Sunday, July 17, 2016

Lawatan Ramadhan - Hotel Seri Pauh

17, 18 dan 19 June 2016

Ramadhan bulan yang suci
Rahmat terlindung dari Ilahi

Ya. Ramadhan datang lagi. Masa ni sudah hari yang ke 12 berpuasa menahan lapar dan dahaga. Masa jugak sudah tiba untuk mengunjungi puteri kesayangan sekeluarga di Permatang Pauh. Kesian dia, dah la tak ada pengalaman tinggal di asrama, kena mengharungi kuliah minggu pertama di bulan puasa. Jadi kami cadang nak ambik dia dan tinggal dua malam di sini. 

Maka aku pun booking lah Adamson Hotel untuk dua malam. Entah macam mana dapat pulak idea tinggal semalam kat Hotel Seri Pauh dan semalam di Adamson. Bagus jugak idea tu. Maka aku pun call dan ubah lah booking aku. Ehhhhhhh..........tak habis lagi, dapat pulak idea tinggal 2 malam kat Seri Pauh. Emmmmm.....sudahnya cancel terus Adamson Hotel, hehehhehe. Tak pelah, lagipun Seri Pauh murah sikit harganya.

Perjalanan agak lancar sehinggalah sampai ke susur keluar Seberang Perai. Traffic jam teruk nampaknya. Slow macam semut. Nampaknya kami sampai pada waktu yang agak salah. Pukul 5 lebih memang masa orang berpusu-pusu keluar dari kerja. Dah berjaya susur keluar ke Permatang Pauh pun masih jam lagi.....adeh. Nampaknya lain kali kena sampai lagi awal.

Macammanapun sampai la jugak, terus amik Nabila dan bawak ke Hotel Seri Pauh. Ok jugaklah family room ni, sesuailah dengan harganya RM120. 

Pasar Ramadhan kat dalam UITM. Ada 14 gerai kalau tak silap. Nabila paling suka beli takoyaki kat sini

Family Room hotel Seri Pauh


Berbuka puasa

Idea asal aku nak berbuka puasa di Restoran D'pauh yang viral katanya. Maka aku pun booking lah. Menu pun dah siap dikenal pasti.  Entah macamana aku teringat pulak restoran steamboat yang aku masuk masa lawatan dua minggu lepas. Masuk tengok-tengok aje masa tu. Macam best lah pulak.

Tengok internet bukan setakat steamboat, nasi goreng, mee  malah ada seafood dan kambing grill lagi. Tak boleh tahan kami anak beranak tengok kambing grill......hahhahahahaa. Terus kensel D'pauh dan booking pulak Steambot Anjung Pauh, Rupanya yang aku masuk hari tu Pukadot Steamboat kawasan tu jugak. Tapi Anjung Pauh ni ada kambing, maka ada kelebihan di situ. 

Sejengkal aje restoran ni dengan hotel kami. Dah naik kereta baru perasan, ehhhh dekatnya...jalan kaki pun boleh.

Kami sampai dalam 7.15 malam. Lambat. Bukan lambat sebab berbuka, lambat sebab orang lain dah lama sampai dan dah start masak steamboat dan grill, sedangkan meja kami baru ada dapur kosong. Insof sekejap, lain kali sila datang lebih awal. Terpaksalah semua orang bertugas mengambil itu ini dengan pantas. 

RM21 seorang memang berbaloi. Banyak betul pilihan makanan steamboat, seafood dan grill yang disediakan. Habis dia top up lagi. Makanlah selagi terdaya. Sedap pulak tu .Ada surau kat sini, tapi campur laki pompuan dan agak sempit. Ahhhhh.....belasah ajelah. Lelaki solat kat depan, habis cerita.

Rendam jangan tak rendam, bakar jangan tak bakar

Puas hati makan sini


Selesai bukak puasa kami pun ke bilik dengan hati yang puas dan perut yang penuh, berlari-lari ke kereta sebab hujan masih lebat lagi.

Aku tanya staf hotel, ada ke kedai makan yang bukak untuk sahur. Dia jawab ada kat blok belakang buka sampai 5.30 pagi. Ohhhh......kedai yang sama aku beli masa lawatan dulu. Cantikkkk. Maka dalam 4.30 pagi gitu, aku pun pergi beli makanan sahur. 

Menu sahur : Nasi goreng sotong, nasi goreng udang, ayam berempah dan kuih sagu berkuah homemade...cukupla tu

Day 2

Esoknya lepas jenuh berehat dan memanjakan puasa di bilik, kami ke Mydin pulak. Betul betul seberang jalan, tapi dengan berkereta kene pusing ikut jauh. Orang pompuan memang suka Mydin ni aku pun tak tau kenapa. Nak kata pasal  nama hindustan, nama dia confirm nama mamak. Tu yang hairan kenapa boleh jadi suka???

Macamanapun dapat lah jugak beli beberapa barang keperluan Nabila. Aku pun dapat jugak hilangkan lenguh badan kat mesin urut kat sini. Lega ......lega.


Untuk bukak puasa kami beli kat Pasar Ramadhan. Lately aku memang tak berapa suka Pasar Ramadhan. Bukan apa makanan dia kebanyakan sungguh sendu dan kalau nasib tak baik sakit perut. Betulah telahan aku. Walaupun banyak pilihan yang sedap satu dua aje.....itupun nasi biriyani mamak. Of courselah sebab dia ada restoran. 

Nak berletiaq sikit. Orang Melayu yang masak pun tak reti, tak biasa meniaga tak payahlah nak meniaga bulan Ramadhan ni. Bukan apa rezeki tu kurang berkat sebab pelanggan tak puas hati, Jadi kalau betul-betul nak meniaga belajarlah memasak dengan baik, bersih dan cukup garam gulanya. Barulah orang puas hati, rezeki pun berkat. Kalau setakat pandai goreng telur aje....simpan ajelah skill tu... Ada lebih baik kau jual mercun.

Day 3

Sebelum menghantar Nabila ke kolej semula, kami ke Tesco sebab depa nak ke Nagoya kat Tesco ni tengok baju raya. Perjalanan ke Tesco ni agak lucu sebab kami terlepas simpang sampai masuk jalan kampung. Tesco dah nampak tapi nak pergi tak sampai sampai. Sampai lalu tepi sungai besar yang airnya agak melimpah. Jalan pun sempit jadi aku kena bawak slow...ada amaran buaya pulak tu. Cuak ler anak aku.

Haikal : Ayah ada boya dalam sungai ni. Dia boleh naik atas darat.

Aku  : Apa merepek Haikal ni, macamana boya tu nak ambik kita yang kat dalam kereta ni?

Semua orang ketawa.

Luas jugak Tesco kat sini, maka dapatlah Nora dan Nabila sepasang kain untuk dibuat baju. Jahit sendiri, senang. Tempat makan kat Tesco ni pun best best belaka. Ada restoran Arab dan Jepun lagi.

Cukup masa kami pun menghantar Nabila ke Kolej semula. Sebelum tu sempat beli makanan di cafenya untuk Nabila dan kami bertiga, sebab pada hemat aku kami dijangkakan kena berbuka dalam kereta aje. Maka kami pun bertolak ke Manjung. 

Nasib baik jalan tak jam walaupun cuak jugak aku bila brader cafe tu bagitau jalan selalu jam masa 6 lebih ni. Alhamdulillah. Waktu berbuka tiba ketika kami di Sungai Tinggi rasanya. Maka terus park kereta tepi jalan dan berbuka. Habis berbuka singgah kejap solat kat Masjid Sungai Tinggi. 

Perjalanan di sambung. Alhamdulillah akhirnya selamat tiba di Manjung.

No comments: