Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Tuesday, December 6, 2011

Cuti Cuti Singapore - Day 1

Transit Danga Bay

Catatan 27 November 2011

Tahun ni alhamdulillah ada rezeki bercuti ke Singapore atau kecik-kecik dulu aku sebut Sungaipo. Konsep tahun ni lebih kepada 'kegembiraan kanak-kanak', dan target utama pastilah Universal Studio Singapore. 

Untuk perjalanan yang jauh macam ni aku plan tidur di JB dulu baru masuk ke Singapore. Hotel Kozi kat Danga Bay jadi pilihan aku kali ni. Sewanya RM110.... jimat. Kereta aku hari tu dah macam Campervan je aku tengok. 

Mana taknya, siap ada tempat tidur yang selesa untuk dua orang budak tu. Maklumlah kena jalan jauh mesti bagi depa tempat lapang sikit supaya depa tak bosan dan mula melawak yang bukan bukan.

Danga Bay view

Kalau makan kat johor ni, asal kita duduk je mesti ada orang akan datang letak otak2 kat meja.terpulangla nak makan ke tak...biasanya kami balun aje

Pantang jumpa game, mesti mau main punya
Cruise Ship

Lobby Hotel Kozi

Bilik kozi

Lenguh jugaklah urat saraf aku sementara nak sampai JB ni.....itupun nasib baik Nora drive dari Rawang sampai Melaka. Maklumlah dah hampir 5 tahun aku tinggalkan JB/Pasir Gudang ni. Satu yang aku tengok Danga Bay dah sangat berbeza dari dulu. Bangunan yang meriah dengan pelbagai jualan dah dirobohkan. Hai......apa pulak projek puak-puak ni nak buat?

Makan tengahari bungkus aje kat 'Ikan bakar Sekinchan' kat hujung hotel. Entah mana datang Ikan Bakar Sekinchan kat JB ni. Belasah ajelah walaupun harganya agak mencekik darah....dah lapar apa nak buat dan itu aje kedai makan yang aku perasan ada kat area ni.

Waktu malam pergi melepak kat Danga Bay dan makan malam di Medan Selera kat situ. Sekali lagi harga mencekik. Aku order siakap sweet and sour je, menu mudah macamni pun tak boleh masak dengan sedap ke?. Apparaa 

Betullah kata driver teksi kat Singapore yang diorang tak berapa minat nak datang JB lagi macam dulu-dulu sebab harga barang dan makanan dah hampir sama macam kat Singapore walaupun currency mereka 2.41. Inilah lemahnya sesetengah peniaga makanan. Suka sangat tamak dan ambil kesempatan. Sepatutnya biar harga murah.....dan kita akan untung dari segi kuantiti dan pasaran yang sentiasa berterusan.

Sunday, January 3, 2010

Tanjung Balau Beach Resort, Desaru

Memori 11 November 2006

Ini kali kedua kami sekeluarga ke Desaru. Masa 1st time dulu kat Desaru Golden Beach Resort. Kali ni kat Tanjung Balau Resort, bersebelahan aje. Best jugak bercuti kat sini.

Apapaun kolam renang dia memang best sebab luas. Kebetulan time ni tak ada orang apalagi anak-anak aku punya bebas mandi macam kolam bapak dia orang yang punya. Menggelongsor sakan anak anak aku kat sini.

Sebelah petang pulak lepak-lepak kat jambatan depan chalet. Cantik pemandangan. Bila air surut nampak batu-batu kat dasar laut.

Makan malam tu kat Bandar Penawar. Dekat setahun tunggu order. Hati paneh dibuatnya.




kolam renang yang sangat luas....siap ada gelongsor lagi