Tuesday, February 16, 2010

Port Dickson - Bayu Beach Resort

Sempena cuti Tahun Baru Cina fikir punya fikir di mana nak habiskan masa cuti empat hari tu, dapatla idea ke Port Dickson. Survey hotel sampai pening sebab last minit booking bukan senang nak dapat. Lagipun hotel-hotel ni sombong sikit laa masa peak hours macam ni sebab ramai orang. Nasib baik, kami dapat Bayu Beach Resort, itupun untuk satu hari saja. Tapi aku dah back-up dengan survey beberapa bilik yang boleh walk in.

Perjalanan pergi jam giler dari sungai besi sampai ke Seremban. Bergerak perlahan macam semut. Start 11.30 pm, 2.30 pm baru sampai.

Sampai resort, terus check in. Bilik kat tingkat 5, sea view. Bilik memang cantik dan pemandangan pun menarik. Cuma yang agak kureng tu, swimming pool dia ada banyak regulation. Lelaki kalau tak pakai baju mandi kena bukak baju. Segan la aku nak tunjuk badan aku ni. Terpaksalah aku mandi sekerat kepala masa dalam air, dan naik aje terus pakai baju.
keadaan highway masa pergi


 pantai dia memang luas dan cantik

Kat laut pun best, tenang dan santai habis. Walaupun ada cerita tentang buaya kat PD baru-baru ni, aku tengok orang mandi semacam aje, tak risau langsung.






Makan pagi boleh tahan la jugak. Cuma tambah RM12 aje, sebab Haikal dapat free. Lepas check out terus ke tempat penginapan seterusnya iaitu Cozzi Hotel kat Teluk Kemang.