Friday, May 11, 2012

Quiberon Bretagne

Caudan - Carnac - Quiberon

Catatan 22 April

Hari ni travel jauh sikit nampaknya. Sepasang suami isteri dari DCNS bermurah hati nak bawak kami sekeluarga dan rakan BNS iaitu Firdaus dan Fendi pegi outing ke Carnac dan Quiberon. Nama dia Rafael dan Isterinya Mary. Dah orang pelawa....apalagi!! jangan lepas peluang..Depa datang 2 kereta dan pickup kami kat apartment.

Dari apartment kami terus berkereta menuju ke Carnac Stone. Tempat ni memang unik dan luarbiasa. Bayangkan ada beribu ketul batu besar disusun dalam barisan sehingga beberapa kilometer jauhnya. 

Sedikit petikan tentang Carnac Stone dari Wikipedia :

The Carnac stones are an exceptionally dense collection of megalithic sites around the French village of Carnac, in Brittany, consisting of alignments, dolmens, tumuli and single menhirs. The more than 3,000 prehistoric standing stones were hewn from local rock and erected by the pre-Celtic people of Brittany, and are the largest such collection in the world.[1] Local tradition claims that the reason they stand in such perfectly straight lines is that they are a Roman legion turned to stone by Merlin.

Hah.....Merlin yang aku suka tengok cerita dia kat TV tu punya angkara rupanya. Huh....magic, magic.     





Lepas habis melawat Carnac Stone kami dibawa ke Pekan Carnac yang kecik dan comel. Kat sini beli souvenir berupa rumah api. Simple je itupun dah 7euro. 


Makan tengahari di pekan kecil Carnac. Restoran dia tertutup abis....tak nampak macam ada orang. sekali masuk dekat nak full house....tempat kami yang terakhir kosong kat sini

Ratatouille ni ada banyak jenis........ni salah satu darinya. Nabila dan Nora aje yang order menu ni. Aku dan Haikal order Ikan....menyesal lak sebab rasa ikan ni kurang sedap dan rasa hanyir sikit, sedangkan Ratatouille lebih sedap....cisss 

Perjalanan diteruskan ke Quiberon. Rupanya Quiberon ni tempat perlancongan terkenal kat sini dan kalau musim cuti penuh orang datang sini kata si Rafael. Masya Allah........pemandangan tepi lautnya dari atas tebing memang menakjubkan dan mengingatkan kami sekeluarga pemandangan hebat di Twelve Appostle di Australia 2 tahun lepas .Suasana sungguh dingin dengan angin yang bertiup kencang. Terketaq-ketaq jugaklah dibuatnya.






.
From google- tak sempat nak ambik gambar sendiri....tapi view kiri kanan laut ni memang cantik betul
.

  
 
 

Habis melawat tempat ni lepak-lepak pulak kat pekan Quiberon di tepian pantai dan pelabuhan sambil keluar masuk kedai tengok-tengok barang menarik yang ada kat sini.

Petang baru balik. "Merci" to Rafael and wife.

Tuesday, May 1, 2012

Dari Port Ke Port

Catatan 14 April

Mengambil kesempatan sejak ada tiket bulanan yang merangkumi semua jenis pengangkutan awam di bandar Lorient ni termasuk feri dan bot, maka kami pun mulalah memanjangkan langkah merayau rayau dari port ke port. 

Almaklumlah Lorient ni penuh dengan pelabuhan pelabuhannya yang kecik dan besar. Perjalanan kami bermula dari Port de Plaisance.

Port de Plaisance




Naik feri ni dari Port de Plaisance ke Locmiquelic





Locmiquelic





Port Louis Locmalo



 Bot yang dinaiki ini membawa kami ke Grande Plage


Masa balik. Port Louis La Pointe....kat sinilah tiba tiba turun hujan ais, menarik jugak tengok fenomena ni....