Sunday, November 26, 2023

Pakistan Road Trip - Day 13

1 Oct 2022

Islamabad  

Dah makan tahun entri ni tersimpan dalam draft. Kena selesai buang laa walaupun 2023 ni tak kemana.

Alang-alang dah ada kat Islamabad ni kenalah melawat apa yang patut. Tak macam tempat sebelum ni cuaca tak lah sejuk. Just nice dan tak perlu pakai sebarang jaket. 

Baru keluar dari hotel... Mumtaz City ni macam kawasan perumahan yang agak mewah

Pusing pusing ternampak KFC. Tapi KFC yang kami jumpa ni tak boleh dine in. Kena bungkuslah nampaknya. Sekali kat depan KFC tu kami nampak ada kedai jual teh tarik atau cai. Ini sudah bagus. Maklumlah minum cai sebelum ni pun kami kagum dengan kesedapannya. Confirm lebih sedap dari teh tarik mamak, maklumlah penyediaan teh yang complicated kut. Siap kena guna cawan seramik yang dibakar sampai membara. Bukan biase-biase😃 

Enjoy betul lepak- lepak kedai ni.

Tu dia cai spesel sudah mari





Selesai makan kami ke destinasi berikutnya iaitu Masjid Faisal yang terkenal di Islamabad ni. Besar dan nampak gah betul masjid ni. Orang pun ramai datang melawat. Masa nak masuk tu kasut kena tinggal kat tempat khas yang berbayar. Tapi yang bestnya penjaga tu tanya kami dari mana. Jawab Malaysia terus dia cakap free. Our friend katanya. Aku nak bagi duit dia tak mau jugak😂

Masjid Faisal ni adalah National Mosque Negara Pakistan. Ianya merupakan salah satu masjid yang terbesar di dunia

Ruang solat utama. Masjid besar ni mempunyai kapasiti 300,000 orang jemaah. Ramai tu 


 Gambar ni diambil dari atas tempat solat wanita 



Laluan berbumbung untuk naik ke ruangan solat utama

Kami menyempurnakan jamak zohor dan asar di sini. Memang ramai pelancong dan budak-budak sekolah. Meriah betul masjid ni. Memang seronoklah datang masjid ni.

Design masjid yang menarik. Abis solat semua sebelum balik kami berfoto foto di bahagian depan masjid pulak


Tepi masjid sana sebelah parking ada beberapa gerai makanan. Takde gambar pulak... semuanya dalam video aje depa simpan. Salah satunya gerai jual gol gappa ni lah.

Makanan ni dipanggil Gol Gappa di Pakistan atau Pani Puri di India. Famous ni, tu yang Nabila ajak cuba. Tak begitu ngam dengan aku, sebab kuah dia yang masam tu. Kalau tengok dalam Youtube India punya cara jual ni memang confirm tak lalu punya sebab semua guna tangan hahaha. Ni Pakistan style jadi ok la

Keluar dari masjid depa ajak pi shopping center pulak. Terus segera menuju ke Centaurus Mall yang terkenal di Islamabad ni. Boleh tahan lah Mall ni walaupun tak gah macam di KL.

Bergambar dengan burung kakak tua



Makan-makan di food court

Suasana senja Centaurus Mall

Jom balik

Habis mall ni dah tak ke mana lagi terus balik ke Guesthouse.

Wednesday, March 15, 2023

Pakistan Road Trip - Day 12

30 September 2022

Babusar Pass - Naran - Abbotabad - Islamabad

Masa untuk menyambung perjalanan setelah semalaman berehat di Babusar Pass ni. Akan tetapi lepas check-out, eloklah bersarapan terlebih dahulu memandangkan Moon Restaurant sudah ada di depan mata. Besar restoran ni. 

Ada harapan makan yang sedap sedap. Sekali yang ada roti prata sahaja. Alamak dah tak berapa boleh jalan dengan prata ni.

Pagi pagi di Moon Restaurant... kami pelanggan pertama agaknya

Katil tetap ada di kedai makan... agaknya restoran ni offer orang tempatan macam driver lori  ke, kot perlu tidur sini sementara menyambung perjalanan yang sangat jauh

Banyak menu, akan tetapi...😆

Selain prata cuma omelette dan telur separuh masak aje yang ada waktu pagi. Itupun setelah susah payah menerangkan tentang telur separuh masak sebab depa sini tau telur rebus je

Habis sarapan kami memulakan perjalanan untuk hari ke 12 ini. Jarak dari Besar atau Besal ini ke Islamabad dalam 321km selama 6 jam setengah. Jauh gak tu aku rasa. Aku pernah tengok youtube ada pakej yang sampai berbelas jam dalam van nak ke satu satu tempat. Heran aku takde rasa lenguh ke, kuat betul diorang tu... adeh.




Ni kira first time lah anak aku naikkan drone sambil kereta bergerak



Kasi bukak bumbung sikit boleh intai dari dalam

Repair... 

Melimpah air jernih atas jalan



Tak salah aku, khemah ni semua kepunyaan golongan nomad yang hidup berpindah randah sambil pelihara binatang ternakan


Ada banyak hotel area ni


 Dalam sejam macamtu sampailah area Batakundi ni


Seketika kami semakin hampir dengan Naran. Makin hampir makin cantik view dia. Tak boleh jadi ni kena singgah la. Masa datang hari tu macam tak perasan pulak. Tertidur agaknya masa lalu tu haha.


Mantap dia punya view

Santai santai tepian sungai

Sini pun ada water rafting tapi kami naik yang lagi satu 

Jalan depan sikit depa nampak ada lagi rafting aktiviti menyusuri sungai. Ada dua tempat rafting sini. Depa ajak cuba. Maklumlah bukan senang nak jumpa rafting kat sungai turquoise macam ni. Rate dia USD 10 untuk kami 4 orang. Harga berpatutan sungguh.



Pakai life jaket dulu... keselamatan diutamakan

Kunhar River ni cantik dan jernih

Tak dapat elak terkena jugak air ni, basah lah sikit kat tepi tepi tapi kejap aje keringnya


Enjoy betul water rafting ni

Sampai dah

Merasa naik jeep kejap masa habis rafting untuk ke tempat parking kereta semula. Orang lain mai Pakistan naik jeep untuk ke attraction yang sukar, kami naik jeep kat sini je hahah

Habis rafting perjalanan disambung semula menuju ke Abbotabat. On the way tu lepas sikit pekan Naran, singgah sekejap beli makanan. Biriyani lah apa lagi. Kedai ni jual bungkus je. Sedap nasi dia.  Akan tetapi sebab biriyani ni sangat popular aku syak, kami cuma dapat nasi sahaja. Lauk dah habis. Sambung drive dengan harapan depan sana ada kedai yang jual lauk.

 I love Naran... depan sikit je dari tempat rafting tadi





 Pekan Naran... macam macam benda ada jual sini gayanya. Anak aku turun beli epal je

Membeli biriyani

Macam pernah tengok je ayat ni haha

Alhamdulillah. Jumpa gerai yang ada jual ayam goreng

Seterusnya kami tiba di Abbotabat. Plan asal memang nak cari hotel dan tidur sini. Sekali timbul pulak idea alang alang dah dekat tidur Islamabad ajelah. Jadi singgah  RnR sini untuk solat aje. Nampak kemas dan cantik je bangunan sini.

Jadi aku pun search hotel di Islamabad dan jumpa hotel ni iaitu Travelodge Guesthouse. Lancar aje perjalanan ke sana, highway lah katakan.

Travelodge Guesthouse

Guesthouse ni terletak dalam perumahan mewah. Rasanya owner modify rumah dia buat guesthouse. Cantik dan selesa betul bilik dia. Rate dia RM127 semalam. Esok nak pusing-pusing Islamabad pulak.