Sekitar Perth
Nampaknya program hari ini santai
santai sahaja. Semua orang sudah habis
angin setelah mengharungi perjalanan jauh West Australia selama beberapa hari
sebelum ini.
Kini sudah sampai masanya memulangkan
motorhome. Rulesnya macam mana motorhome itu ketika diambil begitulah harus
dipastikan keadaannya semasa dipulangkan. Tangki air buangan dan kumbahan wajib
dikosongkan, manakala gas dan minyak perlu diisi penuh.
Check out agak lambat kerana perlu mengemas barang-barang dan membersihkan bahagian dalaman motorhome, supaya nampak kemas
sebelum dipulangkan.
Selesai semua, aku menuju ke Kings Park Botanical Garden. Taman ni memang cantik dan sangat bersih. Luas betul, Kalau nak explore habis mau tercabut kaki dibuatnya. Kami menghabiskan masa bersantai-santai disini beberapa jam.
Pelbagai jenis bunga-bungaan ada sini
On the way.... melintasi Langley Park
Parking
Sangat bersih... tong sampah langsung tidak disediakan
View Swan River dari atas bukit Kings Park
Tree top walk and glass bridge
Habis tempat ni terus kami menuju ke homestay di Belmont semula. Unload semua barang masuk ke dalam rumah dan menuju ke Motorhome Center. Urusan memulangkan motorhome berjalan lancar, lagi-lagi aku amik zero access insurance... memang tak ada sebarang masalah.
Selesai pemulangan, aku mintak staff dia tolong call teksi dan hantar kami ke airport. Bukan nak flight balik, tapi nak pick up kenderaan seterusnya iaitu kereta sewa dari Hertz Car Rental. Bayarannya AUD 112 untuk 2 malam. Aku ambik dua buah kereta untuk 7 orang ahli rombongan.
.
.
Baru dan sedap bawak kereta ni. Terus kami pulang ke homestay semula. Masa sampai ni jam dah pukul 4 petang. Semua orang nak bersantai santai di rumah. Jadi aktiviti makan, tidur dan berehat sangatlah best. Hehehee.
Esok nak ke Fremantle.
Esok nak ke Fremantle.