Friday, November 26, 2010

Outstation - Meeting with Supplier

Royale Bintang Hotel

Aku baru je balik dari KL. Apalagi....outstation la. Macam yang sudah-sudah, tinggal kat Royale Bintang kat jalan Bukit Bintang ni. Tapi yang herannya, kenapa pulak setiap kali ke sini aku rasa macam kat Las Vegas aje?? (walaupun belum pernah sampai sana.....kat tv kan ada).

Punyalah ramai bangsa asing. Orang Malaysia lagi sikit dari mat saleh, Pakistan , Arab dan lain lain.

Kemudian aku pegi pulak ke Pavilion, shopping centre yang famous ni... waaaa.....macam bukan kat Malaysia. Terlebih-lebih pulak suasana Krismas, padahal Krismas lambat lagi.


Kat dalam Pavilion




Kat sini pun ramai orang asing jugak. Kalau pelancong asing tak kisah la, tapi nampak gayanya macam pendatang tanpa izin aje. Apa depa tak buat pemeriksaan Visa ke passport ke kat sini?

Aku rasa masalah ni dah makin kronik.....sedang pihak yang bertanggungjawab masih lagi tidur.

Aku ingat lagi masa aku kat Hamburg dulu.....banyak kali jugak passport aku kena periksa. Ada member aku tu nyaris masuk lokap pasal tertinggal passport kat rumah.

Sanggup polis tu ikut dia sampai ke rumah sebab nak tengok bukti yang dia ni bukan pendatang tanpa izin.  Nampak sungguh depa ni tegas pasal immigrant. Tapi kat Malaysia ni senang senang aje boleh masuk dan tak de siapa kisah. 


Dalam pada tu sempat jugak makan pizza kegemaran budak-budak ni kat dalam Pavilion. Masa pergi aku ambik teksi, sekali masa nak balik aku nampak dekat pulak Royale Bintang dengan Pavilion ni.......ni mesti pasal jalan sehala, tempat dekat pun jadi jauh bila naik teksi.

Tengok jalan pun jam dan melekat semacam je, last buat keputusan balik jalan kaki.

View dari bilik hotel

Tuesday, November 23, 2010

Aidil Adha 2010

Hari raya korban tahun ni jatuh pada hari Rabu 17 November 2010. Memang takde cuti bersambung. Satu hari itu ajelah. Macam biasa kami balik kampung. Sunyi sepi kampung aku, maklumlah kebanyakan orang tak balik berhari raya mungkin disebabkan cuti sehari sahaja.

Masa aku sampai rumah malam tu, ada mak sorang je kat rumah. Mak buat masak merah ayam, sementara ketupat pulak di subcon kat orang lain. Nasib kurang baik.....ketupat tu keras sikit pulak dah.




Sembahyang raya kali ni aku solat di masjid Pengkalan Baru tempat emak mertua aku. Kali ni ada 10 ekor lembu dikorbankan. Banyak sungguh korban tahun ni berbanding tahun tahun sudah. Budak budak ni pun ikut pergi tengok orang sembelih lembu.


Balik dari raya kat kampung, budak-budak ni ajak aku pegi tengok movie Harry Potter "The Deadly Hallow Part 1". Jadi malam minggu baru ni aku pun pergi la bawak depa. Tengok midnight show. Harry Potter punya pasal sanggup depa ni berjaga. Panggung kat Sitiawan ni dulunya dikenali dengan nama Panggung Arasu. Sekarang sudah tukar kepada BigCinema Sitiawan. Canggih.....lebih kurang macam mana-mana panggung TGV. Kerusi selesa dan sound effect pun hebat.

Teringat aku masa kecik kecik dulu, arwah ayah aku selalu jugak bawa kami 3 beradik pergi tengok wayang...itu je la hiburan yang ada masa tu. Antara cerita paling kami suka cerita cowboy. Zaman tu kira itulah cerita paling top. Harga tiket pun 65sen aje. Lepastu bila kami dah pandai pergi sendiri, kerap pulak kami pergi sendiri tengok cerita kungfu di panggung wayang lama Pantai Remis. Harga tiket dah naik sikit jadi 85sen...ketagih kungfu punya pasal, sanggup kami susah payah cari kelapa untuk dijual buat beli tiket. Ada sorang brader tu, kura kura pun dia jual, wayang punya pasal...hehhehe..

Cerita Harry Potter kali ni lebih best dari yang sudah......babak suspen dan lucu pun menarik.  Habis tayangan dekat pukul 12.00. Sempat lagi tu pegi makan kat Teluk Rubiah. Best jugak sekali sekala minum-minum larut malam ni.

Monday, November 15, 2010

Jalan Jalan Depan Air - Lumut Waterfront

Dah agak lama aku tak datang sini. Memang santai le kalau nak melepak lepak hujung minggu sambil ambil angin yang sepoi sepoi tu dan makan makan. Ada beberapa gerai yang beroperasi hujung hujung minggu. Tandasnya pun bersih. Waterfront ni lengkap dengan mainan kanak-kanak. Bersambungan dengannya pulak Yatch Club yang merupakan tempat bot-bot dan kapal-kapal kecil berlabuh.

Kalau ikut angan-angan aku yang tinggi ni, teringin rasanya aku nak merasa bercuti dengan kapal kecik ni. Tapi aku tau belanjanya mestila mahal. Lagi-lagi bila aku tengok seronoknya mat saleh semua bercuti atas kapal macam dalam rancangan Travel & Living dan 100 places you must go before you die. Dapat tengok kapal kat sini pun jadilah...









Tempat ni best dan sejuk mata memandang. Cuma kekurangannya takde angin yang bertiup kencang macam Teluk Batik atau Jeti Lumut. Aku rasa tiupan angin yang kuat telah terhalang oleh bukit-bukau yang mengelilingi tempat ni. Kalau nak sejuk betul kena datang pagi, bawak nasi lemak ke, bentang tikar baekkk punya....memang santai habis. 

Ramai orang suka memancing kat sini........hai...rasanya tak lama lagi aku pun nak kena beli pancing jugak la....

Saturday, November 6, 2010

Cuci Cuci Sdn Bhd

Company cuci cuci ni ada dua orang pekerja saja. Operasinya pun bila aku tengah isi minyak kat mana-mana stesen minyak. Bila aku pergi aje kaunter bayar duit.....terus lah operasi depa mulakan. 

Mula-mula dulu aku larang jugak depa buat kerja ni.....takut bahaya dan lagipun kalau orang nampak mesti kata aku buli anak anak. Dah depa rajin sangat, last last aku biarkan aje la. Rasa lucu jugak kadang-kadang aku tengok bila depa beria-ia betul  mencuci segala tingkap dan cermin semua. Terimakasih sayang-sayang ayah.


Tinggi pun tak cukup lagi tapi nak jugak mencuci