Kenduri kahwin sepupu kepada nabila dan haikal pada 21 February 2011.
Wednesday, February 24, 2010
Friday, February 19, 2010
Seminar Kota Bharu
Letih habis balik dari PD, aku kena pegi Kota Bharu pulak. Naik flight lagi. Dulu excited naik flight, sekarang rasa makin malas pasal kerap sangat. Check in kat Hotel Renaissance, sebab seminar tu pun kat situ.
Seminar dan presentation yang aku buat berjalan lancar. Selamat. Lepas seminar keesokan harinya terus balik kira-kira jam 4.30 petang.
Seminar dan presentation yang aku buat berjalan lancar. Selamat. Lepas seminar keesokan harinya terus balik kira-kira jam 4.30 petang.
Tuesday, February 16, 2010
Port Dickson - Cozzi Hotel
Keluar aje dari Bayu
Resort terus kami check in kat sini, dalam 15 minit perjalanan.
Cozzi ni terletak kat Teluk Kemang. Sini lebih meriah nampaknya sebab ramai orang dan ada macam-macam jualan.
Bila malam budak-budak ni letih sangat. Ajak keluar makan pun depa takmau, jadi aku keluar berdua saja tapau makanan. Sebelum keluar aku pesan tak payah guna rantai pintu bilik tu tapi entah macammana salah faham bebudak ni pasang jugak rantai tu padahal aku dah kunci pintu dari luar.
Apalagi balik dari kedai makan tu kami yang terkunci dari luar, panggil berkali-kali rupanya depa tidur nyenyak, try call masih tak jawab, ketuk pulak tingkap sampai naik malu kat bilik sebelah, suruh nora seluk tangan nak bukak rantai tak sampaila pulak. Adeh.
Last-last panggil jugakla pekerja kat depan tu. Dia pun sibuk sebab malam pun masih ramai orang check in. Susah payah dia seluk, try berkali-kali last bolehla jugak mungkin sebab tangan dia agak panjang dan kurus, haha...,nak sound bebudak ni pun tak sampai hati sebab diaorang tidur sampai tak ingat dunia...
Last-last panggil jugakla pekerja kat depan tu. Dia pun sibuk sebab malam pun masih ramai orang check in. Susah payah dia seluk, try berkali-kali last bolehla jugak mungkin sebab tangan dia agak panjang dan kurus, haha...,nak sound bebudak ni pun tak sampai hati sebab diaorang tidur sampai tak ingat dunia...
On the way balik tu ada lagi idea nak singgah ke Bagan Lalang nak tengok-tengok apa yang best kat situ tapi banyak kereta jugak...sampai sekerat jalan jam lagi tak sanggup nak teruskan. Buat keputusan cari highway balik sajalah.
Port Dickson - Bayu Beach Resort
Sempena cuti Tahun Baru Cina
fikir punya fikir di mana nak habiskan masa cuti empat hari tu, dapatla idea
ke Port Dickson. Survey hotel sampai pening sebab last minit booking
bukan senang nak dapat. Lagipun hotel-hotel ni sombong sikit laa masa
peak hours macam ni sebab ramai orang. Nasib baik, kami dapat Bayu Beach
Resort, itupun untuk satu hari saja. Tapi aku dah back-up dengan survey
beberapa bilik yang boleh walk in.
Perjalanan
pergi jam giler dari sungai besi sampai ke Seremban.
Bergerak perlahan macam semut. Start 11.30 pm, 2.30 pm baru sampai.
Sampai
resort, terus check in. Bilik kat tingkat 5, sea view. Bilik memang
cantik dan pemandangan pun menarik. Cuma yang agak kureng tu, swimming
pool dia ada banyak regulation. Lelaki kalau tak pakai baju mandi kena bukak baju.
Segan la aku nak tunjuk badan aku ni. Terpaksalah aku mandi sekerat
kepala masa dalam air, dan naik aje terus pakai baju.
pantai dia memang luas dan cantik
Kat laut pun best, tenang dan santai
habis. Walaupun ada cerita tentang buaya kat PD baru-baru ni, aku tengok
orang mandi semacam aje, tak risau langsung.
Makan pagi boleh tahan la jugak. Cuma tambah RM12 aje, sebab Haikal dapat free. Lepas check out terus ke tempat penginapan seterusnya iaitu Cozzi Hotel kat Teluk Kemang.
Monday, February 8, 2010
Hutan Lipur Sungai Tua
Perjalanan dari rumah aku ke Sungai Tua ni lebih kurang dalam setengah jam dari rumah aku. Ini jelah
tempat mandi yang paling dekat rasanya kot.
Masa
sampai sini dekat nak petang jadi orang takdelah ramai sangat. Selesai
berkelah, aku beli sate ikan yang 20sen kat atas dekat parking...sedapla
pulak.
banyak tempat berbumbung disediakan
masa nak balik tengok pelampung oren tu dah hilang satu
Sampai
tengah jalan masa nak balik, hujan. Dalam masa sekejap tu air tepi
jalan boleh naik tinggi. Risau jugak nasib baik kereta masih boleh
lepas. Bila sampai depan gua batu patung hindu besar tu, jam
melekat sampai dekat sejam tak bergerak. Cisss tokri habis, nyaris tak
terlepas maghrib...
Wednesday, February 3, 2010
Gambar Lama

Gambar ni memang nostalgia habis. Aku jumpa gambar ni dekat facebook Brahim yang sekarang kat petronas kertih. Masa ni aku tengah bergelut nak menamatkan pengajian kat UKM. Aku ambik bidang Chemical and Process Engineering. Pening jugak nak menjawab soalan -soalan maut Thermodynamic dan Teori reaktor tu semua. Belum lagi masuk tesis dan project paper.
Seronok sebenarnya zaman study ni walaupun duit ada sikit kureng. Ramai kawan-kawan yang kebanyakkan suka merapu habis. Samah, Zuki, Brahim, Jamal semua tu kaki lawak belaka. Tu tak termasuk tabiat sama-sama meniru tutorial yang juga kami sebut ceket....ceket...(bunyi meniru tu macam bunyi printer). Lucu mengenangkan zaman ni.
Masa ni jugak kalau nak guna pc nun jauh hujung kamsis. Jarang ada orang kat situ. Pergi pulak pukul 12 malam, bayangkanla...berani gile aku. Kalau nak diikutkan teori pasal hantu sepatutnya dah lama aku jumpa bermacam-macam jenis hantu, langsuir ke pontianak. Tapi sampai sudah sekor pun tak jumpa.
Masa ni tempat lepak yang best adalah Bandar Baru Bangi (kami panggil BB). Sedapnya makan telur bungkus gerai kusuma. Mee goreng tersedap di dunia kat simpang petronas. Cendol lazat dan sate kajang.
Apapun alhamdulillah masih boleh grad, dapat kerja dan meneruskan kehidupan. Syukur-syukur.
Subscribe to:
Posts (Atom)