Showing posts with label Beaches. Show all posts
Showing posts with label Beaches. Show all posts

Tuesday, July 16, 2024

Trip Rompin

24 December 2023

Ada cuti umum Krismas. Jadi kami decide jomlah ke Rompin. Lama dah  pernah dengar nama Endau Rompin ni. Tapi Endau tu atas lagi dari Rompin tak pergi la. 

Sedia maklum December ni musim tengkujuh. Jadi keraplah hujan dan suasana agak dingin. 

Agak mencabar jugak perjalanan ke Rompin ni. Bertolak pun dah tengahari dari Kuantan. Lepas sikit dari Kuantan tak silap aku, kena hujan yang sangat lebat sampai naik risau. Dengan view kiri kanan banyak hutan. Wife aku siap ajak patah balik ke Kuantan. 

Apapun aku gagahkan jugak memandu ke sana. Alhamdulillah ok aje selamat. 

Sampailah kami ke Kuala Rompin. Hujan pun dah berhenti. Pusing pusing area situ kot kot ada chalet yang sesuai. Nampak macam tutup aje. Terus depa ajak pergi ke Pantai Hiburan dulu. Memang cantik pantai ni. Sebelah kirinya pulak ada taman yang sedang under construction.

Walaupun mendung, seronok dan nyaman bersantai di Pantai Hiburan ni. 


Masa ni angin tersangatlah kuat membuatkan aku terhibur di Pantai Hiburan ni huahaha


Cantiknya pelangi petang ni

Masa angin tengah kuat tadi, huru hara bulu kucing ni jadinya

Lepas habiskan masa di sini, kami pusing pusing cari hotel atau homestay semula sambil Nabila buat call. Ingatkan takde masalah penginapan kat sini rupanya silap, asik penuh aje bila tanya. Cadang nak tidur hotel area pekan ni aje takde harapanlah gayanya.

Dekat nak magrib dah masa ni. Call punya call dapatlah satu homestay ni tapi jauh ke dalam kampung nun. Suasana kawasan tu rasa menyeramkan tambahan pulak waktu malam haha. Jadinya patah balik ke pekan semula dan cari lain. 

Akhirnya dapatlah satu homestay ni, rezekilah tapi dia kata belum kemas lagi.  Kami ok aje lewat sikit boleh pergi makan dulu. Rasanya harga asal macam seratus lebih tapi dapat diskaun banyak jugak mungkin sebab dah malam. Apapun Alhamdulillah. Tak ingat pulak nama homestay dan kedai makan malam tu. 

Esok pagi lepas sarapan roti di homestay, kami pun checkout. Terus ke Pantai Hiburan lagi sekali sebab dekat aje. Tapi kami pegi ke kawasan yang under construction tu pulak. Tengah nak buat Esplanade agaknya.

Menarik, rasanya macam dah siap ni cuma belum rasmi bukak lagi






Asal usul nama Rompin

Lepas Pantai Hiburan kami ke Restoran Johan. Awal lagi masa ni belum tengahari pun. Next ke Pantai Kampung Rantau Panjang.

Sambal keli dengan green tea ni favorite Nabila

Pantai Kampung Rantau Panjang ni banyak chalet 

Kedai belakang ni banyak yang tutup. Buka petang agaknya

Semalam aje kat Rompin ni. Terus bergerak ke Kuantan semula. On the way terjumpa satu pantai yang sungguh menarik. Kagum kejap. Pertemuan laut dan sungai. Lokasinya kalau dari Rompin ke Kuantan sebelum Jambatan Bebar Pekan. Dekat sangat dah. 

Lama jugak melepak sini. Jalan jalan Rompin ni macam percutian dari pantai ke pantai gayanya. 






Singgah pantai sini pulak. Tak ingat nama. Tak lama pun kat sini. 


Pantai Saujana Biru ni pun best jugak. Pahang ni memang banyak sangat pantai yang hebat tapi kurang promosi. Sayang la. Tapi yang aku tengok sekarang macam tengah nak upgred pantai pantai.  Pantai Saujana ni pun nampak macam baru lepas renovation. 

Nama Saujana Biru tapi salah musim punya pasal dah jadi coklat. Rasa unik pulak sebab biasanya sungai yang warna coklat bukannya laut


Ni betul punya musim tengkujuh. Kena hujan lagi petang ni macam semalam. Nasiblah dah lewat sikit baru kena. 

Lapar dah kami waktu ni. Depa ajak singgah makan kat medan selera Pekan. Dekat sungai. Dah reda sikit hujan masa ni. Tapi tak lama lepas makan tu dalam perjalanan hujan lebat semula. 

Belek menu... sejuk sejuk ni semua nampak sedap


Kenyang dah semua terus ke Kuantan semula. Maka tamatlah percutian yang tak dirancang ini. 

Thursday, June 13, 2024

Terengganu Trip - Day 2

22 August 2023

Hari ni cadang nak pusing-pusing bandar Kuala Terengganu. 

Sebelum tu kita pegi sarapan dulu. Depa search tempat makan yang famous dan recomended.

Jumpalah satu kedai ni tak ingat nama pulak. Dah tak ramai  orang ada 2 meja je maklumlah dah lewat check out tadi. Jadi jom kita cuba tengok.

Banyak pulak dia punya peringatan
 Rasa macam masuk asrama dulu dulu pun ada. Itu tak boleh ini tak boleh hahahaha


Selain nasi kerabu, nasi minyak pun order jugak. Sejak selalu tengok youtube Indon ni, rajin pulak makan nasi dengan keropok

Lepas makan, terus ke Jambatan Angkat yang katanya famous. Agak panas cuaca masa ni, jadi cancel la nak singgah. Tengok dari dalam kereta sudah le.

Menuju Jambatan Angkat

Cantik view jambatan ni

Lepas sikit dari jambatan nampak Pantai Miami dan terus melalui Pantai Seberang Takir. Terus jalan lagi sampai nampak aiport Sultan Mahmud. 

Cantik dan meriah pantai area sini tapi tak ingatlah pantai mana, Ketapang ke, Tok Jembal atau lain sebab main jalan aje deme ni. Pantai agak meriah dengan pelbagai jualan makanan dan minuman. Dua beradik ni apa lagi turun pi beli lah. Memanglah jualan tu nampak best, tapi rasa aku macam baru je lagi sarapan tadi. 

Ada satu gerai tu jual sengkuang cicah depa punya rasa kelakar sebab makcik tu terlalu sistematik dan kemas sangat masa dia buat kerja tu. Apa pun sengkuang dia memang terpaling sedap kami pernah makan.

Cantik tersusun

Anak anak aku memang peminat la minuman semua ni. Orang lama macam aku pelik macamana lah depa boleh suka air yang ada campur macam macam ni

Bawa makanan tadi sampai ke  Pantai Takir semula. Best tempat ni walaupun tepi sangat dengan jalan. View lautnya cantik dan angin sejuk berhembus. Apalagi teruslah keluarkan camping chair dan lepak sini 

Unik... first time makan sotong pulut ni. Lemak manis gitu.
 Rasa cam telur sotong pun ado pulut tu. Rm20 sebekas.

Next singgah Pasar Payang. Famous tempat ni. Ntah apa yang depa beli kat sini aku pun tak tau. Off season macam ni tak ramai orang.

Pasar Payang

Antara jualan Pasar Payang


Destinasi berikut adalah Pantai Batu Buruk. Cantik pantainya. Angin pun kencang.  Best.

Pantai Batu Buruk



Dah sampai masa kena cari tempat bermalam. Lepas search kat internet kami pun menuju satu chalet tepi pantai. Yang tak bestnya sebelah chalet ni ada tempat pembuangan sampah. Nampak kotor, terus rasa tak jadi tidur sini walaupun bilik dan harga memang ok. 

Sayang betul tempat cantik macam ni dibiar kotor macam ni. Apa salahnya owner chalet bersihkan sikit

Terpaksa cari hotel lain area bandar lagi. Alhamdulillah, dapat sebuah hotel yang agak selesa  terus ambik.

Sebelum tu singgah di Masjid Terapung. Ramai sungguh orang solat kat sini masa ni. Ceramah pun ada.

Makan malam pula kami ke Restoran Kuala Ibai Bawah Jambatan. Alhamdulillah

Menu padprik seafood ni rasa biasa. Sotong tepung dia sedap

Saturday, April 27, 2024

Terengganu Trip - Day 1

21 Ogos 2023

Ini cerita tahun lepas. Ikutkan ada lagi tempat tempat lain yang aku pegi tapi dekat dekat la. Nanti bila rajin aku publishlah yang lain lain tu.

Arif Haikal tengah cuti semester ni. Jomlah jalan jalan Ganu pulak. Terengganu ni katanya cantik, jadi jangan lepaskan peluang. Ada banyak pantai yang perlu dikunjungi. Lama dulu pernah sampai, dah 20 tahun rasanya itupun area Sekayu aje.

Alhamdulillah perjalanan lancar. Ada yang guna highway dan ada jalan biasa.

Singgah Paka Waterfront dulu. Gayanya masih dalam pembinaan dan belum siap sepenuhnya. Ni kalau dah siap mesti lagi cantik.



Kuih akok ni memang sedap dan lembut tapi terlebih manis. Wife aku terkenang akok area UITM Permatang Pauh sana, lagi sedap katanya

 Tak pasti ni pantai apa. Tanjung Jara ke?Warna pasirnya yang keemasan nampak lawa


Seronok pulak melepak kat buaian sini... rasa macam citer bawang putih bawang merah  
 


Pantai Rantau Abang ni famous. Sejak sekolah rendah lagi aku dah tahu pasal pantai yang terkenal dengan tempat pendaratan penyu bertelur ini. Sayangnya pantai hebat ni kelihatan terbiar sekarang. Penyu takde kucing pun jadila

Selain mengunjungi pantai wajiblah melawat Masjid Kristal yang mashyur ni.  Orang lain dah lama pergi aku ni baru nak sampai. Masjid ni siap 2008. Seperti namanya, masjid ni memang cantik dan gah. 

Dengan kedudukannya di tepian air, terasa benar akan suasana nyaman sekitar kawasan ini. Kami menghabiskan masa di masjid ini sambil menunggu masuk waktu solat maghrib.

Dengan teknik lampu yang pelbagai, masjid ini kelihatan sungguh menarik di waktu malam. Hebat.
 



Tenang dan damai



Cantik sungguh

Biru pule

Eh tukar lagi


Untuk makan malam kami ke Waterfront Kuala Terengganu. 


Harga makanan
Selera Bos ni memang berpatutan sungguh


Untuk malam first ni, suruh Nabila cari hotel yang paling murah sebab dah lewat malam. Mai cuti sini langsung tak booking apa semua main walk in saja. 

Dapatlah Hotel OYO Wahee. Atas kedai makan je. Haha bolehla tu. Sementara kedai tu nak tutup bisinglah jugak kejap, letih punya pasal elok je semua tidur.