikal tinggalkan Nora dan Nabila kat gerai ni sementara kami ke masjid. Masa nak balik , skuter pulak buat hal. Lajak lah ke jeti dan tukar motor lain.

Petang tu aktiviti aku sekeluarga meronda-ronda  sampai puas....sebelum berakhir dengan bermandi manda di laut.

Makan Malam - Teluk Nipah

Makan malam kat Teluk Nipah memang agak sukar. Bukan sukar nak dapat tempat makan, tapi sukar nak pilih gerai yang mana satu sebab ada banyak gerai seafood dan ikan bakar di sini. Peniaga pulak suka panggil panggil orang sampai confuse dibuatnya..

Bahagian belakang gerai gerai kat sini kebanyakannya menghadap ke laut. Suasana macam ni memang bestlah untuk makan malam, lagi-lagi ada banyak angin masa ni. Semestinya banyak angin sebab waktu ini air pasang besar

Macamanapun akhirnya kami pilih satu gerai ni sebab tengok kosong tak ada orang...dengan harapan makanan sampai cepat. Mula tu risau jugak sebab selalunya gerai yang takda orang ni masakannya mungkin tak sedap. Tapi alhamdulillah makanan dia tak mengecewakan langsung. 

Untuk malam ni kami order ikan gerot bakar, sotong goreng tepung, sup sayur dan telur dadar. Harganya RM73.00. Mahal sikit dari Manjung. Harga pulaulah katakan...sebab barang-barang mentah semua kena angkut dengan barge katanye.

Perut pun dah kenyang. Habis makan melepaklah kat tangga tepi pantai teluk Nipah ni. Best jugak suasananya. Ala ala melepak kat Surfer Paradise gitu hehehee. Nampaknya boleh ulang lagi Teluk Nipah ni. Agak agak mata pun dah kuyu, apalagi balik tidurlah. Tamat day 1.



Day 2

Untuk makan pagi kami pilih gerai brader yang jual cucuq pisang dan keropok lekor ni. Makan kepok ni panas panas memang terangkat. 

Mee udang yang lazat

Snorkeling di Pulau Giam

Depa tak percaya bila aku kata pulau ni adalah pulau Gayam (sejenis siput). Oleh kerana orang Pangkor teringin nak ala ala mat saleh maka ejaannya di tukar jadi Giam (mat saleh sebut "Gaiyem").......hehehehheh. 

Untuk snorkeling ke pulau ni ada macam macam offer kat Teluk Nipah ini. Ada pakej melawat pulau-pulau dan private tour. 

Kami pilih Beach Boy private bot snorkeling sahaja untuk 4 orang dengan bot kecik. Walaupun bot kecik tapi tak risau sebab dekat dan ada life jacket. Kelebihannya boleh request kalau nak balik bila-bila masa saja. Total RM40 untuk 4 orang sekali dengan peralatan snorkeling termasuk roti untuk bagi makan ikan. Dekat aje, sekejap dah sampai.


Cantik - cantik ikan sini.....gambar je yang sendu

Roti punya pasal berani kau patuk tangan aku ye ???

Yang berani timbul pun ada

Suasana pulau Giam....sini ada gerai jual burger dan minuman


Memang seronok dan best betul tempatnya. Walaupun tak sejernih Krabi, tapi enjoy habis aku bagi makan ikan. Banyak betul ikan berkerumun bila campak roti. Mula -mula air biasa aje tapi semakin lama semakin jernih bila air pasang. Jadi timing ke sini kena ambil kira air pasang - surut.

Cuma satu je yang kureng sikit sebab dasar laut nya yang berbatu...kalau silap langkah boleh luka kaki. Tapi depa ni dah standby stoking tebal...selamat. Aku pulak pakai kasut terus masuk air hahah.

Jenuh main ikan, kami pun balik ke Teluk Nipah. Dia punya penutup memang best sebab brader tu pecut bot kecik ni dengan maximum speed dan landing sampai atas pasir.

Purnama Beach Resort

Balik dari snorkeling terus kami packing barang. Lepas makan tengahari yang aku bungkus dari gerai depan Nipah Mas ni kami pun check out. Berangkut pulak dengan motor ke tempat berikutnya iaitu Purnama Beach Resort. Dekat aje. Oleh kerana bilik belum siap kami pun melepak sekejap kat surau resort ni sekali solat zohor. Memang baguslah resort orang Melayu ni, siap ada surau yang besar dan selesa. Suasana sekitar chalet pun best dengan landscaping yang menarik. Ada swimming pool lagi.  


Kekurangannya ada banyak kera area ni, maklumlah dekat dengan hutan. Haikal ada "sweet memory" dengan kera, jadi dia phobia sikit....hehehhehee. Jangan sesekali buang makanan kat luar chalet macam jiran lorong kami ni kalau tak nak kera datang ramai ramai dan lepak lama-lama sambil selongkar tong sampah.

Aku sebenarnya nak amik smart villa untuk 4 orang, tapi masa aku booking cuma standard villa yang available. Tu laa, lain kali kena booking lagi awal. Biliknya boleh tahan dengan hiasan dalaman yang serba sederhana. Harga RM160 semalam. 

Enjoy nampaknya bebudak ni mandi-manda kat pool sana. Lagipun Haikal dah makin tinggi dan dah sampai kaki kat pool ini. 


Kera atas bumbung tu sampai dekat bilik dia mai..kalau bukak pintu alamat dia masuk ler...agaknya sebab bilik kami ni ke belakang sikit

Kiri kanan ni standard villa...aku dapat bilik tepi

Smart chalet ni untuk dua orang

Standard chalet. Minat jugak aku tengok bilik depan pool ni tapi max untuk tiga orang aje...tak puashati aku


Belakang di tingkat bawah tu surau 

Pantai berhampiran  D' Rimba Chalet

Semalam dah datang ke pantai sebelah hujung Teluk Nipah ni termasuk ke pantai Teluk Dalam. Enjoy depa belajar naik motor kat sana. Depa ni dah besar pun belum pandai bawak motor. Sebab kat rumah aku tak ada motor. Nabila pulak dah boleh bawak kereta sikit sikit sekarang. Tapi lesen belum ada. Aku pun tak cadang nak belikan motor kat depa. Sampai masa nanti beli aje kereta, sebab harga kereta 2nd hand sekarang pun lebih kurang aje dengan motor baru. 

Pantai berhampiran D'Rimba Chalet ni memang cantik. Hujung sana ada D'Senja Beach Resort. Lebih cantik dari  pantai Teluk Nipah sendiri. .Itu yang kami musykil. Dulu-dulu, pantai Teluk Nipah sangatlah cantik, landai dan putih bersih. Sekarang telah merosot dengan teruk. Curam dan kurang putih pasirnya. Entah apa sebabnya pun tak tau.

Nasib baik pantai sini masih lagi terpelihara. Airnya pun jernih. Seronok mandi kat sini dan melihat sunset. Matahari jatuh di atas betul betul puncak Pulau Giam. Awesome. Sayang semalam terlupa bawak camera. Gambar petang ni kurang sikit. 





Makan malam kali ni kat gerai hujung skali sebelah dengan gerai jual minyak motor. Tak sangka gerai ni view dia lagi awesome. Lapang aje. Seafood pun ada. Aku order nasi goreng paprik, nasi goreng sotong dan nasi goreng kampung. Sedap betullah makanan kat sini. Lain kali boleh try seafood  pulak. Tak pe, boleh ulang lagi next time.

Day 3

Sarapan pagi hari ni kat cafe Purnama Beach Resortlah. RM20 untuk tambahan bebudak berdua ni. Menunya nasi lemak, kuey teow goreng, roti dan bubur nasi. Walaupun pilihan terhad, tapi rasa makanannya memang sedap. Puas hati.

Hari ini memang confirm tak seronok sebab dah kena balik. Depa berdua ni mintak sambung lagi, Tak boleh ler. Maka lepas puas mandi kolam, dengan berat hati kami pun check out. Cepat betul check out sini. Memang cekaplah pekerja Resort ni. Semalam mintak bantal tambahan dan komplen pasal air cond pun kejap aje dah settle. Bagus. Service tip top. 

On the way ke jeti kami singgah di pantai Teluk Ketapang. Cantik sungguh pantai ni, Putih bersih lagi. Sayangnya tak de sebarang chalet kat sini. Orang pun tak ada, cuma ada sepasang mat saleh veteran tengah picnic. Enjoy betul  suasana dengan tiupan angin yang nyaman.





Selesai tempat ni kami pun ke jeti, pulangkan motor dan amik feri ke Marina Island sekali lagi. Tamat percutian di Pulau Pangkor. Best, best...boleh datang lagi.