Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Tuesday, May 6, 2025

VIETNAM : DAY 13 & 14 - VINPEARL, NHA TRANG AIRPORT & KL

22 & 23 SEPT 24

Nampaknya sebelum pulang ke Malaysia kena ke Vinpearl theme park sekali lagi sebab ada fan tempat ni tak puas berkunjung sekali, mintak nak ulang lagi. 

Siapa lagi kalau bukan Nabila. Minat punya pasal, sanggup dia sponsor semua orang bayar entrance fee tempat ni. Sejak dah kerja ni rajin pulak dia sponsor sana sini. 

Sebenarnya masa kat Dalat haritu ada sedikit perbincangan samada nak ke Muine atau Nha Trang semula. Mintak depa tengok pasal Muine kot ada yang minat. Takde nampaknya. Wife sorang je minat, kurang sokongan hahaha.

Dalam cable car




Mana mana attraction dalam Vinpearl yang tak sempat pergi 1st time dulu, depa cover kali ni termasuk mandi di water park. Aku tak joinlah mandi manda tu, cuma menunggu di sebuah pondok yang disediakan.


First visit haritu aku tak pergi Zoo, kalini depa teman aku masuk. Seronok jugak tempat ni.  Sekali lagi kami masuk Tata World River Adventure dan tengok Princess Tata Show. Puas hati depa dapat ulang benda yang depa suka termasuk Alpine Coaster.


Taman burung

 Burung ni memang taiko... tak bergerak dia orang nak lalu buat selamba je


Rumah pak belang

Naik ferris wheel sekali lagi

Dome ni ada taman siap ada econ lagi kat dalam

Bunga dalam dome... nice


Taman kaktus

Japanese Garden




Rose Garden

 Cable Car Station

Sampai ke malam jugak kalau dengan depa ni. Habis sini kami pulang ke apartment, bersiap siap untuk pulang ke Malaysia esok. 

Sampai masa bertolak ke Kuala Lumpur. Maka tamatlah percutian 14 hari di  Nha Trang dan Dalat di Vietnam yang menggembirakan.

Sampai KL dalam 3.30 petang. Depa ajak sambung bercuti di KL 2 malam. Layankan aje. Settle semua cuci pakaian kat apartment. 

Bilik malam first tu lawa, moden dan nampak baru. Tak ingat pulak apa nama. Nanti cari lain. Nak sambung bilik yang sama untuk malam ke 2 dah penuh.

Makanan dalam Flight

Pizza pun ada

View dari bilik malam ke 2

Sarapan 

Friday, April 5, 2024

Islamabad - Kuala Lumpur - Glenmarie Shah Alam - Manjung

3 October 2022

Perjalanan pulang ke Kuala Lumpur lancar aje. Untuk makan malam dalam flight nasi biriyani rasanya. Sampai di KLIA lebih kurang pukul 11 pagi. Keluar dari airport macam biasa ambik ERL ke Stesen Salak Tinggi. Lepas ambik kereta, terus ke Medan Selera berdekatan. Singgah lunch dululah. Apa lagi.
 
Suasana KLIA. Kasi tukar Rupee ke RM dululah

Tak ramai dalam ERL time ni 

Aku ingat depa nak ajak balik terus ke Manjung. Tak perasan aku masa bila depa plan nak melepak satu malam di Hotel Glenmarie Shah Alam. Rupanya Nabila dapat diskaun teruk melalui shoppe. Ini sudah bagus. Mana taknya 2 buah deluxe connecting room sekali dengan sarapan untuk 4 orang hanyalah RM200 lebih aje. Terbaiklah.

Lega rasa memandu jalan kat Malaysia ni. Maklumlah setelah 2 minggu melalui jalan jalan sukar di Pakistan 

Alhamdulillah dah sampai Glenmerie. Ni bilik pertama. Bilik kedua kat sebelah dengan connecting door.
Hotel ni memang bestlah. Bantal dia memang terpaling selesa ðŸ˜€

View dari bilik. Tu ada orang tengah main golf. Swimming pool pun ada tapi malas nak mandi

Makan malam order nasi goreng dan 4Fingers 

Cafe

Sarapan. Antara menu yang ada. Rasa nikmat betul dapat makan makanan Malaysia yang sedap ni hahaha

Yang ini pun sedap juge

Jom le balik anak oi dok buat gaya haru apa kat situ 

Lepas checkout terus menuju ke Manjung. 

Singgah makan dulu. Area mana ntah tak ingat. Maka terlerailah rindu Haikal nak makan char kueteow macam yang dia dok craving masa kat Yasin Valley haritu 

Tak habis lagi nampaknya kami dok mengulang ulang sembang pengalaman indah di Pakistan. Sepanjang jalan dok terkenang kenang akan keindahannya.

Sampai 2024 ni pun aku masih lagi  dok tengok tengok video Pakistan yang kami ada.

Ternyatalah Pakistan memang best. Tersenarai antara destinasi terbaik yang kami pernah pergi selain Swiss dan New Zealand.

Thursday, September 24, 2020

Cuti Cuti Malaysia Day 1 : Semalam di Kuala Lumpur

31 August 

Seharusnya kalau ikutkan plan asal ada ler  niat nak ke oversea bulan Ogos ni. Last pergi Japan awal tahun Februari 2019... lama benor dah tu. Namun manusia hanya mampu merancang. Covid 19 pun belum reda sepenuhnya. 

Sempena cuti hari kebangsaan ni cantik jugak kalau cuti ni disambung untuk cuti-cuti Malaysia. Untuk hari pertama ni kita bermalam dulu di KL. 

Lancar aje perjalanan hari ini sebab bertolak awal pagi, orang pun dok sambung tido agaknya sempena cuti merdeka. Singgah makan pagi dulu kat Pasar Tani Lekir sekali lagi. Ni dah kali ke 3 makan kat sini. Macam merosot aje tempat ni dengan pilihan makanannya yang makin susut, nampaknya kena cari tempat lainlah lepas ni.

Sampai KL terus depa ajak pi Time Square. Alamak hazab jugak nak dapat parking kat tempat ni, entah berapa kali punya pusing la, baru nak dapat parking. Aku tak le minat shopping centre macam ni, layankan aje anak-anak tu. Bapak misali lah katakan.

Ni nama dia parking keramat. Siksa nak cari kau dek. Nasib baik cepat sikit aje, kalo tak brader depan ni mesti dah sambar dulu

Polis pun pakai Civic dah 

Habis Time Square terus ke penginapan pertama kali ni iaitu Saba Suite at Platinum KL. Ratenya RM152 semalam. Ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air. Agak murah untuk suite ini aku rasa. Maklumlah musim Covid macam ni.

 Kampung Baru dari apartment. Patutlah ada aje politician berusaha keras nak jual tanah Kampung Baru ni. Tak tahan depa tengok kampung yang tersepit dicelah-celah pembangunan pesat macam ni



Master bedroom dan bilik air utamanya agak luas


Lawa pulak peti ais putih ni



Check in pun mudah aje. Memang selesa dan rasa mewah betullah tempat ni. Depa search Platinum KLCC ni harga rumah dia 1.5M, patutlah. Ada pool kat rooftop, tapi tak sempatlah nak menjenguk masa suntuk dan masa penggunaannya terhad sempena Covid.

Rooftop Infinity pool. Gambar google

Sebelah malam kami pergi makan di kedai Monster Kampung Baru. Berdekatan dengan apartment ni aje. Ikutkan review dari google 4/5 tapi bagi aku biasa sangat rasa makanannya.

View Platinum Suite dari kedai makan

Geram aku tengok rambut budak ni. Dah panjang benor. Takpe kasi chance sempena PKP, sebelum masuk U kena potong le

Lepas makan malam tak pi mana-mana lagi ,semua dah letih. Esok nak sambung perjalanan lagi.